Apa yang anda mahu? DAP mahu PM.

Tidak salah berangan.

Dan berangan angan itu boleh menjadi satu kenyataan, sekiranya tuhan yang maha berkuasa memberi.

Siapa kah tuhan yang maha berkuasa?

Tuhan yang maha berkuasa kepada kelompok PAS ialah Allah. Yaitu, Allah yang Maha Besar. Dan bagi sesetengah pihak kaum Kristian, tuhan yang maha berkuasa adalah juga Allah. Yaitu Allah dan anaknya Jesus.

PAS memang lah telah bersetuju dengan cadangan pengunaan Allah oleh umat Kristian di Sabah dan Serawak dan juga di Semananjung. Oleh yang demikian, PAS dan Kristian akan memohon kepada Allah seperti mana tanggapan mereka kekuasaan Allah yang maha memberi kepada segala permintaan.

Tentu sekali cadangan DAP memohon supaya bangsa India atau Cina, atau campuran India dan Cina, Cindia, seperti anak Hannah Yeoh, kepada Allah supaya mereka juga berpeluang menjadi PM di negara Melayu, Malaysia. Bagi mereka, negara Melayu ini adalah negara mereka juga. Apa tah tidaknya, Melayu zaman pak kadok dahulu kala telah pun menerima mereka sebagai warga negara ini, dan sudah tentu peluang bagi mereka sebagai warga negara menuntut kepada jawatan itu semestinya ada logiknya.

Oleh kerana PAS dan ahli pakatan lain mempunyai minat yang sama terhadap tuhan mereka, iaitu Allah, permohonan semua kaum kerabat pakatan kepada Allah mereka itu mungkin ditunaikan.

Bagaimana seterusnya sekira Allah yang kemudian mucul diantara mereka berlainan sifat. Sebagai PM, kaum Kristian akan memerlukan tokong dan paderi didalam urusan rasmi mereka, adakah PAS akan bersama mereka untuk meraikan kegembiraan pemberian Allah kepada kaum itu menjadi PM?.

Dan bagaimana pula sekiranya hari hari Ahad dipenuhi dengan lawatan PM ke gereja gereja bagi merasmikan hari hari bersejarah negara, dan adakah ahli PAS akan mengikuti mereka kerena Allah PAS dan Allah Kristian mempunyai persamaan pada nama?

Persoalan ini akan menjadi lebih serius apabila negara harus bertukar kebudayaan mengikut kebudayaan bangsa lain. Bangsa yang kini menjadi umat minoriti dinegara ini akan mencuba membudayakan kebudayaan mereka keatas rakyat jelata, seperti keutamaan kepada hari hari perayaan hari Natal atau lain perayaan agama yang dianuti mereka.

Paling dekat persikataran yang akan menekan rakyat jelata apabila bangsa lain seperti Karpal Singh menjadi PM adalah apabila Lim Guang Eng mengunakan bahasa Cina didalam ceramah rasmi mereka di Pulau Pinang. Bagaimana MP dan ADUN Dap Johor enggar mengunakan songkok, melambangkan keinginan mereka menjauhi kebudayaan Melayu di negara ini.

Persoalan yang kan timbul selepas itu, adalah, adakah Allah akan membenarkan kaum bangsa lain menjadi PM di negara Islam yang direstui Nya?. Sekiranya jawapan itu adalah ya, ini bererti bahawa, Allah yang Maha berkuasa, ingin pengajaran yang pahit kepada umatnya yang disayangi kerana berpecah belah dan mengamal politik mengunakan agama Islam.

Kejatuhan negara Islam kepada musuh Allah itu selalunya berlaku apabila umat Islam sendiri berpecah belah, seperti di Turki, Sepanyol dan lain lain di negara barat. Sepanyol yang terkenal dengan keunikan peradapan Islam kini tingal kenangan.

Persoalan yang harus kita jawab sekarang ini ialah adakah kita akan menjadi sebuah negara yang diurus oleh musuh Allah?. Dan sekiranya jawapan itu ya, maka, sudah tentu PAS dan UMNO adalah parti Islam yang akan menjadi parti didalam kenangan seperti apa yang terjadi kepada Islam di Sepanyol.

 

 

Leave a comment