Cara baik memikat hati dan jiwa gadis Kelantan.

Buat permulaan hati kita mesti lah mempunyai budi pekerti yang baik. Seperti saya ini, bila terjumpa blog gadis Kelantan seperti diatas terus sahaja promosi kan blog beliau itu seperti apa yang saya buat sekarang. Baca baca lah blog mereka selalu, terutama bila tajuk blog dia tu Love is Cinta.

Ok. Saya belum kenal dia, tetapi sesungguhnya orang Kelantan seperti dia tu menyerupai semua orang di Kelantan, suka dan amat baik kepada orang yang baik baik.

Jikalau orang yang itu baik tetapi tidak sebaik saya; seperti dia berkata jikalau kalah undi hospital tidak akan dibina, maka itu satu pertanda “Love is Cinta” tidak akan ada pada dia. Atau apabila tidak diberi undi, atau kalah dalam pengundian, lapangan terbang tidak dibenarkan diperbesarkan, maka “Love is Cinta” akan menjadi “Hate is Benci” sampai bila bila you know. Itu tidak mengapa lagi, sekiranya anda di label “Hate is Menyampah”, susah lah lagi. Kerana didepan mereka senyum senyum tetapi dibelakang di kentut kentut nya. Ini jikalau sudah  di label seperti itu, beri lah cinta sebesar mana pun, mereka berpura pura menerimanya tetapi selepas itu mereka memberi cinta mereka kepada orang baik baik Kelantan dari PAS.

Kan senang, bukan susah untuk mendapat cinta dari gadis Kelantan, atau orang orang Kelantan semuanya. Kita kena cinta diri kita dulu, bagaimana sayangnya kita kepada diri kita dan masyarakat dan semua mereka disana, jikalau berlagak sombong dan asyik dengan dendam kesumat, maka gadis Kelantan boleh membaca hati anda, senang. Mereka ini asal usul nya dari Champa, atau Vietnam atau Kemboja atau kaum kaum yang berlemah lembut. Bukan datang dari Majapahit, sikit sikit keluar keris, sikit sikit keluar silat, atau sikit sikit pijak gambar orang, tidak. Yang pijak pijak gambar orang seperti Presiden Amerika, Barrack Obama tu mungkin jenis datang dari Gangga Negara kut, atau pun dari Srivijaya. Tak tahu lah pulak.

Bila bercakap dengan anak anak kesayangan mereka, mereka sebut dengan perkataan manja manja, seperti “Mek wey, bakpa basah jeruk tu, sian nya mari sini mak tukar baju”. Jadi, sekiranya anda ingin bercinta dengan anak nya itu dan sekira dia basah kena hujan semacam itu lalu terus anda berkata “Basa bodoh tak tentu hala, siapa suruh awak pergi tak bawa payung, padan muka awak sudah basah”. Siap. Love is Cinta tidak akan ada bersama anda!.

Dimana sekiranya mereka ingin menanya sesuatu dan ingin melarang orang dari membuat sesuatu yang tidak baik,  ibu mereka akan bertanya “Bak pa Mek mu buat gitu, hak ni lah buat ayah mu malu.” Bukan mak dia malu, ayah dia yang malu. Faham, begitu sayangnya emak mereka kepada anak anak mereka, walau pun buat kerja tidak senonoh. Mak tidak kata dia malu kerana hendak support anak suruh jadi baik, dia kata ayah dia yang akan malu. You see, man juga yang kena last lastnya, itu sebab menjadi lelaki kena jadi baik, jikalau bapa tu jahat nak mampus, macam mana?. Nanti anak akan berkata “La, kan bapa pun begitu”. Kan susah hendak kontrol perangai anak anak. Tidak pasal orang kata dia semacam tokong pelesit pulak.

Ya. Mereka tidak terus kata “Bagero, celako engkau, buat aku malu sahaja”. Yang suka sangat bercakap dengan perkataan celako celako itu adalah kerana dia ini termakan ubat batuk, dan bila  batuk juga selepas makan ubat, jadi keluar lah perkataan itu. “Celako”!!.

Huh itu dia, dan sekiranya kita tidak dapat berbuat sesuatu yang baik, seperti kita tidak boleh membina hospital itu kerana bajet sudah menjadi bajet rohani, maka terus terang lah kepada mereka. Dan “Love is Cinta” akan tetap ada bersama anda sampai bila bila.

Mereka sayang semua orang, UMNO ke atau PAS, cuma nya, hendak kan UMNO tu UMNO orang orang Kelantan yang baik baik semacam tu. Buat permulaan ini, mungkin beberapa kawasan dikenal pasti untuk dicuba baka baka baik yang lain seperti itu, untuk bangunkan Kelantan secara slow and steady. Seperti Datuk Mustapha, orang orang yang baik jujur dan kuat bekerja tidak kira siapa dia, dari PAS ke atau dari parti apa. Orang baik baik ini tidak lihat parti sangat, diri dia tu sudah baik, jadi semua orang bermenafaat dengan kerja dia. Orang yang tidak berapa baik ni selalu lihat lihat kepada parti, hendak hendak jikalau parti itu jenis yang ada huruf RRR di belakang nya, atau PPP di depan nya. Tak perlu saya sebutkan PPP itu represent perbuatan apa benda anda fikir lah sendiri, tetapi RRR tu kan memreperesentkan ringgit, ringgit, ringgit, you know. Apa lagi jikalau ada huruf  K di tengah nya, dimana memang suka kepada perbuatan kelentung mengelentung.

Ingat “Love is Cinta” tidak akan ada pada orang yang suka kelentung mengelentung. No way, you know.

Ini mereka pun tengah lihat siapa yang boleh, dan di “try acu test” di sesetenggah kawasan. Dan semestinya UMNO mempunyai orang yang ada “Love is Cinta”, kerana ramai orang UMNO pun ada baka baik baik dari Kelantan.

Senang kan, bukan payah bro.

Selamat mencuba bercinta dan memikat hati dan jiwa gadis Kelantan.

Salam kepada pemunya blog “Love is Cinta”. Saya terpegun dengan blog anda buat selama lama nya.

One thought on “Cara baik memikat hati dan jiwa gadis Kelantan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s