31 Ogos 2013 nanti merupakan hari kemerdekaan negara ini dari British dan di bulan kemerdekaaan ini, kita rakyat Malaysia berbilang kaum harus merenungkan kemana kah arah tuju kita sebagai rakyat sebuah negara yang bebas dari penjajahan.
Beberapa gambar yang saya ambil dari google image boleh memberi gambaran sebenar keadaan rakyat berbilang kaum di negara ini tanpa kesan tempiasan tekanan parti-parti politik.
Kita hidup bergembira, aman damai dan menjalankan kehidupan didalam keadaan mesra dengan kebebasan yang tidak pernah di kecapi oleh kebanyakan rakyat-rakyat berbilang kaum di negara-negara lain.
Kesemua ahli masyarakat menghurmati budaya sesuatu kaum yang lain, agama mereka dan juga corak kehidupan tanpa sempadan. Malahan kita sanggup berkongsi kemeriahan hari-hari raya, hari-hari kebesaran bagi agama-agama sebahagian besar penduduk negara ini, tanpa rasa segan dan silu.
Yang kaya dan berjaya, menjadi penaung kepada yang daif dan miskin.
Kesemua golongan ahli masyarakat mendapat belaian yang baik dari semua ahli masyarakat kita tanpa mengenal kaum, bangsa serta agama semenjak kita mencapai kemerdekaan.
Beribu ahli masyarakat akan menghulur bantuan kepada mereka yang menderita dalam kesusahan hidup.
Yang miskin dan tidak berharta mempunyai harapan untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dengan beberapa polisi yang menyeluruh, dengan kebebasan memperkayakan ilmu pengetahuan, memperkayakan bakat bakat terpendam dan di beri peluang-peluang yang boleh membawa kepada perubahan corak kehidupan mereka kepada taraf yang lebih baik, tanpa perlu merubah corak-corak kehidupan kaum kaum yang lain.
Dan apabila kerenah politik di pertengahkan, maka segala segala nya menjadi lesu dan bisu.
Kita kehilangan arah.
Kehilangan arah yang boleh menghancurkan kita. Dan itulah yang akan terjadi bila ahli masyarakat tidak lagi memikirkan keheningan dan bersyukur dengan kejayaan kita didalam kemesraan yang telah kita capai selama ini.
Dan akan hilang segala segala nya kerana keangkuhan segelintir mereka yang rosak ahlak dan budi pekerti.
Mari lah kita bertafakur dan fikir yang indah indah supaya ianya memberi keheningan disanubari kita untuk membina kegemilangan kehidupan kita di masa masa yang mendatang.
Eekaa EWC.