Ramai Melayu tidak hafal ayat suci Al Quran, guna speaker pun tentu tidak faham

Front of the Quran

Apa lah kita bergaduh tentang mengunakan spekar untuk mendendangkan ayat ayat suci al Quran diwaktu subuh, atau waktu waktu sembahyang yang lain.

Kuat pun, ramai tidak hafal dan faham erti ayat-ayat suci itu. Jikalau diam diam berlajar al Quran ianya lebih baik dari kita berusha mendendangkan ayat ayat suci al Quran dengan mengunakan suara nyaring spekar sementelah lagi diwaktu orang ramai sedang tidur, dan kita bukan merupakan seorang sahaja dikawasan itu.

Mengapa lah kita masih tidak faham untuk beragama. Masjid bukan tempat menjual kaset ayat ayat suci alQuran dan harus diperdengar kan seperti sebuah kedai mamak Iran yang sedang berusha menjual c.d ayat ayat alQuran serta buku buku agama.

Tidak payah lah kita berbalah dengan isu kecil ini. Isu besar ialah adakah anda faham dengan jelas kata kata dari tuhan anda melalui ayat-ayat suci beliau itu  dan mendengar dengan satu perasaan yang amat terasa dihati, sayu jikalau diceritakan peristiwa sedih, gembira bila diberitahu kegemilangan, dan berkobar mengenang kebaikan dan keiklasan tuhan anda? Dan adakah anda faham bila ayat ayat suci itu memberi petua untuk kehidupan yang abadi, terus mengamalkan nya tanpa was-was?

Tidak menipu diri sendiri, menjual maruah murni Islam dengan murah; seperti terlibat rasuah, merogol, suka zina, memfitnah, mensihir manusia lain dengan mengunakan nasihat pakar sihir, buruk sangka, iri-hati, dengki khianat kesumat, dan berbagai perkara yang tidak harus ada didalam hati seorang Muslim seperti kata anda. Tanya perkara ini dan kaji mengapa masih berlaku, adakah kita faham atau diajar supaya faham al Quran? Apa peranan yang telah dimainkan oleh orang yang kuat beragama dikalangan kita semua dari dulu mengenai isu memahami secara total AlQuran? Atau mereka telah berputus asa lalu mengenakan berbagai bagai halangan terhadap kelansungan kehidupan sempurna Melayu?

Jikalau semangat itu hanya datang kerana laungan ayat ayat suci tetapi sepatah habuk pun anda tidak faham, lupakan lah, kerana ianya ada lah satu perbuatan yang sia-sia dan tidak memberi ketenangan dan semangat Islam yang sejati. Anda seperti berada di kuil Tok Cha, mendengar dendangan mereka sedangkan anda senndiri pun tidak faham perkataan dia, seperti lah anda mendengar ayat ayat suci al Quran itu. Marah lah diri anda sendiri kerana walaupun Islam anda pun tidak faham sebutan al Quran seperti anda tidak faham sebutan perkataan Tok Cha dikuil mereka. Anda berada didalam situasi sama dengan mereka yang tidak beragama Islam. Jadi mengapa anda marahkan mereka tidak lagi membenarkan laungan spekar untuk mendendangkan ayat ayat suci al Quran diwaktu subuh itu?. Mengapa bersifat hipokrit?.

Jangan lah terpesong dengan angan agan bahawa bacaan ayat suci itu akan membakar orang yang jahat hati, kerana, masa perang Iraq, tidak seorang pun askar Amerika yang jahat dibakar dengan ayat suci al Quran. Malahan, Sadam Husin mati tergantung kerana berperang dengan Amerika. Ramai orang Iraq membaca al Quran setiap hari semasa susah, dan tuhan tidak pula menolong mereka melainkan keatas mereka mengerti sepenuhnya tujuan serta makna al Quran itu. Orang orang Melayu masih berangan dengan simbol dan berbagai bagai benda mistik, sedangkan al Quran adalah sebuah kitab yang nyata, tiada apa apa yang tersembunyi dan mistik.

Sekiranya anda mengerti dan faham maksud ayat ayat suci itu, laugan dari mulut manusia secara pelahan pun anda tetap mendengarnya dan terus memahaminya.

Sebaliknya, datang bulan mengambang, anda akan berubah kerana sedikit pun kebaikan al Quran itu ada terdapat dalam paksi jiwa anda.

Mudahan mudahan kita bermula dari bawah. Faham ayat ayat suci dengan mengenal huruf huruf dan kalam Allah.

Salam, dan selamat berbuka puasa.

1 thought on “Ramai Melayu tidak hafal ayat suci Al Quran, guna speaker pun tentu tidak faham

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s