Nik Aziz bantu SKMK

Sikit lagi SKMK hendak pakai piring terbang, sebab jalan raya sesak dengan teksi sapu.

Teksi sapu kebanyakan nya kereta tua yang di ubahsuai untuk dijadikan kereta teksi, sebelum itu kereta itusudah penat berjalan jauh dimerata rata tempat di Malaysia. Nasib baik ada orang hendak tolong SKMK, tidak apa lah RM100,000 sebulan tu pun sudah cukup untuk bayar gaji staff dan tukar tayar botak. Tetapi selepas empat bulan ini, teksi sapu pun masih banyak, jadi macam mana hendak bayar gaji, kerajaan beri empat bulan sahaja.

Saya kesian pada orang Kelantan. Tetapi, orang Kelantan tidak kesian pada diri sendiri.

 

Orang bukan Islam sudah bermacam macam dibuat dan direkanya. Orang Islam Kelantan belum lagi merasa naik LRT jikalau tidak datang ke Kuala Lumpur. Apa lah dia orang buat selama dua puluh tahun?, tentu ramai diantara mereka mengamal astral travel setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, bertahun tahun selama 21 tahun.

Bila lah ya mereka boleh naik LRT?

Kemana hala tuju politik kebangsaan Malaysia

Ramai diantara kita telah terlingkup dengan politik di Malaysia, malahan ramai yang telah menjadikan politik sebagai barang mainan yang tidak ada mempunyai apa-apa faedah besar didalam kehidupan.

Diantara mereka itu termasuk kaum remaja yang telah lama menjauhi bidang politik.

Bersandarkan kelemahan yang ditunjuk oleh politikus PAS dimasakini, mempamirkan keresahan kaum muda tentang mujarap nya sebuah parti yang akan memimpin mereka semasa kemelut ekonomi yang akan menimpa kita dimasa depan. Begitu juga dengan kepincangan didalam parti pemerintah yang setiap hari menunjukkan kelemahan dengan memuja kaum kerabat mereka didalam BN, terkini, MIC telah mendapat satu lagi jawatan menteri sedangkan kaum itu ditolak sepenuhnya oleh rakyat termasuk kaum muda di Malaysia.

Banyak perkara yang berlaku didalam pemerintahan BN sekarang ini tidak mengambil kira kehendak hati naluri kaum muda yang telah bertungkus lumus membangunkan negara secara lebih berperanan. Pula kedengaran bagaimana DAP dan PKR cuba mencuri Tengku Razaleigh dari UMNO. Dan seterusnya bagaimana ketidakpasan hati kaum muda tentang keuntungan yang boleh diambil kira dari peranan yang dimain kan oleh ETP atau NKREA. Itu semua adalah mainan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Kepada mereka ini, peranan yang diambil oleh kerajaan tidak memberi apa apa faedah besar kepada mereka, malahan menjadi satu tanda tanya, kemana kah arahnya corak pemerintahan baru dimasa-masa akan datang dengan adanya perbezaan pendapat dari parti parti seperti DAP, PKR dan PAS yang telah sedaya upaya cuba mengambil alih peranan kerajaan.

Dengan wujudnya kebencian yang amat terhingga keatas agama Islam, dimana kah masa depan rakyat Malaysia dimasa hadapan sekiranya mereka masih dipaksaganti dengan agama yang dibenci dunia itu? Dan bagaimana sebuah kerajaan seperti di Malaysia dapat menolong mereka mengharungi dunia global sekiranya mereka itu masih menganut agama itu.

Bagaimanakah parti PAS harus diterima pakai oleh sebahagian umat setelah mereka sendiri membenci agama Islam dan bersama-sama bersimpati dengan agama lain serta memainkan peranan sebagai sebuah parti anti-Islam bersama parti PKR dan DAP seperti yang ditunjukan mereka selama ini?

Penjelasan tentang perkara asas ini harus di mulakan dari sekarang sekiranya kerajaan ingin memanggil semua kaum muda tampil bersama mereka meneraju kerajaan. Atau, lupakan lah parti parti politik yang tidak ada mempunyai apa apa semangat menolong manusia. Cari lah wang anda dari politik dan perkayalah kaum kerabat anda sebelum kebangkitan kami yang akan menjatuhkan kezaliman.

 

 

 

 

 

Malaysia dizaman anti kerajaan lama

Malaysia di keliling oleh negara-negara yang bergolak dengan penduduk anti-kerajaan lama. Terdahulu, di Singapura dan terbaru di Thailand.

Hari hari ini, Malaysia tidak terkecuali dari tekanan penduduk anti-kerajaan lama. Sama ada bilangan suara dari golongan anti-kerajaan lama itu ramai atau tidak, ia nya tidak penting. Tetapi percubaan untuk gambaran ramai bilangan ini berlaku dari semasa kesemasa.

Dari berbagai cara yang di pertengahkan, media baru sedikit sebanyak menjadi tersohor sebagai alat paling efektif untuk mengambarkan kuasa suara anti-kerajaan lama di Malaysia sedang bergerak pantas.

Kejayaan “Arab Spring” di negara Timur Tengah juga memberi efek besar keatas kejayaan gambaran bahawa pergerakan ini telah meresap masuk kedalam minda umat Malaysia.

Kita ingin juga tahu mengapa anti-kerajaan lama. Kerajaan PAP Singapura nyaris terkena “peluru berpandu” anti-kerajaan lama baru-baru ini, dan sehebat pemimpin Singapura juga bukan boleh terkecuali dari tindakan pergerakan kehendak hati-hati manusia grombolan baru yang digambarkan disekeling kita sekarang ini.

Jepun pun telah merasa, dan Cina, malahan Indonesia. Rakyat dunia ingin merasa perubahan didalam kehidupan. Mereka ingin bebas. Bebas dari semua benda. Terutamanya, bebas membuat apa saja. Tetapi yang penting bagi mereka ini, dari apa yang berlaku dimana-mana, bebas dari pemimpin tamak, gelojoh, tidak efektif, berbesar diri, ego, kaya raya, membesar kuasa kroni, tanpa memberi kebebasan ekonomi, kebebasan bersuara, kebebasan memilih, kepada rakyat yang terhimpit dengan tekanan ekonomi global.

Thailand telah memilih wanita didalam cubaan mengekal demokrasi yang dihimpit kuasa Raja, kuasa militari, kuasa orang kaya keatas orang miskin, kuasa tindasan perbezaan pendapatan ketara, dan kuasa menghimpit kepuasan beragama.

Jarang negara sebelah ini mengikuti Britain didalam memilih wanita sebagai Perdana Menteri, tetapi Magaret Thacher telah menjadi contoh kepada rakyat Thailand untuk memilih Yingluck Shinawatra. Bukan diatas sifat kekuatan politik, tetapi diatas kekuatan gender iaitu sebagai saorang wanita.

Yingluck, adik perempuan Thaksin, bekas perdana menteri yang dikelaskan sebagai Robin Hood Thailand, menambat hati rakyat di wilayah utara Thailand yang diberi hasil dari kepandaian bekas perdana menteri “menunggang kuda, bergayut didahan dahan pokok, menyerang hendap bagaikan Robin Hood of Nottingham kepada rakyat miskin wilayah itu. Tanpa ragu-ragu, memberi kebebasan kepada rakyat miskin mencari dana, dari sumber apa sekali pun, menjadikan sukatan kemenangan Yingluck.

Sungguh pun beliau mengesa supaya kuasa elite; kuasa raja, kuasa para pedadang,  kuasa politikus besar, di Bangkok merapatkan jurang perbezaan pendapat diantara parti beliau berserta parti gabungan, dengan kumpulan baju kuning ini, dan memajukan negara Thailand didalam proses demokrasi, masih belum boleh terkecuali dari desakan angin perubahan anti-kerajaan lama.

Malaysia, pun begitu. UMNO dan BN mengalami deruan angin itu semenjak Annuar disingkirkan. Sama ada angin perubahan ini baik atau tidak, kumpulan anti-kerajaan lama menyerang ganas sehingga kan UMNO telah mengalami kegoncangan kuat.

Baik atau tidak, secara peribadi, saya tidak akan menyuruh kaptain kapal saya terjun laut, semasa lautan bergelora. Saya sendiri tidak tahu memgemudi sebuah kapal.  Dan dimasa itu semua mengatakan mereka adalah pengemudi kapal yang terhandal.

Baca seterusnya disini.

Betul betul punya demostrasi, bawa senapang dan M16, ini aku hendak ikut, main lah

Jangan ikut Anuuar Ibrahim dan Ambiga berdemostrasi, kerana itu demostrasi main-main jer lah kan. Hanya hendak try acu cuba test sahaja. Dan sekiranya dapat point atau mileage politik semasa melakukan nya lagi lah tambah point.

Pemuda UMNO pun buat, dan ketua nya dapat endorsement dari PM, walaupun PM kata kita tidak perlu ikut cara sebodoh semacam itu dan harus mementingkan demokrasi berparlimen dari demokrasi jalanan.

Lihat lihat kan bayangan Ibrahim Ali yang teguh dengan arahan mahkamah saya rasa karaker dia ini lebih berperinsip menjaga undang undang, walaupun ramai marah beliau kerana menganggap dia hanya cekap bercakap tetapi diam diri dihari itu, dari karakter Khairy  yang mendapat sedikit “pat on the back” oleh PM hari ini.

Sultan Selangor dan YDP Agong pun marah buat hal semacam itu, bukan semua orang tidak tahu. Tetapi siapa ikut?

Tidak ada siapa endah, dan apa yang Sultan Selangor dan YDP Agong boleh buat keatas mereka. Setahu saya, ketua negara ini boleh melakukan “corrective measures” dengan mengarah kementerian dalam negeri mengambil tindakan undang-undang keatas semua perlaku, termasuk Khairy.

Jikalau tiada apa-apa berlaku, untuk hidup bahagia di negara ini, kita sebagai rakyat biasa dan mempunyai hak memilih didalam pilihan raya nanti berhak memilih dan mengenepikan kesemua para pemimpin yang tidak berperinsip dan melanggar undang-undang yang telah diarahkan oleh ketua negara kita seperti dari Sultan Sultan dan Agong. Ini saya faham sebagai demokrasi berparlimen yang kita amalkan.

Jikalau tiada perubahan juga setelah semua ini terjadi dan negara didalam kucar kacir kerana sisipan kuasa luar dan kehidupan kita terumbang ambing kerana ditipu oleh para pemimpin yang tamak, seharusnya kita semua kena berdemostrasi betul-betul mengawal kedudukan hak kita sebagai peribumi, dan semasa itu baru lah kita tahu adakah kita berani atau pun tidak. Ala, jikalau semacam sastrawan negara tenguk wanita rebah dan dia hendak pitam, tak der nya berani jenis itu, yeoh. Saya rasa saya berani, kerana menjadi tugas saya menjaga hak saya kepada Sultan dan Agong, atau ketua negara, tanah air tempat saya dilahirkan bergenerasi, dan pemimpin yang kita pilih menjaga hak kehidupan kita didalam negara berdaulat Malaysia.

Saya rasa saya boleh membawa M16 atau “roket propeller” yang tecanggih untuk mempertahankan negara saya, didalam demostrasi betul-betul semasa itu. Dan hati saya berkata perbuatan saya betul dan dengan asas keberanian ini akan menambahkan semangat saya untuk berjuang kerana raja, bangsa dan tanah air. Ala, jikalau pergi demostrasi hendak rasa disembur air baik tak payah, kat bilek air rumah pun ada kalau hendak rasa sembur sembur semacam itu!. Tak ada faedahnya, pak cik mak cik semua. Baik tidur.

Bukan apa bro, saya baru lepas lihat filem P Ramlee, Sarjan Hassan. Naik semangat saya bro, saya tidak nampak bangsa lain lagi dah, semua bangsa sama sahaja, jahat jer kena lah engkau. Hey geram tenguk muka si Annuar ni, tak habis habis hendak punahkan kehidupan kita.

Seorang peneroka Felda itu lebih baik dari seribu Ambiga, Bandar Tun Abdul Razak terbina.

Lihat bagaimana seorang peneroka Melayu Felda telah berjaya membangunkan Bandar Baru Tun Razak yang akan memajukan berjuta-juta umat di Malaysia dibandingkan dengan seribu orang semacam Ambiga di Kuala Lumpur yang hanya tahu membeli BNW dan Mercedes dan hidup mewah didalam bandar yang telah terbina untuk sementara waktu tetapi hanya pandai mengerakkan kemusnahan secara besar-besaran keatas umat manusia di Malaysia.

Apa tidaknya, lulus universiti tetapi kepandaian diguna untuk menghancurkan, dan mereka itu tidak lulus apa-apa pun, hanya pas habis darjah, tetapi membina satu kehidupan untuk kemajuan jutaan umat Malaysia sekarang, dimasa depan dan selama lamanya.

Fikir fikir lah. I hate Ambiga. Say yes and join facebook “I hate ambiga” group.

Bandar Pusat Jengka mendapat nama baru, syabas Melayu.


Siapa sangka, dari golongan miskin dan telah dikategorikan sebagai pemalas oleh penjajah, kaum Melayu telah membangunkan sebuah persekitaran pembandaran yang semakin changih. Dan dari usaha gigih kaum ini telah menghasilkan sebuah bandar baru yang terkenal di seluruh dunia.

Terletak diantara beberapa bandar traditional di Pahang, iaitu diantara Kuala Lipis, Jerantut dan Maran, diutara dan selatan bandar itu, Mentakab dan Gambang di barat dan timur garisan perbandaran, merupakan sebuah bandar gergasi yang sedang tidur untuk dibangunkan, seperti Milton Keynes di England.

Yang menjadi ianya sebagai satu bandar besar adalah kerana ianya dikeliling oleh gugusan pusat pusat perladangan yang dikenali sebagai gugusan Jengka. Ini lah yang menjadi sumber semangat kerjasama kerajaan dengan para peserta didalam mengembelingkan tenaga membangun sebuah pusat tamadun manusia baru di Malaysia.

Pembangunan sebuah bandar lazimnya memerlukan usaha yang panjang  bukan setahun dua malahan sesetengah pembangunan pembandaran diserata dunia ianya memakan masa hampir ratusan tahun. Kita harus bersyukur kerana kaum Melayu adalah kaum yang pertama berjaya membina sebuah persekitaran bandar yang besar dalam masa tersingkat. Ini boleh dikategorikan sebagai telah memecahkan “the world’s record”.

Kejayaan ini telah menjadi ramai yang cemburu dengan kebolehan anak kampung yang tidak mempunyai latar belakang pembelajaran yang tinggi ketika itu, dan memberi sentuhan semangat kepada para pemimpin yang telah membawa kaum nya ketahap ketermadunan yang semakin moden.

Bandar bandar yang didiami oleh berbagai kaum disekeliling akan menjadi semakin mengecil dengan adanya perubahan dasar keatas Pusat BandarJengka dalam tempuh terdekat, dan dengan ini kaum Melayu boleh berbangga kerana mereka adalah kaum yang telah berjaya mengekplotasikan potensi kegunaan hartanah dipersekitaran bebas kepada kemajuan mereka dimasa- masa akan datang.

Syabas kaum peneroka Jengka. Syabas kepimpinan UMNO. Syabas anak bangsa Melayu. Anda telah berjaya membangunkan sebuah bandar yang terbesar di dunia dimasa masa akan datang.

bershit 2 kelam kelibut, PM yang amat perihatin

Najib Tun Razak 2

Setelah membaca buku-buku ilmiah, baru lah saya faham, bahawa tindakan PM itu satu tindakan yang paling perihatin didalam menangani bershit 2.

Walaupun bershit 2 itu haram, seperti komunis, beliau masih boleh  berbincang dengan mereka bagi mengelak perkara buruk seperti bunuh membunuh dan pecah memecah kepala manusia didalam ura-ura kaum bershit untuk berdemostrasi.

Sebab dia itu, PM. Dan sebagai PM dia menjaga kebajikan semua orang, bukan sahaja MCA, UMNO, Gerakan, MIC, dan sebagainya di dalam BN tetapi juga orang-orang DAP, PKR, PAS dan semua benda bernyawa dan tidak bernyawa di Malaysia.

Didalam semua hal, Ambiga menang sedikit tetapi PM lebih pandai dan memenangi hati rakyat lebih banyak dari Ambiga.

Ucapkan Syabas kepada PM kita. Hidup 1Malaysia.

 

(nota: Mat Ell mana pergi aku punya logo 1Malaysia, hang taruk balik Mat Ell, ok?.)

Sistem menduduki tanah kerajaan – kerajaan zalim atau kerajaan tidak zalim

Tanah merupakan satu komponen ekonomi kepada sesuatu bangsa didunia ini tidak ada kecualian di negara ini.

Didalam peradapan manusia semenjak sebelum Islam lagi tanah menjadi rebutan makluk dunia bagi kegunaan kediaman, bercucuk tanam dan lain-lain aktiviti ekonomi.

Sistem Islam mengatakan tanah dan sumber alam adalah kepunyaan Allah. Sebagai kalifah dunia manusia dibenarkan mengunakan tanah untuk keperluan harian mereka tanpa halangan bagi memakmurkan kehidupan mereka.

Semenjak dunia dipengaruhi dengan pemerintahan ala demokrasi, tanah telah menjadi milik kerajaan, sama ada kerajaan pusat atau kerajaan negeri. Di Malaysia, tanah adalah didalam bidang kuasa kerajaan negeri. Rakyat dibenarkan mengunakan tanah dengan membeli lesen menduduki tanah tersebut sama ada lesen kekal, lesen sementara, atau lesen menduduki buat sementara waktu dengan berbagai nama seperti geran hakmilik sementara, mukim atau daerah  HS (M) atau HS (D), geran hakmilik kekal (Geran), TOL dan sebagainya.

Dalam pemerintahan demokrasi ini, tanpa lesen dengan pembelian atau anugerah lesen menduduki tanah dari kerajaan, rakyat yang menduduki mana mana tanah didalam negeri demokrasi itu adalah penduduk atau peneroka haram. Anda semua sama taraf dengan pendatang asing Bangla atau Indonesia, kecuali anda adalah rakyat Malaysia tanpa lesen tanah. Manakala pendatang asing Indonesia atau Bangla adalah peneroka asing bukan rakyat Malaysia. Bermakna taraf anda serupa kecuali taraf nilai kerayatan sahaja.

Kerajaan boleh mengambil balik tanah yang diberi lesen itu dengan berbagai cara. Lesen yang telah diberi itu juga boleh diniagakan didalam pasaran dengan harga mengikut harga pasaran.

Kita sebagai rakyat tidak ada apa apa modal lansung untuk hidup sekiranya tiada lesen menduduki tanah. Membeli lesen dari pasaran terbuka memerlukan wang yang banyak.

Sebenarnya, anda semua adalah hamba kepada sebuah kerajaan yang anda semua pilih didalam sistem demokrasi sekarang ini. Tanpa wang atau modal untuk hidup anda adalah penyagak atau peneroka haram sekiranya anda menduduki tanah tanpa lesen itu. Semua nya lesen, dan mengundi mereka sebagai sebuah kerajaan adalah satu lesen kepada mereka menzalimi anda atau sebaliknya. Oleh itu berhati-hatilah semasa mengundi.

Apa yang berlaku di Kelantan dimana tanah yang didiami makluk tuhan itu adalah mereka menduduki tanah kerajaan negeri, tanpa lesen. Kerajaan zalim berhak mengambil balik, dan pengambilan balik ini walaubagaimana pun mestilah mengikut tata cara amalan baik seperti “rule 7 tahun”. Didalam rule 7 tahun ini sesiapa yang menduduki tanah kerajaan selama 7 tahun tanpa ganguan atau notis dari kerajaan bermakna apa yang telah diushakan diatas tanah itu perlu diberi pampasan. Ini berlaku semasa dibawah kerajaan UMNO.  Kerajaan yang zalim tidak akan mengambil kira “rule 7 tahun” kerana mereka bertindak melebihi kuasa Allah didalam mempratikan bahawa tanah dan alam sekitar dan sumber yang dibangunkan itu adalah milik Allah.

Ini beza yang ketara cara kerajaan zalim dengan kerajaan yang tidak zalim.

Jadi itu pilahan anda sendiri sama anda ingin menzalimi anda sendiri dengan memilih kerajaan yang membelakangkan undang tuhan semesta alam? Kerajaan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang telah mengunakan lesen ini sebagai senjata menjadi satu kerajaan zalim, sedangkan kami dilahirkan disini semenjak beratus tahun lalu, dimana keadilan yang dilaungkan mengenai sistem Islam dan menegakkan bahawa alam sementera dan tanah adalah milik Allah?

Susah untuk dapatkan DNA bangsa Malaysia untuk Hannah Teoh

Menjadi suami isteri dari kaum yang berlainan bangsa, selalu nya keturunan dari mereka ini akan diperturunkan dengan bangsa keturunan bapa. Kerana DNA bapa lebih hebat, atau orang lebih menamakan bapa yang berkerja kuat. Sebagai contoh, Kupusamy a/l Samy, atau Aadita a/p Samy, dan tidak pernah ada nama itu disebut Samy a/l Aadita. Kecuali satu dalam sejarah peradapan manusia, iaitu Isa bin Marriam.

Tetapi jikalau inginkan nama bangsa Malaysia perkara ini adalah terlalu rumit. Kerana isteri itu memerlukan DNA dari semua bapa-bapa dari yang di senaraikan dibawah ini:-

MELAYU

  • MELAYU ANAK JATI
    • Suku Melayu Johor
      • Orang Siam Asli
      • Orang Laut – Orang Biduanda Kallang dan Orang Sabimba
    • Suku Melayu Kedah
      • Orang Gergasi
      • Orang Sakai Laut
    • Suku Melayu Kelantan
    • Suku Melayu Melaka
      • Suku Melayu Palembang
      • Orang Laut – Orang Selat
    • Suku Melayu Pahang
    • Suku Melayu Patani
    • Suku Melayu Perak
    • Suku Melayu Terengganu

ORANG ASLI

SERANI

SIAM

Kaum Bumiputra di Sabah

KADAZANDUSUN MURUT

BAJAU

Kaum Bumiputra di Sarawak

Kaum Bukan Bumiputra

Macam mana tak kan “hubby’ bagi chance untuk merayau kesemua tempat. Baguslah tu sudah putuskan bangsa anak nya sebagai anak Cina. (Kesian orang yang berkerja kuat). Tetapi jikalau teringinkan sangat, boleh, kena lah pecahkan ruyung dulu, berkecai-kecai kerana ramai, barulah dapat sagunya. Mak oii, berkecai-kecai lagi. Kalau kena orang gergasi kategori Melayu tu, aku tidak tahu lah apa akan jadi, tak keluar keluar sagunya kut, kena pecahkan ruyung dia berkali kali baru ok kut. Belum sebut baba nyonya dan Punjabi. Baik lupakan hendak kan sagu tu, pergi jer ke Giant beli sekampit, habis cerita.

Pas kartun kan agama Islam dari dulu lagi, sekarang baru sedar,

Dulu tukar kulit macam ular tedung. Dan setelah lima puluh tujuh tahun (57) cukur bulu pulak!. Cuba anda bayangkan dia ini berkopiah, best giler!,

PAS kartunkan agama Islam dari semenjak sekian lama. Sebenarnya Partipas adalah kartun yang terbaik. Dibawah ini 10 sebab mengapa partipas paling kartun dalam dunia:-

  1. Orang Islam (Melayu, Siam, Cina, India, Mamak dan lain-lain) kafir laknat bila join UMNO dan BN, bila partipas join kafir laknat DAP pula perkara join dengan kafir laknat tidak menjadi kesalahan malahan akan masuk syurga. Ini selera partipas yang teramat kartun dan paling top di zaman ini,
  2. Bila sebut zina itu haram, partipas amat tinggi bahasa bangkangan nya, tetapi bila sebut vedio maka dikatakan vedio itu besi dan tiada mata. Betul, vedio itu besi tetapi dimana kehebatan berfikir kaum ini untuk menolak kebenaran dari sebuah vedio. Bagi bukti yang munasabah mengatakan vedio itu tidak harus digunapakai sebagai bahan bukti yang munasabah,
  3. Orang Islam gunakan nama Allah, dan nama itu pun dibenarkan oleh partipas supaya digunapakai oleh agama lain, paling kartun dalam dunia bila nama boleh “share” dengan agama lain yang berlainan kefahaman terhadap panggilan nama Allah,
  4. Orang hendakkan sebuah negara Islam, partipas hendakkan negara berkebajikan dan tolak negara Islam kerana tekanan kuat, dan oleh kerana mereka kartun yang hebat zaman ini mereka telah membuang istilah negara Islam,
  5. Orang yang murtad pun di sokong kerana partipas adalah kartun terhebat,
  6. Sokong Bersih 2.0 pendokong antiIslam dan pengkianat negara kerana partipas adalah kartun paling hebat zaman ini,
  7. Sokong pelaku zina atau penzina menjadi pemimpin, kerana partipas kartun terhebat dizaman ini,
  8. Orang hendakkan negara bersatu dibawah naungan Islam, dia pula hendak meniktiraf agama lain sama rata dengan agama Islam, dn ini kerana partipas adalah paling kartun dalam dunia,
  9. Bila bercakap berbelit belit, sedangkan faham agama, dan ini kerana partipas paling kartun dalam dunia,
  10. Orang tolong semua makluk kerana Islam, partipas tolong orang partipas sahaja, kerana partipas paling kartun dalam dunia.

Oleh kerana anda, anta semua kartun, maka anda dan anta semua tidak faham kartun. Kartun sama kartun tidak akan faham kartun. Hanya kartun tahu yang dia itu kartun, bila terlihat kartun lain dilukis mengejek kartun anta semua.

Ha ha ha, anta kartun rupa-rupanya. Hello gang semua, siapa hendak undi kartun?