Alvin dan Vivian lepas, Kuala Besut pun BN terlepas. 16-16 lah nampak nya.

Terengganu stone inscription, Malaysia, side B

Terengganu stone inscription, Malaysia, side B (Photo credit: Wikipedia)

Orang Besut bawah bawah cakap. Aku tak tahu lak, betul ke tidak. Engkau orang pergi check ler.

Aku tukang cakap. Sahaja.

Orang Melayu sampai jadi Batman dan Spiderman. Hendak pertahankan cemuhan orang Cina keatas agama mereka.

Tak kira apa lah kepada asas parti yang kuat kuat memerintah. Kita tengok siapa yang suka jaga agama Islam.

Bunyi cakap Alvin dan Vivian mungkin kena warning saja. Ya ker?. Mungkin tak kut. Yang dah kena tangkap adalah Batman dan Spiderman Melayu yang culik budak Cina. Salah, memang salah kerana kes culik. Kes hina agama, mana ada undang undang yang tepat, dot dot. Ada banyak undang undang, undang undang Multi Media lah, undang undang Hasutan lah, tetapi tak tahu yang mana satu yang nak pakai, bro.

Jadi kena fikir dulu. Dalam hal Melayu angkap kepala lembu kena RM5,000 denda bro. Sebab awak Melayu, sebab awak Melayu nak jadi Batman dan Spiderman.

Aku dengar dari bawahan ni, orang tengah fikir fikir nak tolong siapa. Orang suka sangat tolong Pak Yeh. Tetapi nak buat macam mana, orang ramai hendak beri Melayu lain jaga Trengganu. Kena lah 16-16 kut.

Tahun PRU 14 nanti ambik lah balik, tak kemana pun. Trengganu kite.

Endot, buat masa ni engkau nasib baik ler.

Lagi lagi lah jika Alvin dan Vivian tu lepas naik keretapi ke Singapura free free.

Sorry lah Zaihan. Aku hendak dan sudah pun tolong, tetapi nak wat camno. Orang kampung kata gitu.

Aku memang sokong anak muda semacam engkau. Professional lak. Tentu lah best. Doa engkau menang ler.

Tak tahu lah, kut kut puak ni nawak jah.

Sama sama kita tengok dan lihat.

SELAMAT MENGUNDI BRO.