Georges Tron bertaubat terus berhenti kerja Menteri di Perancis

Georges Tron tidak memerlukan sokongan dari Datuk Nik Aziz Bin Nik Mat untuk menghadapi tuduhan seksual beliau. "Taubat" terus berhenti dari jawatan menteri di Perancis. Di Kelantan di "complicatedkan" dengan fahaman agama tentang mati dan syurga.

Perancis, Europah.

Paris, 29 Mei, 2011

Georges Tron, Menteri Perhidmatan Awam, Perancis meletak jawatan setelah dituduh melakukan gangguan seksual terhadap dua wanita di Perancis.

Dia berkata dia akan membuktikan dia tidak bersalah selepas dituduh melakukan gangguan seksual terhadap staf di dewan perbandaran dimana dia menjadi Datuk Bandar. “Georges Tron hari in memaklumkan kepada Perdana Menteri Francois Filion mengenai perletakan jawatan itu”.

Sungai Buloh, Selangor, Malaysia, South East Asia.

Sungai Buloh, beberapa hari dulu.

“Anwar bukan batang kayu. Dia pun tahu malu. Dosa orang yang buat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf dengan Anwar. Itu pun kalau Anwar bagi.”

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pihak yang menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengaitkannya dengan rakaman video seks agar tampil memohon maaf.

Berlainan taraf pemikiran manusia mengenai sex dan liabiliti. Semua manusia tidak suka dan malu kerana tuduhan seksual, ini adalah pasti, termasuk saudara Annuar.

Mereka terus berhenti kerja. Orang bukan Islam nampaknya lebih tinggi taraf ketermadunan mereka sedangkan orang Islam, seperti Nik Aziz, masih lagi was-was dan tidak ada daya fokus yang jitu mengenai perkara asas tamadun masyarakat dunia sekarang ini.

Tidak perlu tunggu sehingga terbukti bersalah, Georges Tron terus letak jawatan. Padri atau Pope mereka tidak pula mengatakan kepada beliau atau mereka yang menuduh supaya perlu bertaubat dan senang untuk masuk syurga. Walaupun mereka tidak bersalah lagi tetapi terus berhenti dari menjawat jawatan awam.

Mungkin hanya Nik Aziz seorang sahaja didunia ini belum begitu faham tentang kehendak masyarakat dunia mengenai kerenah “seksual” yang membahayakan asas budaya kehidupan berkeluarga. Kena tambah ilmu di negera Jepun, dan belajar tentang kehidupan Samurai dan Harakiri.

Mat Ell # eekaawordpresscom