Melayu professional di bandar tolak BN kerana polisi BN tidak menolong mereka

Ramai Melayu urban terdiri dari golongan professional.

Iaitu mereka yang berkerja sendiri dalam bidang masing masing.

Seratus peratus mereka ini adalah golongan yang di beri kemudahan pelajaran dari dasar kerajaan kepada orang orang Melayu seperti kemudahan pinjaman pelajaran seperti biasiswa.

90% daripada mereka berkelulusan dari luar negara, dan di terima sebagai proefssional luar negara dan berdaftarkan oleh badan professional dalam negara.

Mereka ini mencebur diri dalam semua bidang termasuk kedoktoran, pakar dan juru juru didalam semua bahagian penting.

Malang nya, kepandaian dan pengiktirafan professional mereka itu tidak di terima oleh semua syarikat GLC dan badan badan Kerajaan melainkan dengan berdaftar dengan syarikat syarikat tersebut. Pendaftaran dengan syarikat kerajaan pula dilihat sebagai satu kerja susah dan di bayangi dengan kegiatan rasuah yang melampau. Sebagai contoh, Melayu bertaraf elite di benarkan berdaftar, dan mereka dari kampung kampung dibiarkan tanpa berdaftar.

Pendaftaran ini dilihat oleh para pengundi Melayu sebagai tempat rasuah yang amat memalukan. Contoh, untuk di beri kerja, 10 hingga 30% hasil dari kerja itu harus di beri kepada mereka yang berada di dalam syarikat syarikat tersebut. Ini termasuk di bank bank, dan lain lain syarikat GLC. Semua orang tahu perkara ini termasuk professional Cina dan India.

Ramai pengundi muda yang ingin memulakan kehidupan sebagai professional bertauliah menghadapai perkara yang serius ini dan mula membenci BN kerana bagi mereka sistem ini di mulakan oleh kerajaan BN dan harus menghadapi perbuatan rasuah yang serius.

Pendapat aku senang saja. Tak payah berdaftar lah sekiranya mereka ini sudah di terima sebagai professsional oleh badan badan professional dalam dan luar negara. Buat undang undang menerima mereka tanpa perlu berdaftar. Maka dengan itu mengurangkan bentuk rasuah di badan badan atau syarikat syarikat GLC ini. Jikalau di luar negaraprofessional berdaftar dengan badan professional diterima tanpa berdaftar dengan syarikat syarikat dengan jelas mengapa perlu di adakan di Malaysia.

Polisi ini bermula dari sikap kerajaan yang ingin tolong syarikat Bumiputera sekitar tahun 1970 an dengan mendaftarkan mereka tetapi sejak sekian lama ianya telah menjadi barah dalam sistem yang tidak memberi faedah kepada Melayu kerana kegiatan rasuah itu di benci oleh orang orang Melayu beragama Islam. Semua benci rasuah, Cina atau Melayu.

Benci mereka ini meluat luat sehingga sanggup untuk menjadi balaci DAP kerana ramai professional dari ahli MCA dan UMNO mendapat habuan yang besar dari sistem berat sebelah ini.

Cina DAP benci kerajaan kerana MCA dapat habuan dari sistem ini. Melayu benci UMNO kerana Melayu UMNO juga mendapat faedah dari sistem berat sebelah ini. Walaupun mereka semua berdepan dengan rasuah yang kronik. Dan di cap sebagai pengamal rasuah.

Sesiapa yang ingin menjadi professional di dalam negera ini kena ikut sistem ini. Tak ikut hidup miskin, dan akan tidak berjaya dan tidak dapat mengembangkan kerja kerja proefssional mereka serta mengambil pekerja baru dari kalangan orang orang lepasan Universiti tempatan atau luar negara.

Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi merekalah yang menjadi ketua ketua atau dalang yang membawa kaum muda menentang BN dan UMNO.

UBAH lah. Jikalau mahu berubah. Jikalau tidak Melayu bandar akan terus lupakan UMNO.

“Hello Hello, I frust tonggeng bay wey!!” – Sam

keretapilaju

KB > KL > KB Oriental Express :  Kereta api laju Sam 470 km/hour terlaju di dunia. RM10 per trip.

Aji: “Hello Sam, ya saya ni?”.

Sam: “Ji, bak po saya kena tendang Ji?”

Aji: “Tak tau”

Sam:”Amboi jadi orang biasa, tak ada pemandu, tidak ada kereta kerajaan, tidak ada pejabat dan tidak ada gaji, nak makan gapo, Ji?”.

Aji: “Eh mu buat lah keretapi mu tu. Terlaju dalam dunia. 470 km per hour. Charge sepuluh ringgit pun mu boleh kolek RM120,000 setenggah hari. Dok runsing gapo gak?”.

Sam:”Ji, saya belawok jah tentang keretapi tu”

Aji:”Ya, lepas tu macam mana?”.

Sam: “Tak tau lah nak buat guano!!”.’

Aji: “Dah tu, batu asas batu asas buat projek projek termasuk projek Highway tu guano jadi?!”.

Sam:”Benda benda tu pun ambo belawok jugak. Kan ambo ExTKO Planning, plan plan jer lah dulu, Ji.”

Aji: “Iya, hooo, pah ker aku pun kena rejek sebab mu. Penat aku nanggis air mata sebiji, hey tak laku lah Islang kito sekali ni deh. Abis Sam, bapo mu buat gitu. Mu ni banyak belawok dan kelentongwa, lepas tu mu tanya aku bak pa kena buang!!!”

Lagu di radio —- Bingkas bangun cacang ada tegak sepuluh kaki, kalu tak kena rancang harus mek aku mati, bak po mek mu buat gitu. hok tu lah ayah mu malu.

Iklan pasaraya PRU 13 – jualan murah, beli satu dapat semua percuma

Tertekan dengan permintaan menurun, pasaraya PAS telah menawar jualan murah tahunan, yaitu 5 tahun sekali, beli satu dapat percuma semua benda dalam pasaraya.

20130419-015222.jpg

Aduhai, wifi pun free bro. Habis kedai mamak, memang percuma dah bertahun. Lawan mamak nampak!!, sure mamak marah ni. Ke tipu jer?.

Kalah pasaraya di Chow Kit Road. Pasar Malam dan Pasar lambak kalah cam ni. Aduh susah cari makan nampaknya.