Politik melawan arus agama bermula dengan bohong

Bila dipercayai dia menipu dengan putar belit. Bila bercakap dia berbohong. Bila berjanji dia lupa janji. Bila bergaduh dia amat jahat dalam pergaduhan.

Sembahyang merupakan satu ibadah seperti suka-suka hendak bersukan, seperti hari pergi pancing, jogging, dan lain lain lagi. Tiada keberatan meninggalkan nya.

Tiap hari sex menjadi bahan makanan harian. Di lipurlarakan keingingan sex dengan macam-macam program sensasi di TV, Radio dan internet. Hendak maju ahli politik harus mengikut perkembangan ini, jikalau tidak dia akan mempunyai kurang peminat.

Lepas mendapat ramai peminat, ramai ahli politik merupakan “hantu raya atau hantu Mak Limah “, seorang bekas penjenayah agama dan sivil, korup dan mempunyai hati kering.

Bila begitu, perkara yang salah menjadi betul dan benar. Dan ramai pengikut dan penduduk awam tidak faham apakah yang benar, dan apakah yang salah. Seperti memukul kepala murid tanpa sebab.

Dia mengajar kita supaya berbohong, sekiranya tidak pandai berbohong menjadi satu kesukaran untuk hidup, dan akan menjadi miskin, papa kedana dan hidup susah.

Dimasa itu hati berat sungguh hendak membayar zakat, kerana income tax, toll plaza, harga barang makan naik harga mendadak, duit tuition anak, sewa rumah, bayar hutang bank dan lain lain beban di hala tujukan kepada hamba Allah ini. Zakat Fitrah pun susah hendak bayar kerana hendak bagi duit ampow budak-budak.

Jikalau orang itu kuat agama, disekeling mereka ini akan dipenuhi dengan maksiat, seperti tempat urut kaki, tempat urut “John”, kawan-kawan office bawa GF tidur di Tioman, bela perempuan, bagi kereta, rumah, duit; hinggakan orang kuat agama pun mahu ikut sekaki. Tidak mampu dia hendak mencegah.

Yang pelik aku lihat, hujan sekarang ini tidak mengikut musim, entah apa lah tuhan cucikan alam ini, tidak ada pun membawa rahmat, buah-buah durian pun tidak ada pada masa musim hujan, banjir kilat selalu berlaku. Menyusahkan manusia.

Lepas itu, ramai tidak suka lelaki, jadi pompuan khawin dengan pompuan; saorang rupa macam lelaki, tetapi pompuan dan duduk serumah kongsi bayar harga hutang Bank Muaamalat kongsi beli flat. Aku tidak tahu apakah “benda-benda” lain yang mereka kongsi “laki-bini’. Komer fikir lah sendiri.

Bila pompuan tidak suka lelaki, lelaki duduk dengan lelaki. Khawin belakang.

Sudah lah pulak, bila pompuan hendak kan barang “lelaki” mereka suka gunakan bomoh Siam; bagi lelaki tunduk sampai “John” dia tu bergerak hanya bila lihat “pungguk” dia sahaja. Sihir sana, sihir sini.

Lepas itu dalam keluarga, anak-anak dah tidak dengar kata lagi. Bapak dan emak macam sodek sayur kangkung di masa makan tengah hari dan malam.

Tetapi mereka ini bersembahyang, depan jer ler, lepas itu kalau tidak ada orang guna Ipad-2 lihat photo sex vedio yang bersangkut paut dengan ketua pembangkang. Polis pun belum beritahu siapa kah dia tu.

Lepas itu datang Justin Bieber, semua ikut cara dia. Berpesta dan berpakaian. Baik didepan cakap jangan makan dadah, tetapi tidak tahu lah, kena lihat sepuluh tahun lagi.

Dalam rumah penuh dengan Al-Quran, dan terjemahan, tetapi jarang sangat membacanya.

Dah lah tu, ulama pun ikut serta dalam MLM, skim cepat kaya, rasuah dan lain-lain perbuatan zaman moden. Tetapi mereka ngaku Ulamak tersohor dunia akhirat. Jual air ulamak brand “Tok Guru” dan “kismis” bagi pandai brand “Tok Wali”. Macam-macam ada jenis penipuan.

Manusia tidak ada nilai, boleh dibunuh sesuka hati, macam Osama Bin Laden.

Ramai pengikut agama Islam engkar dan selalu hidup dengan menaikan semanggat kaum kafir seperti DAP.

Dan mereka pun menanyangkan penyanyi perempuan yang cantik-cantik bagi menghiburkan mereka semua, termasuk ahli PAS.

Bila mereka beribadah ke Mecca, UMRAH dan Haji, ini kerana ada orang sponsor, glamour lah tu, dapat sponsor first class trip, dapat kerja dengan kerajaan yang memerintah, dia sendiri pergi ke Victoria Club di Edgware Road, London berpesta dan berjoli sakan.

Lagi lah pulak, semua keji Agama ini, Agama Islam, dalam facebook dan dalam blog, bukan sahaja agama Islam, oleh kerana Melayu itu Islam, Melayu pun dikejam macam pemberontak al-Sayaf.

Itu lah semua nya brother. UMNO kena faham ini, dan jikalau hendak menang PRU atau mahu menegak kan kebenaran, kena lah faham alam sekitar kita yang telah tercemar.

latest news: Engkau orang lihat sendiri, hujan bukan membawa rahmat lagi: tanah runtuh di hulu Langgat, 30 penghuni rumah anak yatim mungkin tertimbus dengan tanah runtuh itu. Empat sudah meninggal.Kenapa tuhan susahkan manusia yang hidup disini? Yang mati macam mana?. Adakah mereka meninsafkan anda? Bercakap bohong lah selalu, dan tipu lah sana sini dengan janji yang tidak pernah ditunaikan.

Mat Ell #eekaawordpresscom

Dah tua lah hang DAP, boleh ke jaga kami????

Macam sihat sangat engkau DAP, hendak bela anak kita, aduh sudahlah.

Mat Ell #eekaawordpresscom

Hey DAP, apa hendak dibuat di Kucing?

Hey DAP, aku hendak LRT, aku hendak stesen Puduraya, aku hendak Sekolah dan Universiti Cina, aku hendak bangunan tertinggi di dunia, aku hendak seekor anjing betina, yang cun punya, tak hendak jenis macam mama-mama tuh, apa lagi heh, jap ya aku bagi tau kau karang, aku hello hello jap lagi ok!!!!.

Mat Ell #eekaawordpresscom