“Revolusi Jasmine ke Iran?” belum masa lagi.

Ayatollah Ali Khamenei - The Supreme Leader Iran

Walaupun ada kejadian mogok melibatkan pekerja didalam industri pemotoran, tayar, tektil, logam dan pengangkutan, kejadian itu melibatkan perkara-perkara kecil seperti gaji tidak dibayar, pekerja diberhentikan, tiada benefit baru dan sebagainya. Keadaan masih lagi terkawal sehingga baru-baru ini mogok didalam industri minyak Iran dimana 500 pekerja buruh dilapurkan tidak menerima 6 bulan gaji boleh memberi gambaran perkejaan untuk rakyat bawahan semakin terhakis akibat kenaikan kos pengeluaran yang serius di serata dunia.

Ahmadenejad telah menghapus subsidi minyak dengan memberi cupon kepada rakyat, tetapi nilai kupon tersebut tidak memadai sekiranya kadar inflasi diambil kira. Rakyat masih tertekan tetapi tidak seburuk di Tunisia dan di Mesir.

Ayatollah Ali Khamenei, supreme leader kerajaan Iran mungkin masih kuat menahan kemaraan revolusi Jasmine berjangkit ke Iran. 14 Februari lepas,  Mir-Hossein Mousavi, pencabar calun presiden Ahmadinejad tahun 2009, telah mengerakan “Pergerakan Hijau” di Tehran berupaya mengembelingkan 20 ribu pemuda dan pria wanita Iran “berjalan-jalan” di bandar tersebut, tanpa apa-apa tentangan dari pihak polis tentera Iran seperti yang pernah berlaku pada tahun lepas.

Walaupun begitu diapurkan dua terbunuh dan dua orang telah ditangkap oleh polis risikan Supreme Leader Ayatollah di lapangan terbang di cekup atas kesalahan menjadi “spy Amerika”.

Ayatollah seperti janji nya, telah mengadakan “demostrasi” menyokong kerajaan pada hari Jumaaat 18 Februari 2011. Seluruh pelusuk rakyat Iran seramai 20 juta keluar memenuhi jalan-jalan Tehran menyokong Suprem Leader Ayatollah Ali Khamenei.

Rakyat Sokong Kerajaan Iran 20 juta? 18 Februari -AyatollahAli Khamenei

Terdiam Pergerakan Hijau dibawah pimpinan Mir -Hossein Mousavi. Walaupun begitu beliau berjanji kepada penyokong-penyokong akan bertindak lagi pada masa-masa terdekat bagi mempastikan pengerakan revolusi Jasmine masih dalam ingatan rakyat Iran.

Mengikut pendapat Vladimir Lenin, formula kearah menahan revolusi rakyat mesti bermula “mereka dibawah tidak ingin, mereka yang diatas tidak mahu”. Dia berhujah, revolusi perlu kepada pergerakan rakyat secara total, semangat dan keberanian, dan penyertaan kerpartian. Ini masih belum ada di Iran.

14 Februari Protes sokong Mesir

Iran bernasib baik?  Tidak juga. Sebenarnya rakyat Iran mempunyai dayatahan yang tinggi, kekuatan pengaruh revolusi Islam yang kuat dan kepandaian Ayatollah didalam berpolitik.  Rata-rata rakyat Iran berada ditahap yang lebih baik daripada rakyat miskin di Mesir atau di Tunisia. Perbezaan diantara miskin dan kaya tidak keterlaluan, walaupun ada perbezaan pendapatan diantara wanita dan lelaki Iran. In tidak serius seperti di lain-lain negara di Asia Barat.

Revolusi Jasmine, mengikut pendapat ramai penganalisa politik Asia Barat boleh memberi impak positif kepada Iran. Ayatollah harus mengunakan kesempatan pengaruh gerakan itu bagi kebaikan negara Iran, seperti mana rakyat Mesir dan Tunisia menjatuhkan “regime” yang tidak sebulu dengan Iran dan talibarut Amerika. Ada yang berpendapat satu gerakan sulit dari orang-orang berkepentingan berlaku di Mesir dan seluruh Asia Barat sekarang.

Sehingga sekarang Iran masih belum ada talian diplomat di Mesir, tetapi perganti Hosni Mubarak, Omar, boleh diterima oleh Ayatollah dan ini memberi peluang kepada Iran menyebar pengaruh mereka ke Mesir. Begitu juga di Bahrain, Tunisia, Yemen dan Libya. Manakala kesemua ketua kerajaan Iraq sekarang ini rakan karaib Iran.

Sebelum rusuhan berlaku, Iran telah menyimpan minyak mentah dikawasan laut berdekatan dengan pemborong minyak, dianggarkan lebih 20 million tong minyak mentah siap untuk dijual. Walaupun minyak Iran rendah kualiti dari minyak Libya, kekurangan minyak dipasaran menyebabkan simpanan Iran yang terkumpul sebelum rusuhan itu menjdai komoditi yang bernilai.

Wikileak telah memalukan Arab Saudi kerana mengatakan mereka telah menyuruh Amerika mengebom stesen nuklear Iran. Sekiranya Tunisia dan Mesir di perintah oleh kumpulan bersekongkong dengan Islamic Brotherhood, Iran akan mempunyai pengaruh besar di Asia Barat, meletakan Saudi Arabia kesaorangan sebagai pembantu Amerika didalam memperkasakan Israel. Kedudukan stabiliti Bahrain rakan baik Saudi Arabia masih bergolak. Sekiranya Bahrain juga terkena tempisan revolusi Jasmine, revolusi Islam Iran akan menjadi pengaruh didalam membentuk corak pemerintahan di Asia Barat setelah Syria dan Lebanon telah pun mempunyai hubungan yang baik. Semenangnya Saudi Arabia tertekan dan pemerintahan beraja di sana harus merubah sistem pemerintahan mereka mengikut kehendak dari pengaruh Iran.

Iran mesti menekan rakyat mereka daripada bangkit melawan arus perdana yang terjadi disemua negara Asia Barat. Ini diperlihat diatas kesungguhan Ayatollah ber”demostrasi” 18 Februari lepas dengan 20 juta rakyat menyokong beliau.

Sinbab #eekaawordpresscom.

Iran: Penunjuk Perasaan dari kerajaan Iran

President of Iran @ Columbia University.

President of Iran (Image via Wikipedia)

Kerajaan Iran mengadakan demostrasi

Kerajaan Iran mengadakan rali hari Jumaat 18 Februari untuk menyatakan kebencian terhadap tindakan penunjuk perasaan dari parti pembangkang.

Demostrasi dari pihak kerajaan ini tercetus setelah beribu penunjuk perasaan yang telah di lakukan oleh 2 kumpulan pembangkang di Iran sebelum ini, dimana protes itu bagi menyokong tindakan penunjuk perasaan dinegara Negara Arab lain, bertukar menjadi protes anti-kerajaan yang telah mencederakan ramai orang dan dua terbunuh.

Iran memgamal sistem pemerintahan yang komplek dan luar biasa gabungan Islam (theocracy) moden dengan demokrasi.

Kumpulan yang tidak dipilih rakyat, puak consarvetif Ketua Sharia yang amat berkuasa dikelilingi oleh seorang Presiden dan ahli parlimen yang di pilih rakyat.

Mahmoud Ahmadinejad, dipilih pada 2005, berhujah tidak akan membiarkan protes anti kerajaan. Dia telah menyalahkan pedemostrasi sebagai memburukan “keindahan kerajaan Iran.”

Dapat kan berita terkini dari eekaawordpresscom.

Sinbab #eekaawordpresscom

Dua Pemerintahan Ulama-Iran & Kelantan, Iran tersungkur, bila Kelantan?

Reunión con el Líder Supremo de la Revolución ...

Iran Spritual Leadership (Image by Presidencia de la República del Ecuador via Flickr)

Tun Mahathir menjawab kenyataan Nik Aziz sila baca disini dan disini.

Bila lagi rakyat Kelantan hendak bangkit mengetuk kepala Nik Aziz supaya dia menjadi seorang alim. Sekarang ini dilihat semakin tidak menentu seperti apa yang telah berlaku di Mesir dan Iran. Iran negera di perintah oleh ulama yang di tiru oleh Nik Aziz pun rakyat jelata sudah jemu dengan penindasan yang teruk, bila lagi di Kelantan. Sama sama kita tunggu.

Saya perturunkan disini tulisan Tun Mahathir didalam jawapan kepada Nik Aziz:-

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri. 

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; “Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, “Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); “Innamalmukminu na ikhwana…” iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, “maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); “Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai…”

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai “baca”. Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta’ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

Sama sama kita renung jawapan dari Tun Mahathir kepada Nik Aziz diatas. Salam.

Mat Ell #eekaawordpresscom.

Jangkitan demostrasi di Iran,

Presidential candidate, Mehdi Karroubi

Presidential candidate, Mehdi Karroubi (mage by bbcworldservice via Flickr)

Tehran, Iran -14 Februari 2011.

Pergaduhan diantara polis Iran dengan beratus ratus ribu penunjuk perasaan memecah keharmonian di tengah Bandar Tehran hari ini, Isnin,  dimana pihak berkuasa keselamatan mencegah para pedemostrasi dengan menembak gas pemidih mata kearah para penunjuk perasaan yang telah memulakan siri pemberontakan ala Mesir di Iran.

Pedomostrasi di Tehran dibuli Polis dan tentera .

Pihak pembangkang mencetus penunjuk perasaan disini berhasrat menjadikan solidariti para penunjuk perasaan di Mesir yang telah berjaya menjatuhkan presiden Mubarak setelah 30 tahun memegang jawatan. Para penunjuk perasaan ini adalah yang julung kali berlaku di Iran selepas hampir setahun pihak pembangkang ditekan para pemerintah Islam.

Polis telah mengunakan gas pemedih mata keatas grombolan penentang jalanan di Enghelab, atau Revolusi Square dan sekitar jalan jalan utama berdekatan. Mereka yang mengadakan protes pula melawan tindakan polis dengan membakar tong tong sampah bagi menghalang mereka dari terkena asap putih gas pemidih mata.

Saksi berkata sekurang kurangnya tiga pedemostrasi cedera terkena tembakan peluru dan dihantar ke hospital di tengah Bandar Tehran, manakala berbelas belas lagi telah dirawat di hospital dengan kecederaan yang serius akibat dipukul.

“Biar mati tetapi jangan di malukan” sahut para grombolan pemberontakan jalanan. “Mati lah semua, para pemerintahan diktator”, kata mereka yang dituju khas kepada Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad.

Polis juga mengunakan motosikal bagi menghalau para pedemostrasi jalanan melalui jalan jalan Bandar Tehran, mengikut kata para saksi.

Agensi berita FARS News menyebut pedemostrasi merupakan jenis yang “hypocrite, monarchist, pendurhaka dan sadist dan tidak pun menunjuk solidariti kepada Mesir seperti janji mereka sebelum membuat demostrasi kepada kerajaan Islam itu.

FARS sebuah agensi berita dibawah kawalan Revolutionary Guard,  kementerian pertahanan terbilang di Iran, berkata, beberapa individu ditahan dan di serah kepada pihak polis dan pegawai keselamatan tanpa memberi perjelasan penuh tindakan tersebut.

Pihak pembangkang berkata melalui lama web mereka kaleme.com pertempuran juga berlaku di Isfahan  dan Shiraz di bahagian selantan Iran. Pihak keselamatan juga mengunakan kekerasan membendung rusuhan tersebut.

Media asing dilarang dari membuat lapuran berita mengenai demostrasi jalanan di Iran.

Pihak pembangkang membuat pengumuman akan melakukan rali baru di masa terdekat ini untuk meniru cara cara di Mesir, dan pihak berkuasa Iran telah memotong talian telipon dan mengepung rumah kediaman seorang ahli politik pembangkang untuk menyekat penglibatan beliau didalam tindakan rusuhan ini.

Polis dan pihak tentera berkumpul disemua jalan besar untuk menyekat para pedemostrasi dimana pihak kerajaan Iran berpendapat boleh menjatuhkan sistem pemerintahan Islam Iran.

Taktik menahan dan mengawal para pembrontak jalanan ini seperti yang pernah dilakukan oleh pemerintah semasa bantahan pemilihan semula Ahmadinejad semasa tahun 2009. Secara amnya, pihak pembrontak telah mengunakan taktik berselindung di atas atas balkoni dan bumbung rumah dan melaung perkataan “Allahu Akbar” seawal pagi hari ini bagi meluahkan perasaan hampa kepada para pemerintah Iran.

Pengempur reformasi berkata polis telah meletak beberapa kereta peronda dihadapan rumah Mir Hossein Mousavi sebelum demostrasi dimulakan.

Mousavi dan ketua pembangkang lain Mahdi Karroubi telah diletak dibawah tahanan rumah semenjak minggu lepas, selepas mereka memohon untuk mengadakan demostrasis aman hari ini 14 Februari 2011 bagi menunjukan solidariti kepada Mesir dan Tunisia.

Kemelut di Mesir dan Tunisia membuka mata pembangkang di Iran untuk membantah dan bermain politik.

Ahmedinejad berkata rakyat Mesir telah mengikut cara Revolusi Iran, yang telah menjatuhkan corak pemerintahan barat. Tindakan tentera dan polis Iran keatas demostrasi jalanan yang pro Mesir, telah dikecam oleh Rumah Putih dan lain lain kuasa besar barat.

Karroubi dan Mousavi berpendapat segala protes di Tunisia dan Mesir sama dengan di Iran. Di Iran, Mousavi berpendapat para demostrasi ingin melemahkan “kejangan dan penindasan para pemerintah Iran” keatas rakyat biasa.

Sementara itu, Presiden Abdullah Gul dari Turki yang melawat Iran, meminta semua kerajaan di Timur Tengah supaya mendengar kehendak rakyat mereka.

“Bila ketua dan ahli politik tidak mendengar keluhan rakyat mereka, rakyat jelata akan mengambil tindakan sendiri” ulasan Gul sebagai berkata hari ini diulas di IRNA. .

Beratus ribu rakyat telah mengadakan demostrasi aman membantah perlantikan Ahmednejad semasa pemilihan pada tahun 2009 yang dikatakan berlaku penipuan. Kerajaan telah menghindar segala protes jalanan semenjak 2009 dan pihak pembangkang tidak dapat berbuat apa apa semenjak tarikh itu.

Pihak pembangkang berkata seramai 80 orang telah mati dibunuh semasa kejadian itu. Kerajaan pula menyatakan hanya 30 terbunuh, dan menyifatkan pembangkang sebagai “hamba kuasa barat” dan ingin menjatuhkan kerajaan Islam melalui protes jalanan.

TV Iran berkata, Mousavi dan Karroubi adalah mereka yang telah digunakan oleh musuh musuh Iran. Berita terkini sila baca disini dan disini.

Sinbab #eekaawordpresscom