Judi lah, apa salahnya, Cina semua boleh

Lim Goh Tong's statue

"Aku bayar gaji dia rupanya, aku baru sedar kuat tipu orang judi nih" (Image by Dayze via Flickr)

“Kepala hotak engkau, judi bukan budaya orang Cina,” Lim Guang Eng (Kalipat) sebagai berkata di Kerdau. Dia bersama Mr Husam Vanikawasagam Perasaasam mendengar “tempikan” “Allah hu Akhar” di satu sessi suai kenal hati ke hati di PRK Kerdau baru-baru ini. Dia refer kepada orang kuat MCA yang kata judi “is all right ma, Cina-men love it, why “the cannot-cannot ma” ?.

Tell you what, huh, ini bab-bab judi ini salah dalam undang undang Islam, lebih kurang sama seperti salah saman ekor. Salah lah tu. Hang tengok rupa muka Pengarah JPJ masa bercakap tentang saman ekor, badan jer kecil, tetapi, mulut melenting bagi “warning” rakyat “Tunisia“, tak bayar saman, jaga engkau!. Sama lah, orang Kelantan kan. Itu Takiyuddin kata aku hendak dia orang jangan beli loteri. “Bahlul betul engkau orang ini ya, jikalau beli hangpa dapat sekeping kertas dengan jadual imbuhan bayaran yang tidak akan anda kecapi. Jadi hal pulak datang “claim” balik duit dengan PAS pakai tiket loteri itu untuk “PAS for all”, nanya aku!”

Baik hang pi Genting Highland judi sampai muntah dan menang” kata member taubat nasuha judi duduk minum teh dan nasi belauk berkatayap di kedai “Payung” disebelah stadium Kota Bharu. “Aku dulu, rumah aku dekat Genting Highland, makan nasi free genting bagi, berak jamban Lim Goh Tong, cuma nya lepas lima dan enam tahun baru aku tahu, aku bayar gaji Lim Goh Tong rupanya” beliau menyambung.

“Kerja kena buang, rumah kena lelong, duit epf habis licin, kereta aku kena “tarik-tolak” dah beratus kali. Last-last aku masuk PAS, sebab orang Cina suka judi dan tak pernah jadi ahli PAS, dan Cina suka duit aku rupanya, siapa Cina MCA hendak cakap kepada aku tentang judi ini?,” beliau berkata.

Dia pun rupanya macam Nik Aziz juga, kurus, dan jengkong biji mata, tetapi mulut macam meriam Saif al-Islam, bising. Kalau tengok-tengok kan rupa, pengarah JPJ tu pun ada iras dia. Mulut bising-bising jugak. Entahlah orang Kelantan ini suka cakap bising kut, hati mereka tu tidak lah kita tahu, macam juga lah Gaddafi, hang tau ke hati dia? Dan juga mungkin Kelantan hendak kan saorang Perdana Menteri. Tak pernah ada dalam sejarah. Bising-bising tunjuk pandai lah sikit, kut-kut ada chance jadi PM Malaysia, kan member tu dah nak naik “bot sangkut” di Sungai Buloh.

Tetiba orang kuat DAP kata mana boleh haramkan “loteri haram”?, benda tu sudah haram, kenapa hendak diharamkan. Bunyi meriam sama nada dering dengan MCA. Aku hendak tergelak, “PAS for All” sudi bersua muka dengan Karpal, untuk memperjelaskan isu benda haram yang sememang haram tetapi tidak haram di Selangor, Penang dan Kedah. Khalid kata “engkauorang hendak judi, pi mampus berjudilah, aku peduli apa, Selangor okay judi, no problem, kena tangkap JAIS, jawab sendiri, gua tarak campur hal.” Lepas itu meroyan sakan Datuk Hassan Ali bila dengar Khalid bercakap pasal judi. Dia nak kata apa, “okay kut judi di Selangor, oh ya, bila aku nak singgah tengok 4D, ada tangkapan ker.”

Hang hendak kata apa, DAP hari ini pun nak saman kerajaan kerana “bab-bab saman ekor”. “Itu bab-bab hak peribadi, undang-undang kena perbetulkan” kata orang kuat DAP Perak. Kata dia orang lah, ramai orang gelak, bab-bab judi semua Cina pakat, bab saman ekor pun pakat, mahu jatuhkan maruah pengarah JPJ yang kurang senyum tu. Sebab, bila tidak senyum, muka dia tu muka orang Melayu, bila senyum baru muka “PAS for all.”

Susah juga negara kita ini ya.

Mat Ell #eekaawordpresscom

“Engkau “Zap” jer Gaddafi, no hal” – Qaradawi.

Binyamin Netanyahu, Israel's Prime Minister, m...

Binyamin Netanyahu (Image via Wikipedia)

Qaradawi mewajibkan bunuh Gaddafi!

وقال القرضاوي ” أصدر الآن فتوى  بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص  يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه”. وأضاف “لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد”.

Translation aku lebih kurang gini lah ya, Qaradawi berkata “Sekarang ini aku beritahu engkau orang semua, okay, kaorang boleh “kiot”, “ngap”, atau “zap” itu maklaun Gaddafi. “No hal” nya. Mana-mana komer askar tu, kaorang keluarkan pistol diam-diam “zap” maklaun Gaddafi tu. Tak per, no hal, kalau tuhan kata  “Are you okay today?,  kata “yes, I am Okay, today, no problem.” Itu Gaddafi paling besar hantu, giler sewel kelas tertinggi dan kaki tekan paling kuat. Hang semua tu askar-askar, atau pegawai maklaun tu, tidak payah ikut perintah dia lagi. Dia nak bawa kaorang buat maksiat kelas tinggi, tindas menindas, dan kecelekaan kepada rakyat jelata. Ini fatwa aku, kaorang mesti ikut.”

Kira okay ke translation aku tu tak? Bagi ada bunga- bunga sikit lah.

Orang-orang kuat agama Islam ini main aji hendak bunuh “orang” sahaja.  Hey, kita semua kat Malaysia sama dengan orang-orang di Libya tu. Islam juga.  Jikalau ya pun, baik bawa lah bersabar. Emak bapak kaorang dah dibunuh ke? Kalau tak kenapa menyibuk. Tangkap lah dia, kan ada undang-undang, bagi pencen sama dia dengan “Gullutin”, kan menasabah tu. Kesalahan membunuh, bukan tak boleh. Saddam, lagi hebat, engkau orang boleh “ngap”, tak kan kut maklaun ni nak kena bagi fatwa. Ini semua kerja “yahudi” first kelas.

Kenapa tak bagi fakwa bunuh “Benjamin Netanyahu”, Perdana Menteri Israel tu? Takut pulak ya? Ke dah jadi tali barut Yahudi.

Aku runsing tengok lagak orang yang kuat agama zaman sekarang ini. Dulu masa PAS baru tahu hendak memang pilihan raya umum di Trengganu. Petang itu dua jam sebelum tahu keputusan resmi, gang Hadi Awang sudah bawa lori penuh kunci dan mangga. Sudah tahu result pukul 8 malam habisnya di kunci pintu pejabat pejabat kerajaan dengan mangga. Senyum, tapi “habuk” jugak lepas tu. Tak der “extraordinary”. Takut lah orang larikan file. Mak oii, giler sewel betul cam tu. Macam lah negeri itu baru keluar dari neraka.

Takut bukan apa, tetiba ada fatwa, kalau nampak kami nak menang pilihan raya nanti dikeluar fatwa, sesiapa buat lari file akan di “zap”, macam tadi ler. Kalau tidak jumpa pergi rumah dia, ikat dia, sudu kan muka dengan pelepah kelapa tang hidung dia. Manusia bukan boleh rasa kuat, hendak “ngap” dan”zap” orang jer. Agama tu cakap jer, bila bab-bab “zap-zap” ini, orang Islam lah kuat semangat  “mengezap-zap” manusia lain. DAP hang tak takut ker lihat benda-benda orang Islam macam seperti ahli PAS buat di Bahrain dan Libya ini? Engkau orang lagi ler, rumah besar, kereta besar, bini besar, hilang semua tu, mana nak cari ganti. Kita basikal cabuk, tak per hilang.

Macam mana ya, fatwa-fatwa agama ini terlalu banyak di serata tempat akhir zaman ini. Silap-silap di “Bas Stand” pun ada fatwa. “Kaorang tidak dibenarkan duduk, kerana nama tempat itu ada tulisan “stand” apa kah hal hendak duduk-duduk. “Stand” itu makna nya berdiri, brother.” Habis. Berjam lah korang tunggu bas, “berdiri”.

Semasa di Tenang dulu pun, dia orang bawa lori juga. Atas lori ada fatwa kelas tertinggi jenis ini juga. Aku runsing lah. Komer tak der terfikir kah apa akan terjadi jikalau dia orang sampai ke Putra Jaya. Tentu dia orang  bawa bas penuh kunci dan mangga. DAP pula bawa helicopter ke Genting Highland, bawa duit Lim Goh Tong keluar. Bab filel-file ini dia orang bagi jer kat PAS,  bab-bab duit, “money-money” ini dia orang dah pakat bagi ler kat DAP.

Susah Islam berfatwa ikut musim macam-macam ini.

Mat Ell #eekaawordpresscom