Let make things easy, we demonstrate because you’re a lousy financier- Greeks to Angela Merkel.

Rakyat Greece pemalas, kata orang German. Ini semacam aku pernah dengar!!!.

Bila berhutang tidak reti hendak bayar balik, bila orang tolong berikan duit untuk menjanakan ekonomi dan hadkan pembelanjaan mereka, rakyat semua nya marah kerana pendapatan mereka kurang sebanyak lebih dari 33% hingg 60% sebulan. Termasuk kakitangan awam, pekerja swasta dan lain lain pekerja di syarikat syarikat yang hampir muflis.

Mereka sangat marah kepada German kerana Germanlah yang mengetuai European Union bagi menolong Greece didalam usaha menyelamatkan bank bank negara mereka dari terus bankrup tetapi meletakkan syarat penjimatan yang amat ketat, sehinggakan bank tidak boleh mengunakan wang yang diberi melainkan diguna untuk membaikpulih perjalanan kewangan perbankan mereka sahaja. Rakyat Greece juga melabel German sebagai dalang yang telah merusakan ekonomi mereka dengan memberi pinjaman kepada Greece tanpa usul periksa akan kemampuan mereka membayar balik.

Kebencian kepada German, mengikut  para pendemostrasi adalah berpunca dari keangkohan Angela Merkel dari mendengar rintihan penduduk Greece yang kehilangan punca pendapatan setelah Puan Merkel berdegil dari merombak pelan penjimatan yang dicadangkan oleh beliau keatas semua negara yang bermasaalah dengan hutang di Europah, termasuk Sepanyol.

Apabila Puan Merkel berkunjung ke Greece semalam, diatas pelawaan perdana menteri Greece, Antonis Samaras, lebih 50,000 para demostrasi dari kalangan guru dan para pekerja awam dan swasta telah memberi bantahan keatas lawatan beliau.

Berlainan dengan sitiuasi di Malaysia, Bersih 3 yang akan diadakan adalah dari kalangan pengikut PR dan bukan membantah kuasa luar seperti di Greece. Sekiranya kita berhutang dari negara luar bagi memuaskan polisi menselesakan rakyat sebagaimana yang diutarakan oleh PR didalam buku Jinga mereka, maka siapakah yang akan berdemostrasi kepada kuasa luar itu?.

Sedangkan selama ini kita difahamkan ramai ahli politik PR dan NGO itu dibiayai oleh kuasa atau bank luar negara?. Jangan sampai disatu masa peserta Bersih 3 terkial kial kerana terpaksa berdemostrasi kepada tuan punya duit yang telah diambil oleh mereka kerana kekejaman mereka menindas penduduk tempatan sebagaimana yang berlaku di kalangan  ahli European Union, termasuk Greece dan Sepanyol. Bajet PR yang dicadangkan itu menyebabkan Malaysia berhutang lebih dari pihak luar dan keadaan yang sama akan berlaku kepada kita seperti di Greece apabila kita tidak berjaya membayar hutang yang besar dan bangkrup.

Baca seterusnya disini.  

Melayu tidak pandai Islam atau tidak beriman?

located at Gua Musang,Kelantan.

Islam itu agama orang Melayu. Sudah tentu orang Melayu tahu tentang agama Islam, jikalau tidak macamana mereka boleh beribadat kepada yang maha Esa.

Untuk menjalankan tugas sebagai ahli politik di Kelantan, dan menjalankan tugas bagi membantu rakyat Kelantan membangun, kata Dato Pa, mesti lah mempunyai pengetahuan agama atau pelajaran berteras kan agama Islam kerana mengikut fahaman dari sebelah sana, ahli politik atau para pekerja kerajaan Kelantan adalah terdiri dari orang pandai agama Islam.

Saya berpendapat, semua orang Melayu pandai agama Islam, kerana Islam itu agama mereka. Cuma, keimanan mereka itu berlainan dari satu sama lain, dan dengan itu bererti mereka yang pandai agama Islam pun tidak semestinya mempunyai keimanan yang kuat, tegar dan teguh. Jadi, ahli politik dari orang orang PAS yang pandai agama pun tidak semestinya beriman didalam erti kata sebenarnya.

Sebagai contoh, orang yang beriman akan memberi kesenangan kepada mereka yang telah mengundi mereka, dan menunai segala janji yang telah dibuat semasa pilihan raya dahulu, kerana beliau beriman kepada tuhan beliau dan takut kepada kemurkaan tuhan. Walaupun pandai agama ramai dilihat tidak mampu memberi khidmat moden kepada rakyat Kelantan sama ada kerana jahil dunia dan hanya pandai agama.

Beriman bererti pandai mengaji Quran dan boleh menjadi imam di Surau atau masjid atau semasa majlis tahlil dan sebagainya. Mereka ini tidak jahil didalam amalan agama Islam serta boleh melakukan perkara wajib sebagai orang Islam. Walaupun demikian, orang beriman juga perlu tahu hal ehwal duniawi dan ilmu kehidupan.

Lihat sekarang ini di luar negara, mereka yang pandai berpolitik, telah dibuang kerja dan diganti dengan teknokrat. Ini berlaku di Greece dan Italy. Mereka semua beragama, dan sudah tentu berpolitik dengan tidak ada kepakaran duniawi juga tidak boleh di anggap sebagai ketua yang boleh menolong ahli masyarakat.

Itu sebabnya, kepakaran didalam agama tidak menjamin kesejahteraan kehidupan duniawi, dan kita harus hidup seribu tahun lagi.

Mengapa Kelantan memakan masa hampir 21 tahun untuk mereka membuat rumusan pada hari ini bahawa masaalah air bersih di negeri Kelantan hanya boleh diselsaikan pada tahun 2027?. Mungkin kah kerana terlampau pandai agama, tetapi kurang arif tentang ilmu keduniaan, atau mereka ini kesempitan iman?

Oleh yang demikian, saya berpendapat, semua orang Melayu yang beriman boleh memegang tanggung jawab menjadi ketua kaum Melayu Kelantan, kerana orang Melayu adalah mereka yang beragama Islam.

Dan sekarang kenapa pula dengan Italy?

Army parade of Republic Day, Rome (Italy).

Image via Wikipedia

I Trust and Love YouItaly.

Hutang negara mencecah USD2.6 trillion. Ini jikalau ditulis dengan angka seperti ini : USD2,600,000,000,000.00. Itu duit Amerika bro.

Jikalau diletakkan dalam lori semua duit itu, ianya bermula dari Pulau Melaka di Kelantan sampai Perth Australia, penuh duit itu dalam lori.

Silvio Berlusconi kata dia akan berhenti kerja sebagai PM setelah mengemudi Italy keluar dari hutang itu.

Ini susahkan masyarakat dunia. Italy terlalu besar untuk di “bail out”, lebih besar dari kesemua hutang Greece, Ireland, Portugal dan Sepanyol, dan mereka tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk menolong Italy.

Italy berhutang dengan kadar 127% dibandingkan dengan GDP. Itu bermula dari 1990 lagi. Ekonomi Italy tidak berkembang, tidak ada peluang pekerjaan, dan ekonomi parah akan merebak kepada Perancis , Belgium dan lain lain negara didalam Euro Zone. Dan dunia.

Italy adalah sebuah negara yang menjadi liabiliti kepada ekonomi dunia sekarang ini walaupun Italy adalah negara maju dan berpendapatan tinggi ke lapan (8) di dunia.

Nampak gaya negara berpendapatan tinggi dan maju selalu menipu tentang kekuatan ekonomi mereka, tetapi sebenarnya mereka ini kaki berhutang kuat, seperti kata kata orang Perak, “Biar papa asalkan bergaya”. Geng suka pinjam Ah Long lah orang Italy ini. Huh, ambik engkau.

Apa kena Greece?

Dancers

Image by Dr Max via Flickr

Apa kena dengan orang-orang Macedonian ni?

Zaman dahulu kala sangat hebat, kuat berkerja dan membina negara?

Zaman sekarang orang Macedonian ini suka rilek dengan duit orang lain. Jikalau hutang dibayar semua pun, tahun depan mereka kena bayar USD35billion hutang bond kerajaan dengan faedah sebanyak USD12 billion, walaupun mereka dijangka akan mendapat pertolongan kewangan dari tiga negara besar dengan bayaran USD12billion.

Pada tahun 2013, Greece tidak akan mendapat apa apa pertolongan dari 3 buah negara kuat (Amerika, Perancis dan UK) tetapi mereka terpaksa pula membayar hutang kerajaan dari bond yang telah dikeluar sebanyak USD44billion dengan kadar faedah sebanyak USD17billion. Bermakna Greece perlu sebanyak USD84billion untuk tahun fiscal 2012-2013, dan dengan kemudahan hutang baru Euros60-65billion yang dicadangkan semasa krisis baru baru ini mereka masih perlu sebanyak 20-35billion euros.

Bila mendapat persetujuan dari negara besar termasuk IMF tentang menyelesaikan masaallah hutang, PM Greece George Papandreou kata beliau kena mohon persetujuan kabinet. Bila dengar benda referendum macam ini, mengamuk lah negera maju kerana sebelum ini dia ikut sahaja bila hendak berhutang.

Mereka kena “privatisekan” segala bentuk firma kerajaan dan jual asset penting negara dan hasilnya boleh jadi ketahap hutang “zero-zero”, tetapi macam mana hendak start hidup baru? Para pekerja Kerajaan kena “bertelanjang bulat” bila berkerja dimasa masa depan seperti orang minyak.

Hidup tidak akan berakhir pada tahun 2013, apa jadi tahun 2014 apabila mereka perlu membayar kenaikan kadar faedah hutang berjumlah berpuluh puluh billion euros?

Ini lah dia bila orang purba cuba mengikut orang orang Allien dari Amerika, “hang pi hutang banyak banyak, naikkan gaji pekerja, naik kan gaji menteri, besarkan office dan buat jalan best best, lepas itu, hang enjoy sakan lah, hang pi main Cina Doll atau tengok dia orang menari nari, bab hutang hang jangan fikir kan lagi, ok?”.

Bila rakyat larikan cukai, kerajaan ternganga mulut. Bila sudah syok sendiri, siapa hendak bayar cukai, kerajaan manghadapi kerumitan memunggut cukai yang teruk semenjak 2005.

Pendapatan dari hasil tourism merosot, industri pula dikalahkan oleh Cina dan India, minyak habuk tidak ditemui di Greece.

Mereka berjalan jalan dan bersiar siar dengan duit hutang. Greece adalah sebuah negara maju dan salah satu negara berpendapatan tinggi, numbor 31 dalam dunia.

Kena tahu zaman sekarang negara yang ingin menolong adalah negara yang ada mempunyai niat tersirat. Allah jangan pergi jauh jauh sangat, didalam meminterpretasikan hal hutang ini, kita di dalam adik beradik pun, jikalau hang joli sakan, tidak ada adik atau abang hang hendak tolong nya!.

Kita pun ingin menjadi semacam mereka, maksud saya, ingin menjadi negara berpendapatan tinggi. Tetapi ingat jangan pula kita hidup berhutang besar macam mereka ini. Sekarang ini kerajaan telah gunakan RM10 billion, nasib baik jumlah itu untuk hampir 85% program ETP, jikalau baru 10% berapa banyak wang yang perlu digunakan?. Duit ini datang dari mana? tentu lah dari hutang juga kan? Dan apabila ETP kecundang, siapa akan bayar segala hutang itu? Mr Yala kah? Jangan terlalu ingat ETP itu akan berjaya, tengok sahaja DEB, berapa lama itu beb, belum lagi berjaya.

Jangan lah kita terikut ikut cara orang Allien dari Amerika, sudah sudah lah dengan cara pengunaan sistem kewangan mereka yang telah lapuk dek zaman. Kata bekas PM, Tunku AR, “mampuih”.

We have the right to fight a decent war against traitors?

If you're lucky, she will sing you a song at Kelab Sultan Sulaiman Kg Bharu Kuala Lumpur Jam 3.00 this evening, come over.

Government must brave – Khalid Ibrahim.

Give the rakyat the opportunity to attend a peaceful demonstration organized by bersih 2.0.

There are, of course, two sides in the above equation. The ones who need to do demonstration and the ones who oppose to the demonstration that organized by bersih 2.0, the opposition’s own arm of bandits who before accused of creating chaos in the city center of Kuala Lumpur.

Is this the calling of Arab streets? And if it is, what is the similarity here and there in the middle eastern countries that leaders in the opposition party are following and for what purpose?

Food prices are on the rise everywhere and it’s a global phenomenon, no doubt about it. Malaysia too, like the countries that demoralized due to uprisings by the kind of that in the Arab spring,  suffers by the increasing food prices. We are the “sons and daughters of the government” so to speak, there are hefty subsidies around all of you that have dampen a bit the effect of increasing food prices. There are thousands, or nearly a million who work for the government, or in the government offices, those who enjoy enormous government benefits who may lend you a hand in time of trouble. May be they can pass you a cup of sugar or a beg of rice.

Business is slowing as in the other states worldwide and those businesses in Greece are expecting closure due to the unresolved debt issue that will hammer world’s economy very soon, and we in Malaysia aren’t sparse.

In light of a gloomy world economy the way forward is to make a war, or at a smaller scale, a demonstration. At least that gives our brain some thoughts or ideas how to live. We are the blokes who like little in forging a war, nevertheless the opposition is giving you a chance to be a creative warrior in the coming demonstration. Might as well grab it and learn how to depose the troubled groups. Listen to the song of a ragging war. It’s nice. Cry is  only when there are casualties. Don’t worry about the casualties because they are the purpose of this coming demonstration.

Come over here and listen.