partiPAS negara berkebajikan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Doggie : “Which one do you want me to bite and pass over to you first, PETRONAS, TNB, INLAND REVENUE, CUSTOM, TNB, CIMB, SIME DARBY, FELDA, FELCRA, or which one?”.

Mat Sapu: “I don’t know which one, no blue print out yet, you wait huh!!, but the principle is to take the big money spinners first, the ones with fat money, awwright. But remember, I wanna fly to Amsterdam‘s red district, get me “that money” first, understand! “.

Saham Jatuh atau Jatuh Saham?

Logo of Federal Land Development Authority (FE...

Pengerusi Baru Felda sebab saham jatuh, kata Investment Banker (Maybank) dan NEAC, apa kah hal pulak nya? (Image via Wikipedia)

Ini semua tentang Saham Felda Jatuh atau Mazlan Aliman Jatuh Saham?

Kuat juga simamat IDEAS ini, Wan Saiful Wan Jan, membawa bebudak yang jadi orang besar dalam GLC memberi komen hebat hebat kepada orang yang beri kerja dia orang.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam forum anjuran badan pemikir, IDEAS dilapor berkata, pemilihan Isa Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu. Lihat siapa dia Tg Zafrul Tg Abdul Aziz  disini.

Gelak ler si Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK mendengar kawan baik IDEAS hentam perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang dikatakan penyebab pasaran saham Felda menjadi tidak menentu.

Ikut ikut kan ahli seumur hidup PAS , Wan Saiful Wan Jan pengerusi IDEAS ini berjaya juga membawa isu Felda yang difitnah oleh Mazlan Aliman kepentas politik dengan mengunakan “pakar” dari Maybank Investment.

Menguatkan lagi apa yang Investment Banker itu kata, Dr Zainal Aznam Mohd Yusof ahli NEAC, berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Emak oii, pandai tu, sedangkan sebenarnya terkedu kedu si Mazlan hendak kan undi orang Felda dekat Tenang, dan banyak lari dari dia kerana kekuatan mental dan individu yang bernama Mohd Isa.

NEAC telah banyak menemplak dan bersenda gurau dengan orang yang tidak bersetuju dengan mereka, kerana banyak program program mereka yang telah dipertengahkan kepada kerajaan samaada diganti atau ditokok tambahbaik oleh Kerajaan. Ini menghilangkan intergriti mereka serba sedikit, dan mereka telah menemplak PERKASA kerana PERKASA banyak membantah cadangan mesamaratakan ekonomi kaum di Malaysia.

Ramai berpendapat NEAC telah menyerong dari asas penubuhan dengan mengenepikan hak kaum Melayu.  Manakala isu perlantikan Tan Sri Isa, pihak pembangkang ingin menjatuhkan air muka Tan Sri selepas beliau dengan gagah telah mengembalikan semangat jatidiri di kalangan orang orang kampong Felda di Tenang dengan majoriti mereka telah memilih BN (UMNO).  Kemenangan ini telah mengecewakan Mazlan Aliman ketahap kronik. Mazlan Aliman telah Jatuh Saham di Felda, bukan saham Felda jatuh.

Sejauh mana peranan IDEAS membawa isu ke pentas politik bagi keuntungan Pakatan Rakyat sama sama lah kita lihat nanti.

Sinbab #eekaawordpresscom