Pengundi dan orang Kelantan berkemungkinan jenis kumpulan gedeber.

Apa kah kumpulan gedeber?

Kumpulan gedeber adalah kumpulan yang kurang dengar nasihat orang dan suka melawan arus perubahan. Dan berapa ramai kah kumpulan ini menjadi anggota masyarakat masih menjadi tanda tanya.

Dengan perubahan didalam pemilihan calun baru baru ini di harap ianya boleh di terima oleh kumpulan masyarakat tersebut dengan hati terbuka.

Dari pemerhatian saya, walaupun PAS memerintah mengamalkan perundang Islam, kumpulan gedeber boleh menerima hakikat itu kerana selepas 23 tahun penguakuasaan keatas syariat Islam tidak dapat di lakukan dengan sempurna dengan terdapat nya tentangan dari kumpulan gedeber. Walaupun ada undang undang Islam kumpulan gedeber masih menjalankan aktiviti aktiviti kesukaan mereka seperti berjudi dan maksiat. Mereka tidak takut dengan corak pemerintahan PAS kerana mereka bebas melawan arus pemerintahan itu dan tidak akan di ambil tindakan oleh pihak penguasa.

Mereka lah sebenarnya pengikut setia PAS, walaupun ada kalangan baru dari mereka yang betul betul menerima corak pemerintahan Islam, tetapi kumpulan gedeber ini lah intipati pengikut PAS.

Dengan perubahan yang di bawa oleh UMNO serta keinginan BN mencorak pembaharuan di dalam sistem politik berteraskan Islam dan Pembangunan di harap kumpulan gedeber mengambil peluang membersihkan diri dengan menerima pembaharuan yang bakal membawa kesemua kumpulan masyarakat ke tahap berdaya maju serta memperkasakan kebolehan sikap pahlawan umat umat Melayu Kelantan.

cool

Kumpulan gedeber bermata biru.

Sekarang hendak belajar dari siapa?

Dari Noor

Image by Todd Huffman via Flickr

Belajar lah kamu sehingga ke negeri Cina, dan sepatutnya belajar lah dari semua negara dunia.

Apabila diberi harta yang banyak, termasuk harta dari bumi didalam sesebuah negara Islam mereka masih juga bergantung hidup dengan semua negara besar dunia. Dari sekecil-kecil benda untuk sebuah kehidupan moden ini kepada peralatan ketenteraan.

Islam agama agung itu tidak membuah satu masyarakat kompetitif didalam kebanyakan negara Islam. Tekanan dari kesemua negara bukan Islam seperti Amerika dan Britain telah membangunkan satu sistem pengautan kekayaan dari negara Islam kearah mereka dengan cara yang amat dominant dan sistematik dan tidak disedari oleh para pemimpin kuasa Islam dunia.

Negara Islam di Timur Tengah bergantung hidup dari barat keatas bahan makanan mentah dan kering, peralatan elektronik, komputer, kereta dan pengangkutan, bahan-bahan perumahan, sistem pertahanan dan keselamatan negara; jet pejuang, kereta kebal, kapal selam, bom dan peluru berpandu, radar, pengesan kapal terbang, pegesan jarak jauh dari satellite, telefon bimbit; sistem perbankan, sistem pelaburan, dan segala-galanya.

Pertukaran benda yang dinilai berat sebelah, nilai tinggi diberi keatas segala barang-barang yang direka oleh mereka, manakala nilai bahan mentah yang lebih penting itu dinilai rendah. Padahal, kegunaan atau kepentingan sesuatu barang dari bahan mentah itu lebih berharga kepada kemanusian; seperti minyak dan gas, manakala kepentingan alat-alat yang direka mereka itu berbentuk sementara dan akan berubah-ubah dan barang-barang itu tidak penting dalam kehidupan manusia bagi menjana sebuah ekonomi dunia Islam, sebaliknya umat di negara Islam menjadi pengguna tegar telah membazirkan harta mereka; seperti jet pejuang Tornado, bom berangkai atau peluru berpandu.

Oleh kerana nilai yang tinggi diletakkan keatas barang yang direka oleh pihak mereka, penduduk dunia yang kaya raya adalah dari negara barat, dan segelintir manusia Islam di negara negara Islam itu sendiri.

Proses membina barang-barang itu menjana ekonomi barat, memberi perkerjaan, dan memberi sebuah kehidupan mewah kaum kafir dan berbeza dengan negara Islam yang terpaksa bertungkus lumus mengeluarkan hasil bumi untuk mendapatkan barang-barang yang sememang nya tidak berguna untuk kebahagian masyarakat di negara Islam.

Berjuta-juta tong minyak ditukar dengan sebuah jet Turnado. Setelah berkelahi atau berperang dengan kuasa barat, semua harta akan di sita. Mereka membuka pintu kepada pelaburan dari negara Islam didalam negara mereka mengunakan sistem kewangan moden mereka, tetapi sebenarnya ini adalah sistem berpaksikan riba yang amat besar dan penipuan yang dilindungi.

Beginilah nasib para pejuang Islam dunia hari ini, mereka masih melihat cara pemerintahan kuno Islam dan tiada siapa peduli kepada kehidupan daif mereka mengali hasil bumi untuk negara barat dengan bayaran rendah dan ditipu supaya meminjam dana dari mereka dengan mencagar bahan asli yang masih didalam tanah yang harus dikeluarkan berpuluh-puluh tahun kehadapan.

Penipuan licik dari kaum ini juga terkena keatas hidung orang-orang Islam Melayu PAS yang telah lama dinyahkan pemikiran mereka ke zaman batu supaya terlupa kepada siri penipuan membeli harta yang tidak berguna bagi manusia, dan suatu ketika nanti, kesemua harta itu tidak dikehendaki oleh sesiapa pun, termasuk peminta sedekah.

Eekaa #eekaawordpresscom

takperr, takperr

“Beranak Orang Asli pun takper, takper.” Ohtakdia sebagai berkata. “Nasib baik ada BN, saya sudah Islam,” beliau menyambung.

Kerajaan dibawah pemerintahan BN lah yang telah membawa kebenaran dan roh Islam kepada ramai Orang Asli termasuk Lebardaun Mapjis.

“Kita serupa” : nyanyian Headwind.

Kalau dapat ku petik bintang di awan biru
Kan ku sematkan ke dalam dada mu
Kalau dapat ku capai bulan mengambang penuh
Kan ku hadiahkan di hari jadi mu

( 2 )
Begitulah janji ku kepada mu
Walaupun kau hanya menunduk bisu
Ku tahu kau terluka kerana cinta
Oleh dia yang tak setia

( 3 )
Nasib kita serupa
Bercinta dan kecewa
Mungkin dikau yang tiada menduga
Biar aku pilih mu
Mungkin dikau kan tahu
Betapa pilunya hati ku

( 4 )
Malah kau tuduh aku
Hanya menambah luka
Yang kini masih terus berdarah

( korus )
Kita serupa… Kita serupa…
Hadir ku untuk mengubat luka
Kita serupa… Kita serupa…
Walau pun hati ku pernah di kecewa

( ulang 1, 2, 3, korus, 1 )

Mat Ell  #eekaawordpresscom

Rakyat pemalas, rajin tidak bertempat

a work by nusret colpan depicting the islamic ...

Dunia Islam (Image via Wikipedia)

Orang Islam di serata dunia adalah kumpulan orang-orang paling kuat penyabar, orang-orang yang paling kuat nafsu shawat dan orang-orang paling malas belajar.  Bila ekonomi dunia di ledak oleh kejatuhan pasaran kewangan di benua Europah dan Amerika, tidak ada satu pasaran dunia Islam dapat menyelamatkan sistem kewangan di negara negara Islam. Pasaran kewangan di dunia Islam merudum selangkah dengan semua negara-negara bukan Islam.

Kemunculan ekonomi baru di India dan Cina membuktikan ekonomi dunia bergantung kepada kepandaian pengurusan kewangan dan jumlah penduduk sesebuah negara. Walaupun pertambahan penduduk di negara negara Islam telah berganda, pertambahan penduduk menjadi satu masaalah besar, tidak di Cina dan India.

Kejatuhan negara negara Islam di Asia Barat berpunca dari revolusi Jasmine di katakan bermula dari ketidakpuasan hati rakyat kepada corak pemerintahan adalah satu pembohongan yang nyata.

Mengapa mereka bertindak selepas 41 tahun di Libya,  21 tahun di Mesir, 18 tahun di Tunisa? Mengapa semua pemerintah di negara-negara di puji sebelum ini? Di katakan semua pemerintah mereka yang amat perihatin kepada rakyat?.  Mengapa sekarang baru bangkit bertindak merubuh pemerintahan yang di agungkan oleh mereka sendiri sebelum ini?. Malahan ada antara parti politik Malaysia menjadikan negera- negara ini sebagai negara contoh untuk di bina di Malaysia?

Mereka rajin berumah tangga, membesarkan populasi negara yang bertambah lebih berganda-ganda banyak dari pertambahan arnab-arnab yang lazimnya beranak pinak secara laju dan cepat membiak.

Di negara barat pertambahan penduduk tidak secepat yang di terjadi di negara negara Islam. Mesir mempunyai penduduk dua kali ganda di bandingkan 30 tahun dahulu, bererti semua keluarga Mesir “mengeluarkan” seramai 40 juta rakyat baru Mesir dalam tempuh masa 30 tahun kepada 83 juta sekarang ini.

Kualiti pembelajaran rendah dan tidak memenuhi kehendak zaman baru yang komplek dan kompetitif telah melibatkan 40 juta rakyat baru Mesir tewas didalam usaha mereka mengembangkan ekonomi Mesir bagi menampung keperluan makanan dan tempat tinggal kepada semua rakyat yang telah berganda-ganda didalam bilangan. Kejatuhan pasaran kewangan dunia juga memburukan lagi ekonomi negara negara Islam di Asia Barat yang masih bergantung kepada pasaran kewangan kewangan Kristian, kerana orang orang Islam sendiri tidak berilmu dan sangat pemalas di dalam mengekplotasikan ekonomi baru di kawasan mereka sendiri.

Mereka asyik dengan keindahan dunia, bertemasha dengan lagu-lagu cinta, bergelek-gelek dan berfoya-foya dengan perempuan cantik kerana mereka mempunyai pemberian tuhan yang amat berharga dimasa ini iaitu minyak.  Mereka asyik dengan agama mereka, agama Islam, agama teragung akhir zaman tanpa memberi apa-apa faedah kepada ummah seluruh dunia. Mereka sebenarnya meyembah “Islam” kerana ianya satu agama agung akhir zaman dan bukan menyembah Allah kerana beragama Islam.

Pemalas akan terasa bahang kemalasan mereka bila makanan sudah habis. Di Amerika dan negara negara barat lain, walaupun mereka negara Kristian, rakyat mereka dituntut untuk menuntut ilmu. Mereka juga pandai mengurus simpanan kewangan peribadi dan simpanan bahan makanan malahan negara mereka merupakan sebuah negara penyimpan bahan makanan yang effectif dan mampu bertahan 10 atau 20 tahun kehadapan sekiranya  ekonomi negara dilanda masaalah seperti keadaan kegawatan ekonomi sekarang yang melanda mereka.

Di Mesir, malahan di lain-lain negara di Asia Barat seperti Libya dan lain lain negara yang bergolak sekarang, tidak sampai dua tahun selepas kejatuhan sistem kewangan dunia, peruntukan simpanan peribadi dan bahan makanan untuk rakyat telah habis. Sifat pemalas umat Islam di negara-negara itu tidak membuka peluang ekonomi baru kepada mereka bagi menampung perbelanjaan dan mereka kelaparan serta kekurangan bahan makanan dan terpaksa menanggung kenaikan kos sara hidup yang tinggi dengan kenaikan mendadak harga barang-barang diseluruh dunia.

Akhirnya para pemalas tegar ini akan menyalahkan kerajaan mereka yang mereka puja dan sembah bersama ke-Islaman mereka berabab lamanya.

Negara negara Islam akan dimamah oleh kejatuhan ekonomi barat  kerana mereka tidak bersedia dengan ilmu dan pengetahuan baru, pemalas menimba ilmu dan berkerja membesarkan skop ekonomi walaupun para ilmuan berpendapat Islam itu sumber kepada segala ilmu di dunia dan akhirat.

Ini lah satu sifat ke-Islaman di akhir-akhir zaman yang telah menguna Islam kerana kepentingan politik.

Tuhan nyatakan berilmu lah dalam perkataan paling “simple”,  “baca”.

Sudah lah satu umat pemalas dan tidak berilmu, tetapi, suka menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri sendiri.

sinbab #eekaawordpresscom