SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA TETAMU.

PENGERTIAN PUASA
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT
# Puasa enam hari pada bulan Syawal
# Puasa hari Arafah
# Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam
# Puasa bulan Syaaban
# Puasa Isnin dan Khamis
# Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH
# Puasa yang terus menerus sepanjang masa
# Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
# Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
# Puasa pada hari raya pertama Haji
# Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA
# Berakal
# Akhir Baligh (Cukup umur)
# Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SELAMAT BERPUASA BRO.

Kesian rakyat Malaysia parti pembangkang mereka jenis “low class”

“Tak ikut aku “shot” – berderai otak mu, mau dak?” – PKR & PAS (itik & nyamuk dlm masyarakat)

“Kah kah kah, padan muka Melayu” – DAP (ibu nyamuk dlm masyarakat)

Bukan ingin menunjuk kekecewaan. Tetapi ingin menyata kebenaran. Iaitu, perasaan kasihan kepada semua rakyat Malaysia kerana mereka sekarang ini mempunyai parti pembangkang  jenis “low class“.

Sudah lebih tiga tahun pembangkang menjadi pemerintah dibeberapa negeri dan sebelum ini mereka memerintah Kelantan. Dalam masa selama ini amat sesuai kita memberi komen tentang kejayaan atau kegagalan mereka sebagai pemimpin yang kita pilih sebagai pembangkang. Adakah mereka yang terdiri dari parti PAS, PKR dan DAP bersesuaian dengan nadi kehidupan kita dan adakah mereka telah memberi kepimpinan yang terbaik kepada kita dimasa kita ingin menuju kepuncak kejayaan membina sebuah negara yang berdaulat, maju dan makmur, tanpa pegeseran diantara penduduk dalam negara atau  di luar negara.

Dalam masa 3 tahun ini bermacam-macam kerenah telah diutarakan oleh parti pembangkang;  disogok kedalam minda dengan perasaan waswas, dilacurkan dengan rasa takut dengan persekitaran permusuhan, “pelacuran” agama yang keterlaluan, penipuan fakta dari pemimpin kelas yang di takrifkan sebagai jenis Ko-D, persekitaran alam dunia ekonomi yang dengki kerana bangsa atau rasis, membodohkan minda yang cerdik ke paras yang lemah, meletakkan asas kepercayaan keparas yang rendah, meroboh hubungan rapat diantara kaum, dan beratus-ratus cabaran yang tidak ada fungsi kepada kita  didalam mencuba membangunkan kehidupan makmur di negara yang sedang dan ingin maju.

Lihatlah bagaimana pemimpin yang diutarakan mereka membuat sesuatu keputusan penting bagi kita, dan segala keputusan mereka merujuk kepada fakta yang salah, bohong dan tidak demokratik. Lihat bagaimana Cik Gu Bud mempermainkan isu cincin memperbodohkan kewibawaan kita berfikir dengan mengunakan asas yang betul. Lihat saudara Annuar Ibrahim, dan Lim Kit Siang, serta Suhaimi dan lain-lain ketua ketua mereka. Adakah mereka dipilih menjadi pemimpin dari kalangan yang terlalu rendah qualiti nya? Sangupkah kita menerima mereka lagi. Tentu nya tidak!.

Sekiranya mereka itu mempunyai kaliber yang amat rendah, bagaimana kita boleh dipimpin kezaman yang lebih mencabar. Lihatlah bagaimana peristiwa yang diceritakan oleh Mat Sabu, dilanggar oleh sebuah truk polis, tetapi masih hidup dengan sedikit kesan terjatuh dari motornya. Adakah mereka ini mempunyai keupayaan berfikir dan memceritakan sesuatu kisah dengan mengunakan logik? Sekiranya mereka ini tidak boleh membuat kenyataan tepat dengan mengunakan fakta yang munasabah, bagaimanakah kita boleh bergantung harap kepada mereka, dari sebuah parti pembangkang yang telah dinobatkan oleh mereka sebagai parti alternatif kepada rakyat Malaysia?

Lihat bagaimana mereka berselindung dari kejahatan dengan kebaikan. Mereka sebenarnya terdiri dari pemimpin yang tidak berwawasan, para pemimpin yang chauvinist, pemimpin yang kiasu, pemimpin yang terlalu sempit didalam banyak hal; oleh kerena perkara-perkara ini lah mereka telah banyak terjebak dengan berbagai isu masaalah peribadi, termasuk masaalah sex rambang, sex sesama jenis, perbohongan fakta, memfitnah dengan memberi fakta-fakta yang tidak masuk akal, dan berbagai-bagai masaalah yang bukan sahaja kita sebagai pengundi harus membetulkannya tetapi mereka sendiri harus mengenal keburukan itu, supaya mereka boleh membawa kita ke satu destinasi yang baik dan sempurna. Jikalau mereka tidak mengenal keburukan, jadi bagaimana?.

Bagaimana kah boleh kita menerima mereka. Cukup, cukup lah, masa telah memberi kita satu gambaran yang betul tentang taraf kebolehan mereka, taraf kepandaian mereka, taraf kebaikan diri mereka, taraf kebolehan mereka memimpin kita ke alaf baru.

Mereka terdiri dari pemimpin bawahan yang bertaraf low class. Ini lah dia para barisan pemimpin yang ingin membawa kita berevolusi, berdemostrasi, berperang dengan sebuah sistem yang telah kita bina, yang telah memajukan kita selama ini?. Sungguh menjijikkan.

Sudah, sudahlah. Cukup, dan cukup lah dengan kerenah politik yang kurang memuaskan itu. Tinggal kan lah para pemimpin pakatan seperti ini supaya mereka boleh memperlajari dan menghalusi cara berpolitik dengan di sekolahkan kembali.

Berita-berita terkini di Utusan Malaysia hari ini:-

Eekaa

Penyedian “Infrastructure” dari BN dikawasan bandar memewahkan penduduk dan pelabur

General Ho & Tsing [with unidentified Chinese ...

Image by State Library of New South Wales collection via Flickr

MCA dan Gerakan bertungkus lumus merealisasikan keinginan para penduduk Cina dikawasan-kawasan bandar dengan memberi “pandangan dan syor” semasa didalam gabungan parti BN supaya “infrastructure” di tambahbaik mengikut selera para penduduk serta para pelabur disemua kawasan bandar, termasuk menyediakan jalan pintas dan segala bentuk kemudahan awam lain seperti LRT, jambatan terpanjang dan stesesn bas, dan menyediakan pelan susunatur yang menarik bagi kemewahan penduduk bandar, dan lain-lain lagi.

Seperti lazim didalam sesuatu perbincangan didalam urusan politik pembangunan, suara-suara besar dari mereka yang menduduki kawasan bandar menentukan hala tuju pembelanjaan kerajaan. Dan disinilah peranan MCA dan Gerakan mengunakan peruntukan besar wang awam bagi memewahkan penduduk dan para pekerja yang menjalankan kerja-kerja pembangunan yang kebanyakannya dari kalangan kaum mereka.

Kenaikan mendadak purata sewa bangunan dan nilaian hartanah disemua kawasan yang diperbarui itu melambakkan nilai harta dan kewangan para pelabur dan penduduk kaum Cina. Sesetengah kawasan perumahan mewah seperti Bangsar mencapai nilai sewa RM25,000 sebulan, kenaikan mendadak dalam tempuh 3 tahun sebanyak 60%.  Nilai sewa semasa didalam kawasan pembangunan yang didiami kaum Cina atau dipegang oleh kaum mereka bagi tujuan pelaburan mencecah RM7.00 sekaki persegi sebulan, yang mana sebelum ini nilai ini adalah paras nilai sewa bagi sebuah pegangan kommersial.

Pegangan hartanah (vacant) bertujuan untuk digunakan bagi kegunaan kediaman dijual dari RM560 sekaki persegi, bertambah lebih 50% didalam sesuatu kawasan yang menerima tempias kemasan “syor dan pendapat” yang dibuat oleh kaum Cina MCA dan Gerakan semasa didalam BN. Manakala pegangan hartanah kosong dikawasan perdagangan mencecah RM2,000 sekaki persegi. Sepuluh tahun dahulu data itu menunjukan pada skala RM85 di Bangsar  dan RM390 di Kuala Lumpur. Siapa untung dan siapa yang menolak BN sekarang? Hantu Mak Limah ke atau hantu jerangkong?

Kemarahan Melayu kepada UMNO timbul kerana banyak perkara yang disyorkan telah menguntungkan kaum CINA dan dimana kah UMNO didalam memperkasakan Melayu. Dan Sekarang, setelah kemajuan dan kemewahan dicapai oleh kaum CINA di kawasan bandar, mereka menolak BN. Dimana kah hasil permufakatan itu, mufakat untuk membangunkan siapa? Ramai Melayu kecewa. “Kepala hotak” nya permufakatan dan kita Melayu ditipu kiri kanan, politik bingai apa ker jadah ni?

Siapa kah yang menipu UMNO;  DAP ? atau MCA atau Gerakan?. Atau, adakah kaum mereka mempunyai pakatan “mafia” supaya kaum mereka boleh menipu UMNO Melayu didalam kerajaan?. Jikalau sekiranya cara hidup kebanyakan kaum mereka ini melibatkan gerakan haram, tidak mustahil pergerakan haram mereka juga didalam pakatan BN boleh terjadi.

Jadi, bagaimana kita harus buat. Tanya saya lain kali ok.

Sinbab #eekaawordpresscom