We’re not that far away, the Muslim and the Christian

English: Mr. Mohamed Badia -General Guide of M...

We aren’t that far away from the phenomenon in the Rakhine state and the Sinai. We have been spooked. We have been eating the same food of a religious chauvinism as much as they do, the Rohingya and the Buddhists, the Coptic and the Islamic fundamentalists in the Al-Ikwan Muslimin of Muslim Brotherhood, the DAP evangelists and Perkasa fundamentalists, and the PAS extremists. Soon, most of you will have amputated legs as the result of it, a similar cure for diabetes or, perhaps, worst, death.

Josep Marino, the Archbishop from Vatican, is as good as Father Matthew Awad, a Coptic Orthodox Christian who mourned the death of hundred of his followers in Alexandria. But Mr Josep is different from that of Matthew, he brings a germ that will cause a new disease, religion chauvinism, into this country.

Father Matthew was accused of converting Muslims to Christianity, and when the revolution occurred in 2011, he was a famous man, among the Coptic, as almost all Islamist fundamentalists in Alexandria were looking for him.

He was lucky, but not Maldy Laway Habib, a 59-year-old elderly of a church, found in a grave a week after being shot down.

In his own words, Father Matthew said that Muslim fundamentalists were killing their parents, the elderly, kidnapped their women, and burned their churches. Does it sound similar happening in the Rakhine province?. He said, since the revolution, Coptic like he had to live in fear of their lives. He had been forced to live apart from his family because of his faith. Today he lives in Brighton, UK.

Others in El Arishi, in the Sinai province, are not so lucky like Father Matthew. They were accused of siding the Egyptian army in the recent 3 July coup. They were hunted and killed every day since then.

The growing anti Muslim Brotherhood in Eygpt as it were is the result of a change in the mindset of people around the world. The people of UAE, and the masses of Middle East. They thought of making the Muslim Brotherhood a terrorist group.

Back in our own nation, the religion chauvinism disease has been diagnosed. Persons the like of Vivian, Alvin, Hannah Yeoh, Ibrahim Ali, Namwewe, Nga Ko Ming, on one side, and Dr Hassan Ali, Nassarudin, and many more on the other side, we are all being spooked. Time will tell you, then who among us will have  our legs amputated to cure this disease. We must not wait until some of us were wiped out as the Rohingya in the Rakhine province. This is a dangerous disease, worse than HIV.

Mat Ell, the burger seller man.  (Author)

Morsi’s famous speech “One year is enough”

images

President of Egypt ousted a few weeks ago by a possible coup, either from the work of the army or the liberals then, a question arises, where all these Islamic organizations around the globe are expressing?

Morsi, or Muhamad Mursi, was the fifth Egyptian President, and the first as an elected member through a democratic election.

A Muslim Brotherhood and an Al Ikwan Muslimin’s party member. A party with a 84-year long history, the story of Hassan Al Bana, the hatred for Jews and the Western colonials and the love for Hitler.

Then, the credo of Allah is our objective, the Quran is our law, the Prophet is our leader, Jihad is our way, and death for the sake of Allah is the loftiest of our dreams.

Then comes the Palestinian, and all other good and bad in the history of the Muslim Brotherhood.

Then comes the jailbreak episode, in which he and his Ikwan Muslimin’s friends were asked how they escaped prison while in the custody.

All these enmeshed his memory. By then, in his last speech before the takeover by the military, he had said persistently, “Hey all of you, “One year is enough”.

There is not such a word in al Quran. The fact that he memorizes almost all of its verses he can only remember “one year is enough”.

He brings forth a voice of hatred among the liberals and the Christians alike. He moved to close down private TVs which spelled the anti-president propaganda, but allowed Brotherhood’s TV Channels to disperse anti-Islam.

He wrestles judicial institution, harassing judges who aren’t aligned to his Muslim Brotherhood. He appointed all senior and important posts in government with less experience Brotherhood’s members.

This is because he thought of winning more that 50% votes and as an elected president, he was entitled to threaten people who were opposing him.

And he can say one year is enough.

Do you think one year is truly enough?

You are talking about ruling nation of 84 million, diversity of people, weak, strong, rich, and poor.

Hadi Awang, I would urge you to read further on this person’s character to know why he was brought down and expelled.

Kuasa tentera di Timur Tengah.

Dibawah ini disenaraikan jumlah kelengakpan ketenteraan negara negara bergolak di Timur Tengah, dan sebagai perbandingan kekuatan ketenteraan Malaysia juga di nyatakan dibawah ini.

Iran (No. 12): penduduk = 77.8 million, sesuai untuk tentera = 39.55million, aktif dalam servis =545,000, peralatan senjata tentera darat = 12,393, jet dan kapal udara = 1,030, budget ketenteraan = USD9.174billion, Reserve =USD75.06 billion, kuasa membeli = USD818.7billion, peralatan tentera laut = 261, kapal selam=19, MLRS =200.

Israel(10): penduduk =7.4 million, sesuai untuk tentera = 2.96million, aktif dalam servis =187,000, peralatan senjata tentera darat = 12,552, jet dan kapal udara = 1,964, budget ketenteraan = USD16billion, Reserve =USD66.98 billion, kuasa membeli = USD219.4billion, peralatan tentera laut = 64, kapal selam=3, MLRS =138.

Saudi Arabia (No 26) : penduduk = 26.13 million, sesuai untuk tentera = 13million, aktif dalam servis =233,000, peralatan senjata tentera darat = 8,574, jet dan kapal udara = 1,200, budget ketenteraan = USD39.2billion, Reserve =USD456.2billion, kuasa membeli = USD622billion, peralatan tentera laut = 77,  kapal selam=0, MLRS =65.

Syria (35): penduduk = 22.5million, sesuai untuk tentera = 9.9million, aktif dalam servis =304,000, peralatan senjata tentera darat = 25,406, jet dan kapal udara = 830, budget ketenteraan = USD1.8billion, Reserve =USD17.9 billion, kuasa membeli = USD107.4billion, peralatan tentera laut = 19, kapal selam=0, MLRS =1,200.

Qatar (55): penduduk = 845,000, sesuai untuk tentera = 426,000, aktif dalam servis =11,800, peralatan senjata tentera darat = 760, jet dan kapal udara = 92 budget ketenteraan = USD816million, Reserve =USD22.4billion, kuasa membeli = USD150.6billion, peralatan tentera laut = 86, kapal selam=0, MLRS =7

Malaysia (27): penduduk = 28.7million, sesuai untuk tentera =12.4million, aktif dalam servis =124,000, peralatan senjata tentera darat = 2, 465, jet dan kapal udara = 258, budget ketenteraan = USD3.56billion, Reserve =USD106.5billion, kuasa membeli = USD414.4billion, peralatan tentera laut = 65, kapal selam=2, MLRS =36.

Ada ura-ura Israel akan menyerang Iran, dan penganalisis ketenteraan dan juga ahli politik ramai yang menyatakan bahawa Israel hanyalah ingin mengertak Iran.

Walau bagaimana pun, jikalau itu berlaku, negara negara yang bergolak akan menerima tempias dari tidakan Israel adalah Saudi Arabia dan Qatar, dan kesemua negara negara Arab akan terus dilanda kerusakan kemasyarakatan. Iran akan menyerang Israel serta kesemua asset US di Timur Tengah.

US tidak ingin melihat Saudi Arabia terlibat secara langsung kerana Saudi Arabia mempunyai asset serta budget yang besar dan akan menguntungkan US didalam semua urusan pembelian senjata. Walaubagaimana pun, pertentangan diantara Wahibi dan Syiah semakin jelas dan Iran akan mengambil kesempatan untuk melanyak Qatar dan Saudi Arabia.

Israel mungkin mempunyai asset nuklear dan ini membimbangkan keseluruhan negara Arab.

Dengan jatuhnya Syria, yang telah dikelamkelibut oleh pihak CIA, maka Israel mempunyai peluang besar untuk melanyak Iran tanpa sekutu kuat mereka di Syria dan Lebanon. Lebanon bergantung hidup dengan Syria didalam ketenteraan. Dengan jatuhnya Libya, Israel di lihat semakin berani tetapi masih meragui kekuatan mereka untuk menghadapi Mesir, Syria, Lebanon dan Iran.

Syria walaubagaimana pun menpunyai asset tentera darat yang kuat, dan CIA telah memainkan psychology dengan menyatakan ramai tentera darat Syria berpaling tadah, dan berharap dengan itu melemahkan kekuatan asset tentera darat Syria serta menjatuhkan Assard.

Itu lah US sedang berusha menimbulkan masaalah yang sama di Syria sebagaimana di Libya supaya kawan rapat Iran di Syria di jatuhkan, dan akan memberi lampu hijau supaya Israel menyerang Iran.

Tetapi yahudi tetap yahudi, belum di beri lampu hijau mereka sudah pun bertindak untuk menyerang Iran.

US menduduki Afghanistan, Iraq, Qatar, Saudi Arabia, dan sekarang melalui Qatar, Libya. (Qatar dilihat cuba mendalangi pemerintahan baru di Libya).

Bila penduduk minoriti Timur Tengah (Israel 7.4 million) membuli penduduk besar (Iran 77.8 million) jelas memperaksikan cara DAP (CMBI) ingin menjatuhkan kuasa dan perniagaan Melayu di Nusantara. Kedua dua fael manusia buruk di alaf ini.

Saudi Arabia – the land of the Kings (Tanah Raja Raja).

Jikalau aku pergi ke Saudi Arabia, dan aku kata aku anak raja, dia orang akan percaya bagai nak rak.

Kenapa. Kerana, dalam seribu diantara 25.7 juta rakyat Saudi, saorang adalah anak raja. Jikalau aku pakai jubah mahal dan pakai Ferrari merah yang tidak bernumbor, memang sah aku bukan jurujual pasar malam, mesti aku dia orang kata anak raja. Dan bila aku bercakap bahasa Kelantan dalam loghat German, baru dia orang sedar aku bukan anak raja tulen atau separuh tulen.

Dua tiga hari lepas, Putera Diraja Arab Saudi, Putera Sultan Bin Abdul Aziz telah meninggal dunia. Dia berumur 86 tahun. Nama sahaja Putera tetapi, umur sudah tidak boleh masuk atau join menjadi ketua Putera UMNO, kerana terlebih had umur.

Pendek kata, keturunan anak Raja Al Saud yang ada sekarang teramat lah tua belaka, macam umur D Nik Aziz, dan mereka ini akan di pilih menganti Putera Sultan yang terkena kanser perut yang sudah hampir tiga tahun dan meninggal dunia.

Bab hendak memilih penganti beliau di Saudi Arabia ini adalah susah dan rumit sikit. Terdapat seramai 22, 000 keturunan Raja Al Saud yang layak, itu sebabnya pengebumian mayat beliau terliwat sikit, seperti lah pengkebumian Gaddafi, tetapi didalam sitiuasi yang berbeza.

Para penganti Raja Abdullah memang lah payah hendak diceritakan. Setelah Raja Abdullah mengambil alih dari Fahd, beliau telah menubuh Majlis Allegiance, atau Majlis Kesetian Kastria yang mana semua pengikut mesti menunjukan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Raja. Mereka terdiri dari keluarga dan anak anak raja (43 orang anak Al Saud) semacam dengan apa yang terdapat di Vatican.

Tetapi, Raja Abdullah setelah melihat Putera Sultan yang sedang sakit telah melantik Putera Naif sebagai penolong Raja melangkau Majlis Allegiance itu. Putera Naif, 82 tahun, pun sakit tenat terkena penyakit Lukemia.

Putera Sultan mempunyai hasil dari menjadi Menteri dan Raja sebanyak USD270 billion ( kali empat numbor itu brother untuk jadikan RM). Seperti Gaddafi, Putera Sultan telah membahagikan harta dan tempat berkerja di kerajaan Arab Saudi kepada anak anak beliau.

Semua kerja menteri yang mempunyai kuasa untuk approve projek diberi kepada keluarga di raja. Putera Naif telah memberi cadangan supaya anak beliau Mohammed menjadi menteri Menteri Dalam Negeri sekiranya beliau menjadi Putera Raja.

Perebutan kuasa diantara Raja Raja dan anak anak Raja termasuk saya penyamar Raja di Saudi Arabia memang menjadi bahan cakap secara diam diam di Saudi Arabia.

Dan sesiapa yang menjadi raja akan menjadi penjaga Kaabah dan Majid Nabiwi di Madinah. Ini lah kuasa raja yang terbesar di Saudi Arabia dan menjadi kuasa keatas pengaruh politik keatas semua umat Islam di seluruh dunia. Pandai.

Dengan kuasa politik dan kuasa agama itu, Raja Al Saud telah mengembangkan keluarga mereka sebagai Raja enterprise, atau raja berniaga dan membuka perniagaan dan membahagikan kawasan kawasan Saudi Arabia kepada suku sakat kaum di Raja mereka.

Oleh kerana terdapat perbezaan umur yang ketara, dan jikalau di Malaysia mereka yang berumur sedemikian telah lama berundur, di Saudi Arabia tidak.

Anak anak raja yang muda dan beribu ribu lagi saudara mara mereka mengejar kekayaan minyak Arab Saudi dan diberi pilihan untuk memilih tempat didalam kerajaan Arab Saudi itu masih belum pasti dipilih untuk menjaga Kaabah dan Madinah. Sedangkan pergerakan kemajuan adalah datang dari anak muda dan mereka yang berfikiran lebih moden seperti yang disuarakan mengikut selera baru di Tunisia dan Mesir.

Maka pemilihan kuasa diantara Raja Raja yang sudah tua tua dan sakit sebagai motif untuk memilih raja kerana harus juga menjaga Kaabah dan Madinah adalah  dianggap berselindung disebalik kuasa agama, tidak memajukan Saudi Arabia sedikit pun. Tetapi yang sebenarnya pemilihan ini adalah kerena dengan menjadi raja kaum kerabat yang sudah tua tua itu mempunyai kuasa untuk mendapat hasil yang lumayan dan membahagikan hasil itu kepada seluruh kaum keluarga mereka yang beribu ribu ramai nya.

Jikalau aku dipilih jadi Raja besuk, aku pun akan boleh mengumpulkan USD700 billion dalam masa sebulan. Buat Bond, and SWF baru.

Begitulah bila Kaabah dan Madinah menjadi sandaran supaya ketua keluarga yang sangat tua di pilih, maka Saudi Arabia akan tetap menjadi macam sekarang. Obama sudah kata, dia sudah bagi lama masa, entah entah di hantar spy menjadi raja baru. Putera Raja Obamasi.

Tetapi apa yang kita tahu kekuatan agama Islam akan timbul dari Timur. Dan mungkin dari negara China. Dan sudah tentu nama Raja Obamasi di Arab Saudi tidak akan menjadi satu kenyataan yang pasti.

Libya terkini: Pendatang asing memenuhi kawasan pantai Itali.

Libya terkini: Itali menahan pendatang asing dari Libya ke Itali.

Di awal rusuhan pemberontak di Libya, Col Gaddafi  semasa pertama kali berucap dikaca di TV beliau telah menyatakan bahawa Libya merupakan sebuah negara yang menjalankan tugas sebagai penghalang kepada pendatang asing ke Itali dan lain-lain negara di Eropah.

Sebuah ferri membawa 1,800 orang bakal pendatang asing ke Itali telah ditahan oleh pihak berkuasa Itali semasa ingin berlabuh di Sicily. Mereka merupakan rakyat Morroco melarikan diri dari kancah peperangan.

Oleh kerana Libya masih berperang dengan pemberontak, tugas menjaga penghijrahan bakal pendatang asing ke benua Eropah terpaksa dilakukan oleh penjaga pantai di Itali dan lain-lain negara di Eropah.

Sementara itu seramai 41 orang dikuatiri maut setelah bot mereka terbalik di kawasan pantai Tunisia.

Lima diselamatkan oleh sebuah bot lain yang menuju ke Pulau Lampedusa.

Semenjak Isnin  sebanyak 21 bot telah tiba ke Itali dari Tunisia membawa 1,600 orang pendatang tanpa izin dari benua Afrika.

Ferri  “The Mistral Express “ dari barat Libya terletak lebih kurang 150 batu neutikal ke pelabuhan Augusta di pantai timur Sicily.

Ferri itu membawa 1,715 orang dari Morroco, 35 orang dari Algeria, 26 orang dari Mesir, 7 orang dari Tunisia, dan lain-lain dari Mali, Sudan, Syria dan Mauritania.

Bot itu telah di sewa khas oleh mereka semasa kancah perang saudara di Libya dan mereka mengunakan kesempatan dari sitiuasi tersebut untuk berhijrah menjadi pendatang tanpa izin ke benua Eropah.

Sinbab #eekaawordpresscom

source of news: BBC

30K ada ura halau Melayu BN dan Bangsa Malaysia antipas dari bumi ini?.

Menjadi pelarian dinegara sendiri – semua  Bangsa Malaysia antipas?

Pelarian ke sempadan Tunisia dinegara padang pasir Libya.

Seperti rakyat Libya ?

Tolak potensi “Islamic Extremists”

No to “Islamic extremism

Say NO to PAS

–    katakan TIDAK kepada PAS, 保安局首席助理秘書長說不, ஸய் னொ டொ PஆS   –

 

#   UNDI BN – UNDI kepada KESEJAHTERAAN DAN KEDAMAIAN   #

–  di KERDAU DAN MERLIMAU –

–    selamat mengundi     –

Sinbab, eekaa dan mat ell #eekaawordpresscom

Raja Abdullah bagi duit RM32.66 billion dan RM1, 221.02 million infra hingga 2014.

"Hello, Hello, Ayatollah, aku dapat RM32.66 Billion, Raja Abdullah bagi, hang bila nak bagi pada Mat Ell tomyam tu? Bini aku happy menjak hari ini, kira Okay lah tu. Nak tanya sikit itu geng 20 juta member protes pro kerajaan untuk hang tu, berapa Dollar habis? 10 Dollar seorang ? Oh pandai hang, baru Dollar 200 juta, otak geliga! Okay la ya, aku nak call Haji Hadi, PAS, nak beritahu, bab macam ini bab apa? Rasuah pilihan raya ke sedekah amal jariah!. Apa Ayatolah? Tak boleh pakai? Nik Aziz?, Sama? Okay lah, aku tak payah call. Bye"

"Kasut anak, susu anak, cermin mata Piah, bayar saman ekor, baju aku sepuluh pasang, coli, berus gigi, karpet bilik depan, ubat sakit gigi, lesen memandu, hutang Kak Som, pergi umrah, buka bank akaun, jubah laki 6 pasang, mesin basuh, handfon Limah, handfon Joe, Ipad, hutang streamyx, pisang emas dua tandan sedekah masjid, sejadah lima, ala, apa lagi ekk, huh duit tuition dan duit bas lupa pulak!!!"

Revolusi Jasmine menusuk hati sanubari Raja Saudi, King Abdullah, 87 tahun dan beliau bersedekah kepada fakir miskin.

Mat Ell #eekaawordpresscom

Libya : Terkini 22 Februari 2011 7.15 pm

Tentera Libya mungkin mengunakan jet untuk menghentikan perusuh. Ban ki-Moon cuba mengarah “No Zone Area” di Libya dalam perbincangan di Bangsa Bangsa Bersatu.

 

“Guide of the First September Great Revolution of the Socialist People’ Libyan Jamahiriya atau “Brotherly Leader and Guide of the Revolution”

Badouin menjadi "King of Kings Of Africa"

Muammar Gaddafi: Fakta Ringkas

Gaddafi akan dikelilingi oleh 40 askar perempuan, dan mesti perawan atau dara, yang telah di latih mengunakan teknik perang dan senjata modern bertujuan menjaga keselamatan mereka semasa lawatan keluar Negara. Beliau telah menganugerahkan diri beliau sebagai Raja kepada “Raja-Raja” Afrika. Beliau juga telah mengarah supaya panggilan beliau sebagai “Guide of the First September Great Revolution of the Socialist People’ Libyan Jamahiriya atau “Brotherly Leader and Guide of the Revolution”. Sungguh pun beliau dikenal sebagai pariah antarabangsa, Gaddafi telah menghentikan program pensenjataan dalam tahun 2003 dan diterima kembali oleh masyrakat antarabangsa. September 2004, AS telah menamatkan sekatan ekonomi setelah beliau membayar gantirugi Lockerbie. Pada 1977 Gaddafi menukar nama Libya kepada the Great Socialist Libyan Arab Jamahiriyah (State of Massess) dan membenar rakyat memberi pendapat di kongress rakyat. Gaddafi telah berusaha untuk membentuk “United State of Afrika”. Pada 1972 telah mencuba mengabungkan Mesir dengan Libya dan Syria sebagai “Federation of Arab Republics”, dan dua tahun kemudian dengan mencantumkan Libya dengan Tunisia. Gaddafi adalah orang kuat Amerika, Menyuruh rakyat berdikari dari bergantung kepada minyak, fdi, dan import dalam tahun 2006.

Lahir sebagai seorang Bedouin pada tahun 1942 dalam khemah di Sirte dan menyertai tentera. Dalam tahun 2006 membuat triti dengan Italy untuk membawa balik pelarian Libya dari Europah tanpa banyak kerenah.

punca berita: Huffingtonpost.com

Sinbab #eekaawordpresscom

Libya : Terkini, Perang Saudara – Amaran Saif Gaddafi

Libya: Saif Gaddafi beri amaran perang saudara di Libya!

Anak Muammar Gaddafi, Saif al-Islam Muammar Gaddafi telah memberi amaran akan kemunculan perang saudara di Libya hasil dari pergelutan perusuh anti-kerajaan dengan tentera di negera tersebut.

Amaran itu di siarkan menerusi TV nasional Libya sementara para penunjuk perasaan anti kerajaan telah bergerak ke Bandar Tripoli dari  dari Bandar Benghazi dan ditentang oleh tentera dengan ganas.

Saif Gaddafi semasa lawatan ke Indonesia

Saif Gaddafi mengulas dan memberi jaminan kerajaan akan membuat perubahan politik menyeluruh di Libya dan mengaku Polis dan tentera telah membuat kesilapan besar bertindak ganas, walaupun beliau berkata bilangan mereka yang terbunuh adalah rendah tidak seperti mana yang dilapurkan.

Mengikut data dari pemerhati Hak Asasi sekurang-kurang 233 orang telah terbunuh semenjak Khamis lepas.

Hari ini, lapuran dari Tripoli memberi maklumat Bandar itu sunyi sepi. Sementara itu, pasukan keselamatan Libya masih dilihat berkawal rapi di sekitar Green Square selepas “membaham” perusuh anti kerajaan ala “jumpa bunuh.”

Bangunan kerajaan, Dewan Serbaguna Rakyat di Tripoli telah dibakar dan pihak bomba masih berkerja kuat memadamkan api yang masih membakar bangunan tersebut.

Tembak di Kepala

Petang Ahad lepas saksi berkata gas pemidih mata dan peluru hidup masih di guna bagi mengawal keadaan oleh para miltari dan polis tentera.

Seorang lelaki yang berada di Green Square berkata beliau melihat penembak tepat (sniper) berada di atas bumbung bangunan dan memembak kearah perusuh dan penunjuk perasaan tanpa henti seperti mereka itu mengunakan “machinegun.”

“Orang ramai di tembak di kepala dan di bahagian belakang. Saya sekarang berlindung di rumah saya, saya takut keluar rumah. Keadaan di luar adalah menakutkan” kata beliau kepada BBC.

Lapuran lain ada menyebut beberapa kereta dilekat dengan gambar Col. Gaddafi bergerak laju dan memembak serta melanggar para perusuh anti kerajaan.

Masa-masa sebelum pengumuman Saif Gaddafi di TV orang ramai boleh mendengar keluhan rakyat dan penunjuk perasaan melaung slogan bagi menjatuhkan kerajaan.

Lapuran sebelum ini menyatakan Col. Gaddafi telah meninggalkan Libya membuat ramai perusuh berpesta kemenangan di jalan-jalan utama, tetapi Saif Gaddafi berkata bapa beliau masih berada di Libya dan sedang mengetuai “peperangan” ini.

Pihak keselamatan Libya masih mengunakan gas pemidih mata dan peluru hidup di kawasan Gourghi di Tripoli, mengikut kenyataan saksi tetapi belum ada lapuran mengenai jumlah kematian.

Beratus ratus rakyat Libya, dengan mengunakan pisau dan pistol, telah menyerang kawasan pembinaan firma dari Korea Selatan di barat Tripoli, pegawai dari Embassy Korea Selatan menyatakan perkara tersebut kepada agensi berita Reuters.

Kejadian itu menyebabkan pergaduhan di antara pekerja disitu dimana 15 orang warga Bangladesh dan 3 warga Korea Selatan telah cedera teruk.

Banyak firma dari Korea Selatan menjalankan kerja kerja pembinaan di beratus-ratus tempat di Libya semenjak 10 tahun lepas.

Benghazi, bandar kedua besar di Libya, telah jatuh ke tangan para perusuh dan penunjuk perasaan setelah empat hari. Lapuran tidak rasmi menyatakan seorang general tentera telah berpaling tadah dan berpihak kepada pembangkang.

Doktor-doktor di hospital-hospital berkata mereka tidak lepas tangan kerena terlampau ramai yang tercedera dan ada seorang doktor berkata beliau terpaksa mengurus lebih 50 mayat pada Ahad semalam.

Perusuh telah di lapurkan berada di Bandar Tobruk, al-Badya dan Misrata.

Satu tamparan hebat kepada Col. Gaddafi apabila Puak Warfla, suku kaum terbesar di Libya, telah menyebelahi para penunjuk perasaan.

Manakala kaum al-Zuwayya dibahagian timur Libya akan bertindak menutup saluran minyak untuk di export sekiranya kerajaan tidak berhenti dari “menganas” terhadap penunjuk perasaan, Reuters sebagai berkata.

Abdel Moneim al-Honi, pegawai diplomat Libya ke kesatuan Liga Arab mengumumkan beliau akan bersama puak revolusi dan ambassador ke India, Ali al-Essawi akan meletak jawatan sebagai protes kepada kerajaan yang telah  bertindak ganas keatas penunjuk perasaan.

Pemabuk dan Perompak

Semasa pengumuman di TV Saif Gaddafi membidas komen dari pegawai kanan kerajaan yang berkata para askar sebagai “pemabuk dan perompak” membawa kereta perisai di Benghazi.

“Libya bukan Tunisia atau Mesir” beliau berkata.

Didalam ucapan Saif Gaddafi membidas media asing sebagai penyebar berita palsu di Libya.

Beliau berkata pembangkang dan anasir jahat luar sedang berusaha memecah belah Libya kepada negeri negeri kecil.  Sekira berjaya, “fdi” akan terhenti dan itu akan menyebabkan keruntuhan ekonomi.

Tentera telah memembak perusuh kerana mereka tidak dilatih untuk mengawal pergolakan awam, beliau sebagai berkata.

Beliau memberi amaran sekiranya perang saudara berlaku, rakyat Libya akan menanggis keatas kematian beratus dan beribu rakyat kaum mereka sendiri dan Libya akan kembali kepada corak pemerintahan seperti dibawah kuasa kolonial sebelum ini.

Sumber berita : BBC Anda dijemput bersama dengan eekaawordpresscom untuk berita terkini dari Asia Barat.

Sinbab #eekaawordpresscom

Libya : Fakta Kerajaan Libya

Fakta Ringkas Terkini Mengenai Libya:

Kerajaan:

Muammar Gaddafi -

Libya di bawah kerajaan ketua authoritarian Muammar al-Gaddafi (ada di eja al-Gadhafi), semenjak 1969. Dalam tahun 1992, Bangsa Bangsa Bersatu meletakkan Libya dibawah sekatan ekonomi kerana didakwa pencetus keganasan. Reuters mengatakan penyekatan antarabangsa di tamatkan pada akhir tahun 2003, selepas Libya menghentikan program pembinaan senjata (wmd). Dalam tahun 2009, al-Gaddafi menjadi pemerintah yang paling lama di antara para pemerintah bukan keluarga DiRaja, dan paling lama memerintah sesebuah negara dalam sejarah.

Ekonomi:

Pengeluar minyak terbesar di Afrika Utara.

Libya sebuah negara pengeluar minyak. Mengikut lapuran CIA Fackbook, ekonomi Libya bergantung kepada hasil pengeluaran minyak, iaitu sebanyak 95% hasil export, 25% GDP, dan 80% hasil kerajaan Libya. Sejumlah besar hasil dari sektor tenaga ini dengan jumlah kecil penduduk, mengambarkan jumlah tertinggi per kapita GDP di Afrika, tetapi sedikit dari hasil ini di laburkan bagi kegunaan rakyat.

Pendidikan:

Para penduduk yang berpelajaran

Mengikut fakta sahih, 82% penduduk Libya (berumur 15 tahun keatas) adalah berpelajaran.

Penduduk Libya:

6 Juta penduduk

Jumlah penduduk Libya adalah seramai 6,036,914, didalam sebuah negara berkeluasan 1, 759,540 kilometer persegi. Bahasa harian adalah Arab, Italian, dan English.

Iklim

Negara Meditteraniun

Di kawasan rendah tepi pantai beriklim Mediterranean, suhu sederhana panas di musim panas, sederhana sejuk di musim sejuk, dan kurang hujan. Cuaca sejuk di tanah tanah tinggi. Manakala di kawasan gurun dan padang pasir cuaca panas terik dan suhu panas yang tidak menentu.

Pekerjaan

Berita Afrika Online menyebut Libya mempunyai kadar pengganguran tertinggi melebihi 30%, manakala 40% hingga 50% lagi merupakan kadar pengganguran di kalangan remaja. Kenaikan kadar harga makanan dan lain lain menyebabkan penderitaan keluarga miskin yang semakin teruk.

Gurun

90% kawasan bergurun Padang Pasir Sahara.

Padang Pasir Sahara terletak di dalam Libya merupakan 90% dari kawasan Negara Libya.

Kaum Wanita

Kaum Wanita dilihat menyumbang kepada ideologi keluarga.

Kaum wanita mempunyai peranan yang di lihat sebagai rhetoric kerajaan Libya, kaum lelaki masih memainkan peranan besar dalam institusi keluarga di Libya.

Sejarah

Salah sebuah negara lama Greek dan Roman dan dibawah Ottomman Empire.

Sebagai salah sebuah negara Roman dan Greek lama, Libya telah ditakluki oleh Carthage, Arabia, Morocco, Sepanyol, dan Mesir dalam sejarah Libya. Dari 1551 hingga 1991, Libya merupakan sebahagian dari Ottomman Empire. Libya di jajah oleh Italy pada tahun 1911. Dalam Perang Dunia 11, Libya merupakan padang tempur bagi wilayah wilayah di Afrika Utara yang bergolak didalam perang dunia itu di bawah kerajaan tentera Anglo French.

Air:

Air adalah komoditi penting di Libya. Dibawah program terbesar, Gaddafi telah membina saluran air melalui Padang Pasir Sahara sepanjang  3, 840 kilometers ke Bandar Bandar Tripoli dan Benghazi dikawasan pantai.

Agama

Agama Islam 100%

Agama Islam.

Media

Kebebasan Media di sekat.

Di Libya, kebebasan media tidak ada. Selepas beberapa permintaan dari rakyat, kerajaan membenarkan media bebas dalam tahun 2007, dan perlancaran suratkhabar serta tv satellite yang dipelopori oleh anak kepada Gaddafi. Dalam tahun 2009, kesemua ini telah di jadi hak milik negara.

Sumber berita: Huffingtonpostcom. Kekal bersama eekaawordpresscom bagi berita terkini dari Timur Tengah.

Sinbab # eekaawordpresscom.

Timur Tengah: jadual waktu rusuhan pro-demokrasi

025

Protes Seluruh Timur Tengah (Image by Nasser Nouri via Flickr)

Protes di seluruh Timur Tengah (Middle East) di jadualkan akan berlaku dalam beberapa hari lagi seperti berikut:-

Libya: Pengerak demostrasi dengan mengunakan media baru internet akan berkumpul sehingga hari Khamis di dalam protes anti-kerajaan. Pergaduhan pertama diantara pedemostrasi dengan pihak keselamatan berlaku di Bandar Benghazi, bersebelahan sempadan Mesir.

Iran: Pembangkang telah mengadakan protes semalam semasa pengkebumian seorang mangsa terbunuh di dalam pergaduhan dengan pihak polis dan tentera pada hari Isnin lepas. Banyak lagi rusuhan akan berlaku pada hari Jumaat selepas sembahyang Jumaat bila kerajaan dilihat akan menangkap ketua ketua pembangkang Iran.

Mesir: Para pengendali protes di Mesir akan menyambut hari “pembarisan kemenangan” diseluruh Mesir pada Jumaat 18 Februari, 2011.

Morocco: Media Facebook telah digunakan sebagai kempain protes pada hari Ahad ini 20 Februari. Mereka menuntut supaya diadakan pilihanraya umum.

Azerbaijan: Protes akan diadakan oleh pihak pembangkang sebelum akhir bulan di dalam bekas negara Soviet yang kaya dengan minyak dan telah menjadi sebuah Negara pengexport besar Europah.

Bahrain: Protes secara besar besaran oleh barisan pembangkang yang mengandungi tujuh parti politik telah bermula. “Hari ini dan hari hari seterusnya adalah hari protes anti kerajaan”. Meminta perubahan di dalam kerajaan dan perletakan jawatan Sheikh Khalifa bin Salman Al Khalifa, Perdana Menteri Bahrain, yang telah menjawat jawatan itu semenjak tahun1971.

Berita baru: Askar dan Polis telah mengerah beratus-ratus kereta kebal dan perisai bagi mengekang pedemostrasi di Pearl Square Manama, ramai cedera.

Terbaru: Tentera telah mengambil alih Pearl Square di bandar Manama, Bahrain. Pagar berduri di letak disekeliling jalan. 18 MP letak jawatan. Beratus cedera.

Mereka yang tercedera di Pearl Square, Manama, Bahrain.

Yemen: Kumpulan Pro-demokrasi mengadakan protes di Universiti Sanaa dan bertembung dengan pihak polis anti rusuhan serta kumpulan pro- Presiden Ali Abdullah Salleh pada setiap hari sehingga sekarang.

Algeria: Ketua pembangkang bercadang mengadakan pembarisan rusuhan dan protes di ibukota walaupun demostrasi di haramkan. Beribu telah ditahan sejak demostrasi dari hari Sabtu lepas.

Tunisia: Sudah sebulan rusuhan berlaku setelah Presiden Zine El Abidine Ben Ali digulingkan, walaupun begitu masih terdapat siri protes dan pergaduhan dengan tentera dan polis di merata tempat di Tunisia.

Nota lebihan: Manakala di Timur Tepi (East Side): Kelantan :- para peroboh rumah pelacuran dilihat meroboh rumah persundalan yang telah dikesan tanpa apa apa rusuhan sampingan. Seterusnya, baca lah sendiri bro di sini atau pun di sini.

Selamat membaca, salam.

Mat Ell #eekaawordpresscom

Libya Moammar Gadhafi pun kena “ngap” Bro, abee Nicky pasni arr!,

Tripoli, Libya

Tripoli, Libya (Image by gordontour via Flickr)

Kahirah – 16 Februari, 2011

Beratus ratus rakyat Libya merusuh dalam protes menukar regim kerajaan Libya dan bergelut dengan para militari polis hari ini Rabu di bandaraya kedua terbesar Libya mengikuti cara kejatuhan regim di Mesir terhadap kerajaan pimpinan Moammar Gadhafi.

Ashur Shamis, pembangkang Libya yang hidup di London, dan beberapa orang saksi berkata rusuhan ini bermula pada hari Selasa dan berakhir pada awal pagi Rabu di Bandar Benghazi, sebuah bandar pelabuhan terbesar di Libya.

Moammar Gadhafi, Presiden Libya

Kebanyakan pedemostrasi melaungkan “tiada tuhan melainkan Allah, Moammar adalah musuh Allah” dan “hapuskan rasuah dan perasuah.” Polis anti rusuhan dan kumpulan pro kerajaan telah cuba mencegah rusuhan tersebut dari merebak dengan menembak peluru getah kearah perusuh, kata Shamis.

Merebak protes jalanan di Tunisia, Mesir, Yemen, Bahrain dan Iran telah mengegarkan politik di Timur Tengah dan ini menyebabkan tekanan politik parah kepada ketua pemerintah seperti Gadhafi yang telah memerintah negara negara masing masing tanpa had serta tanpa di adili oleh rakyat berabab abab lamanya.

Protes yang tidak di dugakan ini menjadi satu cabaran baru kepada Amerika Syarikat, yang mempunyai kedudukan perhubungan strategik di negara negara terbabit. Barrack Obama menyatakan pada hari Rabu lepas, keadaan kesetabilan di negara tersebut harus di utamakan dan kerajaan mereka harus keluar dari masaalah pemerintahan corak lama dengan membuat pembaharuan dengan segera.

Semenjak kemuncak protes yang telah menjatuhkan ketua kerajaan autokratik di dua negara bersebelahan Libya – Mesir dan Tunisia, rakyat Libya telah menguna media baru seperti Facebook dan Twitter untuk mengempur rusuhan di negara mereka.  Mereka telah berhimpun dan mengadakan rali anti-kerajaan terbesar pada hari Khamis lepas.

Agensi berita Libya  tidak menghebahkan apa apa berita tentang rusuhan ini. Agensi itu,  bagaimana pun, hanya memberitahu bahawa ada beberapa perhimpunan menyokong Gadhafi pada hari Rabu di bandaraya Tripoli, Benghazi dan lain lain bandar di Libya.

JANA, agensi berita rasmi Libya menyatakan bahawa para penyokong Gadhafi berhimpun untuk “mempertahankan kerajaan dan revolusi Libya.” Mereka menyebut perusuh anti kerajaan sebagai “mereka yang penakut dan petualang negara.”

Gadhafi, pemerintah yang di geruni oleh pihak barat, telah lama mencuba membawa Libya keluar dari pengasingan antarabangsa, bermula pada tahun 2003 dengan menyatakan tidak akan meneruskan rancangan program membangun senjata kimia (weapons of mass destruction), menolak keganasan dan telah membayar gantirugi kepada mangsa bom di La Belle disko, di Berlin, dan dalam tahun 1988 menbayar gantirugi kepada mangsa letupan bom kapal terbang Pan Am Lockerbie, di Scotland.

Dengan pemansuhan dan bayaran gantirugi itu telah membuka ruang hubungan dua hala dengan barat dan telah di keluarkan dari sekatan ekonomi oleh Bangsa Bangsa Bersatu (UN), tetapi walaupun demikian Gadhafi masih dianggap melanggar hak kebebasan kemanusian negara negara di Utara Afrika.

Protes bermula pada hari Selasa dan berakhir awal pagi Rabu itu berpunca setelah pihak perusuh yang mewakili beratus ratus tahanan yang telah mati terbunuh apabila pihak polis menembak mereka didalam satu rusuhan di penjara Abu Salim, dalam tahun 1996, sebuah penjara yang dikawal ketat, gagal dalam rundingan dengan pihak kerajaan. Walaupun pihak kerajaan telah pun membayar imbuhan kepada keluarga yang terlibat, para perusuh yang terdiri dari mereka mereka in masih menuntut supaya mereka yang bersalah semasa pembunuhan itu dihukum.

Para demostrasi di lihat cuba membawa isu isu lain selain dari tuntutan gantirugi keluarga mereka yang terlibat, dan berpaksikan kepada kejatuhan kerajaan Tunisia dibawah pimpinan Presiden Zine Al Abidine Ben Ali, dan Presiden Hosni Mubarak, meminta pertukaran kuasa kerajaan mengenai ekonomi dan politik dengan segera.

Pedemostrasi melaung slogan anti Gadhafi, dan Perdana Menteri, Baghdadi al-Mahmoudi, sepertimana yang disiarkan di dalam vedio yang telah di muat turun ke dalam internet.

Kerajaan telah pun bercadang untuk membebaskan seramai 110 penganas Islam, yaitu diantara ahli kepada kumpulan yang ingin menjatuhkan Gadhafi, walaupun demikian, status pembebasan itu mungkin terbantut angkara dari protes anti-kerajaan berlaku pada hari ini.

Pengawai keselamatan Libya menyatakan, seramai 14 orang, termasuk 10 anggota polis, telah cedera di dalam kejadian itu. Kebanyakan pedemostrasi mengunakan pisau dan batu sebagai senjata, manakala polis telah mengunakan jet air bagi menyelerai para pedemostrasi dari merebak.

Lihat Peta Libya disini

Beberapa lapuran menarik dari agensi berita internet terkenal dan terkini mengenai rusuhan di Libya di kempilkan di bawah ini untuk perhatian mereka yang ingin mengetahui berita protes itu sepenuhnya. Selamat membaca. Salam.

Mat Ell #eekaawordpresscom.

Saudi Arabia selepas Bahrain, pastu Veranda Mecca, arrr?

Towers of the Bahrain Financial Harbour in Man...

Financial Centre Manama Bahrain (Image via Wikipedia)

Manama, Bahrain 15 Feb 2011

Protes di Bahrain mendapat perhatian dunia. Semenjak berlaku protes rakyat di Bahrain, dimana terletaknya ketumbukan Kelima Tentera AS, kerajaan Saudi Arabia dan Amerika sedang memerhatikan perkembangan terbaru protes rakyat di negara tersebut.

Tok Arab Menjerit - Tukar Kerajaan

Negara penduduk majoriti Shia ini di perintah oleh kerabat Diraja Sunni, Al–Khalifas. (Lihat disini atau disini)

Dengan kejayaan protes jalanan di Mesir, kumpulan hak asasi manusia di Bahrain telah berkumpul pada 14 hb Februari, 2011, di Manama sebagai hari hak rakyat Bahrain. Protes ini dihari sama di Iran.

Aksi protes pada hari Isnin itu merebak kesemua kawasan penduduk Shia di seluruh pulau dan di buat meniru cara demostrasi rakyat di “Tahrir Square” di tengah Bandar Manama, ibu kota Bahrain. Gambar gambar dari para demostrasi yang di muat turun di laman web menunjukkan polis anti rusuhan mengempur para demostrasi aman dengan gas pemidih mata dan peluru getah.

Berita terkini menyatakan kerajaan masih bertindak ganas keatas penunjuk perasaan. Tiga atau empat puluh penunjuk perasaan telah tercedera akibat keganasan pihak berkuasa dengan dua kematian.

Pemuda 21 tahun mati terkena peluru getah. Keesukan hari semasa kebumian beliau seorang lagi mati terkena tembakan letupan senapang patah.

Walaupun kejadian tembakan peluru getah dan gas pemidih mata  selalu di lalui oleh penduduk Bahrain, kejadian yang meragut nyawa seperti ini adalah pertama kali dalam tempuh beberapa tahun lalu, dan ini boleh menyebabkan merebaknya kemarahan orang ramai terhadap pihak berkuasa.

Kuasa Wanita Berpurdah

Sambil memegang bendera Bahrain para pedemostrasi meminta pertukaran pelembagaan negara itu, serta pembebasan semua tahanan Shia yang telah di tangkap semenjak August 2010 dan dihentikan penindasan ketara keatas rakyat Bahrain.

“Sudah terlambat” kata Nabeel Rajab dari Pusat Hak Asasi Bahrain.

“Semalam rakyat minta perubahan. Hari ini mereka meminta “pertukaran regim.”

Ramai penganalisis politik dari Barat menyatakan cara pertukaran regim di Mesir tidak mungkin berlaku di Bahrain.

Gala Riani, seoarng pakar penganalisis Timur Tengah berkata di Jane’s Defence Weekly “Bahrain sudah biasa dengan kejadian rusuhan seperti ini.”

“Pihak kerajaan boleh menteteramkan keadaan rusuhan seperti biasa berlaku sebelum ini, jikalau ianya berlaku secara rambang dan tidak menyeluruh.”

Itu pun sekiranya rusuhan tidak berlaku menyeluruh disemua tempat atau bandar di Bahrain.

Menurut wartawan wanita Reem Khalifa, penyunting kanan dari Bahrain Al Wasat, rusuhan kali ini berbeza dari rusuhan rusuhan dahulu.

“Kaum muda Sunni dan Shia berganding bahu semasa berdemostrasi dan melaungkan ‘bukan Sunni atau Shia, kita semua adalah Bahrainis, rakyat Bahrain.’ Kita belum pernah melihat gandingan Shia dan Sunni seperti ini dahulu” beliau sebagai berkata.

Beliau juga berkata kaum wanita juga telah bersama sama berhimpun didalam protes tersebut. Ini kerena mereka mungkin tidak akan dikasari oleh pihak polis.

Walaupun demikian, ada juga kaum wanita bersama bendera telah di kasari oleh pihak keselamatan.

Polis anti rusuhan kebanyakan nya terdiri dari kaum Sunni dari Pakistan, Yemen, Syria dan Jordan.

Ibukota Manama, Bahrain

Mereka semua senang diterima sebagai warganegara dan di beri satu keistimewaan, mereka kurang diminati oleh semua para pedemostrasi.

Seorang pedemostrasi memberi tahu saya: “Kebanyakan polis anti rusuhan tidak boleh bercakap Arab. Tidak ada rasa hormat rakyat langsung.”

“Mereka tidak ada rasa hormat kepada Negara dan bendera kita. Mereka hanya menghormati pembayar gaji mereka, kerajaan Bahrain.”

Sementara itu Presiden Amerika, Barrak Obama di lihat akan mengalami satu lagi cabaran di Timur Tengah. Ketumbukan Kelima tentera Amerika Syarikat di Bahrain amat diperlukan apalagi keadaan kesetabilan yang meruncing di Iran semasa ini.

Seperti di Mesir, Amerika dilihat mengambil jalan tengah dengan tidak mencampuri hal hal dalaman negara terbabit.

Sekiranya protes bertambah besar dan parah, dan kerajaan Bahrain mengenakan tindakan ganas, Washington akan berada didalam keadaan serba salah, sekiranya mereka mengambil peranan bersama kerajaan Bahrain sekarang, dengan menidak sebuah kerajaan demokrasi di benua Arab.

Kita melihat Saudi Arabia lebih tertekan dengan rusuhan yang berlaku di Bahrain, yang terletak di sebelah selat dengan Bahrain.

Pakar politik yang rapat dengan kerajaan Saudi Prince Nayef memberi tahu bahawa kerajaan Saudi akan memainkan peranan menstabilkan keadaan sekiranya rusuhan itu menjadi rumit. Disini dimaksudkan ialah kerajaan Arab Saudi akan campur tangan sekiranya keadaan tidak stabil. Mereka mungkin mengunakan kepakaran tentera mereka ke Bahrain.

Lihat peta Bahrain dan Bandar Manama yang lebih besar di sini

Mat Ell #eekaawordpresscom

Mesir menjadi Mentor Pas

Hosni Mubarak

Hosni Mubarak : Image by robertxcadena via Flickr

Ramai diantara para ilmuan sama ada dari Kelantan atau lain lain negeri memberi pendapat masing masing tentang kecelaruan Nik Aziz Dato Menteri Besar, Kelantan.

Dari seorang guru mengajar Al Quran sampai lah beliau diangkat menjadi Menteri Besar dan Ketua Umum Pas melalui penglibatan beliau sebagai ahli politik didalam parti Islam PAS atau PIS.

Tiada apa yang aneh di dalam pencapaian beliau kerana dengan melibatkan diri sebagai ahli politik sesiapa pun boleh menjawat apa apa jawatan jikalau mendapat undi. Jikalau mendapat undi, ya, jikalau mendapat undi.

Berbeza dengan Nik Aziz, Hosni Mubarak adalah bekas juruterbang jet tempur dan bekas komander tentera Mesir. Kedua dua mereka berugama Islam dan mempunyai latar belakang yang berlainan. Walaupun begitu ada persamaan diantara beliau yaitu apabila menduduki sesuatu jawatan penting, mereka berdua degil dari meninggalkan nya kerana dengan ada kuasa mereka boleh membesarkan ekonomi keluarga dan kroni.

Mubarak mengecapi kekayaan yang melampau melalui penglibatan beliau didalam peperangan dengan Israel. Dianggar kan Mubarak telah mengumpul dana dari penglibatan beliau didalam konflik Palestin Israel sejumlah diantara USD40 billion hingga USD70 billion semasa menjadi Presiden Mesir.

Beliau telah menghapuskan hutang Mesir yang berjumlah lebih USD14 billion, setelah bersetuju menandatangani perjanjian damai dengan Israel. Mesir juga mendapat imbuhan berbillion billion ringgit Amerika dari negara barat itu dengan memperkukuhkan tentera Mesir dengan kelengkatan jet jet tempur yang yang hebat hebat dari Amerika.

Walaupun Obama mengesyorkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Presiden Mesir dalam kekecohan pemberontakan rakyat Mesir, beliau enggan berbuat demikian. Setelah berminggu minggu pemberontakan rakyat Mesir, beliau mengatakan bahawa beliau sudah jemu menjadi Presiden tetapi seperti yang dijangkakan beliau tidak mahu meletak jawatan kerana risau keadaan negara Mesir akan menjadi lebih teruk. Nik Aziz pun demikian walaupun didalam uzur umur yang lanjut, 80 tahun.

Kedua dua pemimpin ini sebenar nya malas untuk melakukan kerja. Keadaan rakyat Mesir miskin terlampau, sedangkan Mubarak dan kuncu kuncu nya mengawal semua ekonomi negara dan tentera. Jumlah dana yang terkumpul semenjak bertahun tahun dari pengunaan laluan terusan Suez sahaja boleh memberi kesan baik kepada ekonomi Mesir jikalau digunakan sebaiknya, tetapi kebanyakan penswataan agensi kerajaan terlibat dengan rasuah dan merugikan tetapi menguntung para kroni.

Rakyat mendapati sukar mendapat perkerjaan. Saorang guru mengajar 120 murid dalam satu kelas. Gambaran ini menunjukkan budget kepada kementerian pelajaran Mesir yang bercelaru.

Mesir adalah sebuah negara besar dengan 80 juta penduduk. Kelantan negeri kecil mempunyai lebih kurang 1.6 juta penduduk. Walaupun begitu, memerintah sebuah negara atau negeri adalah sama. Ini dapat dibandingkan, ianya seperti mengawal selia sebuah kedai tomyam tepi jalan dan dengan mengawal selia sebuah Pasaraya Besar seperti Mydin atau Giant, atau Kota Bharu Mall.

Kerugian tetap kerugian. Gaji tidak terbayar, wang epf di songlapkan, tidak berdaftar dan sebagainya merumitkan sesebuah organisasi. Setelah hampir 20 tahun di Kelantan dan 30 tahun di Mesir, kedua pemerintah menunjukan prestasi yang sama, caranya sedikit berbeza. Kerana menjual tomyam benda yang boleh disonglap mungkin ikan kering, manakala di store besar lain lain hal yang besar. Begitulah perupamaan nya. Tetapi kedua kedua kedai rugi besar dan rakyat perut kosong kerana tiada kerja.

Kesimpulan: Jikalau berkuasa dan dapat menipu rakyat dengan paksaan samaada dengan teknik menipu mengunakan muslihat agama atau teknik menipu dengan mengunakan kekerasan, maka rakyat akan tetap memberontak secara senyap atau berdemostrasi besar besaran.

Sama sama kita lihat kesudahannya.

Eekaa #eekaawordpresscom

Ban Ki-moon kata Ok

With the Secretary-General Ban Ki-moon

Image via Wikipedia

Permintaan menteri terbesar bagi hal ehwal pelajar dan pejuang dari Negara Parti Ah Seng (PAS) Al -Iraniah Siahtul Mutahdarah menyegerakan perpindahan kira kira 11, 000 pelajar tajaan mereka telah dimaklumkan kepada Ban Ki-moon, Setiausha PBB di new York.

Dalam pertemuan khas diantara pemberita semalam, menteri berkenaan berkata” Ana, manyak terima kasih kepada perdana Menteri One Malaysia, Najib, kerana mereka telah menghantar bantuan misi segera ke Mesir tanpa banyak soal. Walaupun One Malaysia masih sibuk menyambut hari Tahun Baru Cina, mereka bagaimanapun telah menyegerakan pertolongan bagi pihak kami mengambil semua pelajar tajaan kita tanpa banyak soal. Ana tidak ada kapal terbang hendak di hantar kesana, Ana ada panggil beberapa ekor buraj dari Syurga tetapi mereka belum tiba”.

Pejabat setiausha PBB mengesahkan kenyataan tersebut.

Masa susah minta tolong, masa senang cakap kita jahilliah. Wapukirangga lu.

Mat Ell # eekaawordpresscom

PAS gertak Mubarak ambil MC – Ha ha ha, kah kah kah.

Hosni Mubarak 2003

NGO pro PR & PAS minta Mubarak MC, la biar betul, ini kerja sewel, tengok muka dia ni Hosni Mubarak tentu dia takut kat hangpa ya! Ha ha ha, Kah kah kah: (Image via Wikipedia)

Aku tak faham PAS dan NGO pro PR yang mengadakan protes di pejabat Embassy Mesir di Kuala Lumpur semalam. Tengok disini.

Sepatut protes itu di buat di depan ofis TG Nik Aziz, di Kota Bahru, kerana beliau sudah lama memerintah tetapi tidak buat apa apa selain bagi “fatwas”. Aku bubuh “s” sebab plural, terlampau banyak.

Engkau orang gila insing ke, dia orang Arab, dia orang tahu lah macam mana hendak dibuat, hang masuk campur tu tujuan apa?

Hendak kata engkau itu Islam ke?. Ala, kalau doa macam engkau orang buat di Tenang tu, bikin malu Islam kamu sahaja. Islam apa benda tu. Dia orang orang Arab tidak pakai jubah pun, engkau orang ingat berjubah disini orang Arab ikut kata engkau orang kah?

Jikalau dah Islam korup, macam engkau orang juga, lambat laung di perlingkupkan oleh orang ramai. Perbetul kan lah Islam kamu tu, berkawan lah dengan DAP ajar dia orang basuh berak macam mana. Jangan ajar jelit jelit sahaja, ok.

Baru lah betul, engkau orang semua ini macam ketam lah, nak ajar orang awak sendiri jalan senget.

Malu malu, geng PAS jenis tidur atas jalan raya, mak oii, sudah silap parti lah komer semua, baik buat parti pinggan mangkuk, jual ubat penggeras – ada juga  hasil nya.

Mat Ell # eekaawordpresscom