Di Amerika, orang Amerika dibenarkan pakai pistol, di Malaysia, orang Melayu harus di beri hak pakai keris!. Setiap hari.

Kris (keris) and scabbard (Museum Volkenkunde,...

Kris (keris) and scabbard (Museum Volkenkunde, Leiden, NL) (Photo credit: Wikipedia)

Selepas British menjajah, orang Melayu tidak dibenarkan pakai keris.

Selepas Merdeka, Tunku terlupa hendak beritahu kepada orang orang Melayu bahawa larangan memakai keris di luluskan kembali seperti dahulu kala.

Orang Amerika semenjak mereka jadi cowboy pakai pistol, dan masih pakai pistol dengan lesen sampai sekarang.

Jadi saya memohon PM Najib meluluskan supaya semua orang orang Melayu memakai keris mereka di pinggang seperti zaman dahulu kala. Ini kerana, Tunku sudah terlupa untuk membuat pengistiharan bahawa keris boleh di gunakan semula setelah merdeka dan larangan orang putih itu sudah di tarik balik.

Peminat keris,  sila jual keris, terutama jenis hebat hebat seperti Taming Sari dan sila pakai laser untuk membuat keris abad zaman changgih ini. Mungkin keris boleh di lempar dengan mengunakan cahaya laser dan teknologi terbang ghaib. (Keris yang ada pistol didalam nya tidak dibenarkan, kerana itu sudah jadi bukan keris).

Harap permohonan untuk meluluskan supaya orang orang Melayu di benarkan membawa keris kemana mana demi menjaga keselamatan diri dan keluarga masing masing ini diambil perhatian.

Ini adalah adat Melayu, dan saya, Hang Tuah, cukup akal dan sudah cukup umur, seorang Melayu tulin, dengan ini memohon supaya Keris dibenarkan untuk di pakai oleh saya kemana mana, dan jikalau tidak kerajaan telah melanggar hak kebebasan asasi mutlak saya mengamal budaya keturunan Melayu saya zaman berzaman.  Dan saya akan cabar keputusan tidak membenarkan bawa keris,  jikalau kerajaan masih berdegil, tidak membenarkan saya membawa keris seperti mana amalan budaya saya dari zaman berzaman diatas fakta menyekat hak asasi saya dari mengamal budaya nenek moyang datuk nenek dan emak babak saya yang saya kasihi. Di harap semua pemuda Melayu bersiap sedia untuk beli dan tempah sebilah  keris.

Saya yang amat benar,

Hang Tuah.

PS: Sepatutnya, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Hassan Ali dan lain lain hari ini membawa dan memakai keris, keris panjang dan pendek, serta semua pengikut mereka ke tempat Vatican membawa tombak tombak dan meriam meriam sebagai simbol persahabatan dan tunjuk bahawa kita berani. Jikalau ada sila bawa grenade launcher sekali. Baru betul boss.

Apa pulak British benarkan kita pakai keris semasa kenduri khawin dan bersanding sahaja. Keris ini tak payah tunjuk di persandingan. Keris lain yang harus di pamerkan.

.

Tok Pa angan jer – kesian kepada aku dan lain lain orang Kelantan yang tolak PAS mati matian.

Mesti ada yang tak kena dengan cara atau perangai orang orang pertaruhan aku untuk balik berkerja di Kelantan bawah BN.

Apa benda eh?

Perhubungan UMNO negri kut. Beri budget yang baik tak di gunakan sebetul nya kut. Atau masuk poket sendiri kut. Mana aku tau, engkau cakap ler pada aku, kerana aku nak tau!!.

Atau perangai ketua ketua kita ni belum betul betul baik kut, jenis tak tolong orang secara serius kut, atau secara real real hanya main main tipu tipu kut. Hanya ambil gambar suka suka nak tunjuk hebat bersama rakyat, bukan main lagi bersama rakyat. Dan masuk facebook. Konon.

Tetapi jumpa member member lama yang sudah tolong semasa dia susah susah dulu kala buat tak tahu saja kut. Ini jenis semacam tarak budi pekerti yang baik baik kut, semacam orang PAS yang menang tu, nak tunjuk tunjuk saja ni.

Kalau semacam ini, sudah lima belas tahun perangai sama, tak payah lah susah susah hendak ambik Kelantan, baik berhenti saja nak ambik Kelantan.

Orang politik ni kena lah tolong orang. Bukan kena tolong monyet atau harimau.

Bo La Wei UMNO, berhenti, tukar lah orang orang nih.

 

Pot Nik!!! Bukan Fatwa tetapi Belebongwa!!! Idi Amin pun tak berani hendak buat Fatwa.

20130410-230122.jpg

KUALA LUMPUR 10 April – Kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kebelakangan ini disifatkan telah terpesong daripada ajaran Islam sebenar.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, apa yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz itu tiada dalam ajaran Islam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai terutamanya umat Islam supaya tidak berpegang kepada pandangan yang dikeluarkan Menteri Besar Kelantan itu.

“Jangan percaya kepada pandangan beliau kerana hanya Allah SWT sahaja yang berhak menentukan amalan serta apa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya.

“Pandangan-pandangan seperti ini hanya akan memecahkan perpaduan dan mendatangkan permusuhan dalam kalangan umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abd. Shukor berkata, Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk menilai pahala solat, amal ibadat serta kebaikan seseorang.

Menurutnya, hanya Allah SWT sahaja yang berhak menilai amalan kebaikan yang dilakukan umat Islam di muka bumi ini.

“Tidak perlu kita melakukan muzakarah dan mengkajinya kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sesiapa boleh menilai amalan, ibadat dan menuduh seseorang itu kafir, melainkan Allah SWT,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan bermuzakarah dan mengkaji kenyataan kontroversi Nik Abdul Aziz kebelakangan ini seperti mendakwa solat orang UMNO tidak mendapat pahala dan pembinaan masjid oleh kerajaan hanyalah untuk tujuan mendapat kontrak.

Tambah Abd. Shukor, sebuah parti politik juga tidak mempunyai hak untuk menentukan seseorang itu masuk syurga atau tidak.

Katanya, tidak kira daripada parti politik mana, tugas menentukan pahala seseorang untuk memasuki syurga adalah hak mutlak Allah SWT.

“Kita manusia di muka bumi ini sama sahaja, tiada siapa yang maksum. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak berani mengatakan seseorang itu masuk syurga atau tidak,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130411/dn_06/Kenyataan-Nik-Aziz-terpesong#ixzz2Q7H42X3Z
© Utusan Melayu (M) Bhd.

???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

20130410-103609.jpg

Nama Nama panjang :

Muammar Gaddafi the Guide of the First September Great Revolution of the Socialist People’ Libyan Jamahiriya , Presiden Libya.

Atau Muammar Gaddafi the Brotherly Leader and Guide of the Revolution, Presiden Libya.

Atau, Muammar Gaddafi King of Kings of Afrika, Presiden Libya.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Al-Mursyidul Am Pas, Menteri Besar,  Kelantan Darul Naim, Al Serambi Mekkah al Mukararamah.

Nama Nama pendek tetapi terkenal seantaro dunia:

Hitler.

Al Jubori.

Al Capone.

Mahatma G.

 

 

 

 

Kalau Nabi masih hidup, Nik Aziz yang lawan Dia dulu tidak hendak berhenti jadi MB.

Belebongwa Kelima:

“Jikalau Nabi masih hidup puak UMNO pun lawan dia.”

Apa yang tersirat ialah, jikalau Nabi masih hidup, Nik Aziz akan lawan dia dulu kerana tidak mahu berhenti dari menjadi calun DUN dan MB.

579563_606077452742609_1454106885_n

Selamat Tinggal, Nik Aziz. Bye bye Bro, sleep well. (He he he, Ji, apa yang bergerak gerak tu Ji?. Tikus ke?)

Tidur ni sedap. Kalau banyak duit. Ya lah sunat tidur jap, tetapi, kalau tidur sepanjang masa, sunat korak mu. Kita, derbar bas, pengayuh teksi, tidur jugak. Tapi cepat bangkit, buat kerja. Nak cari duit. Dia tak apa lah, duit masyok selalu. Boleh tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Orang semacam ini mesti lawan nya jikalau suruh berhenti dari jadi calun untuk jadi MB, walaupun di suruh oleh Nabi, jikalau Dia masih hidup. Ya tak. Sedap tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr. Kita kena tunjuk kepada rakyat gambar dia ni tidur sokmo. Patutlah semua kerja tidak menjadi. Buat jalan raya; tinggal raya saja, buat jambatan, tinggal tugu pecah tanah, jambatan entah kemana, buat stadium, stadium tak tahu di mana, buat bandar baru, bandar entah kemana, buat Lembah Sireh, tinggal sireh saja, buat apa apa, kosong saja.

Tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Sikit masa lagi, dia akan letak gambar dia sedang nangis. Suruh orang kesian. Atau sedang duduk berdoa.

23 tahun duduk berdoa, last last rakyat terdiri dari gadis sunti jadi pelacur. Doa dia tidak di makburkan ALLAH,  kerana suka tidurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Jadi bila dia ni seorang ulama? Saya mushkil dengan perosalan ini. Kalau doa pun tuhan tak terima? He he he, kesian nya.

Pimpin sampai mati – Nik Aziz

Pemimpin politik boleh pimpin sampai mati – Tuan YM Musyidul Am Pas, Yang Amat Berbahagia Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan Darul Naim, dan Seluruh Jajahan Takluknya, termasuk lautan Cina Selatan didalam garis sempadan antarabangsa diantara sempadan Thailand dan Malaysia (Luasnya). Sumber berita @ Sinar 30 Januari 2012 Edisi Selangor dan Wilayah.

Satu pendapat yang tidak unik malahan pemikiran dan telahan seperti itu telah pun merupakan “action plan” para pemimpin di zaman dahulu kala dari semenjak beribu ribu tahun lagi seperti yang diceritakan didalam Al Quran mengenai Nabi Musa dan  Firaun.

Para pemimpin yang mempunyai pendapat yang sama atau sedemikian dizaman ini adalah terdiri dari:-

Muamar Gaddafi – Merebut kuasa pada tahun 1969 dan memerintah Libya sehingga 1977, dan melantik diri sebagai Musyidul Am Revolutionary Council of Libya. Dia di bunuh selepas 41 tahun memerintah apabila NTC menjadi pemberontak di Libya. Jikalau tidak terbunuh masih menjadi pemimpin Libya sampai mati.

Adolf Hitler Lahir 20 April 1889, di Austria, Adolf Hitler menjadi ketua musyidul am Parti Nazi dalam tahun 1920 dan di lantik menjadi Fuehrer (Pemimpin German dan Ketua Musyidul Am Parti Nazi) German dalam tahun 1933 sehingga mati pada tahun 1945.

Gamal Abdel Nasser – Presiden kedua Mesir, memerintah Mesir setelah bersama dengan Muhammad Naguib memberontak dan menjatuhkan sebuah kerajaan beraja di Mesir dalam tahun 1952. Beliau juga memerintah Mesir sampai mati.

Banyak lagi pemimpin zaman ini yang mempunyai semangat untuk memimpin sampai mati. Anda perlu melihat dan membuat kaji selidik sendiri.

Manakala pemimpin dizaman dahulu kala banyak nya terdiri dari kalangan keluarga Firaun (Pharoah) 

Thutmose 111 – Firaun ke 6 semasa Dynasti 21. Memerintah selama 54 tahun dari 24 April  1479 sehingga 11 Mac 1425.

Apa pendapat umum pada zaman ini:-

Manusia mengalami perubahan dari segi sudut umur dan pemikiran, dari zaman bayi , remaja, dewasa, tua dan amat tua. Sekiranya beliau itu boleh mengenal diri serta telah membawa perkembagan lahiriah serta akal yang tinggi kepada umat, seperti para Nabi, maka diharuskan dan dibenarkan ALLAH memerintah sampai mati.

Walaupun demikian telah ada perubahan atau bangkangan kepada sistem memerintah sampai mati kerana pada zaman ini kita melihat manusia telah kehilangan jati diri didalam keagamaan dan telah kembali kepada tabiat buruk semasa zaman jahiliah seperti di zaman Firaun, maka memimpin sampai mati tidak akan membawa kebaikan tetapi akan memburukkan lagi sebuah tamadun manusia yang senantiasa berubah.

Malahan Tun Mahathir, yang memerintah dengan membawa pembangunan, perubahan fizikal dan mental kepada masayarakat di Malaysia pun menyerlah dengan berhenti. Walhal beliau diharuskan untuk memerintah sehingga ke tahap maximum kerana beliau boleh membawa kejayaan umum masyarakat ke tahap yang lebih tinggi.

Saya syorkan, Haji Hadi tidak payah lah ikut nasihat dari Datuk Nik Aziz tentang undur diri dari bertanding. Berfikirlah dengan sebaik nya kerana, pemikiran yang bersih itu jauh dari nur atau tabiat jahat dari semasa zaman jahiliah seperti dizaman zaman Firaun, atau pada zaman Adof Hitler.

Mana lah tahu nanti ada manusia disini membina kotak lempar (drop box) ahli politik di tepi bangunan seperti kotak lempar bayi yang terbina di Rusia!!!.

WASALAM.

Queen Elizabeth pun tak beli yatch, apa ler billionare Malaysia, wartawan British perli. Ambik engkau !

Brit perli billionare Malaysia yang membeli yacht pound sterling 3.4 billion.

Beliau berkata Queen England tak payah beli pun yacht untuk bercuti, ada millionare British menyediakan kapal layar mewah bertaraf berpuluh bintang dengan hanya menyewa.

“The 246ft yacht is normally available for charter at £440,000 a week, but Sir Donald, 82, said: ‘I wouldn’t expect a fee for something that is on behalf of the nation”.

Ini perli ni, mentang mentang jadi billionare, bukan main lagi beli yacht berharga sampai berbillion billion untuk bersampan kesini kesana kejap. Queen Elizabeth pun tidak beli. Kah kah kah.

Satu perkara lagi dengan otak orang Malaysia, terutama APTNs, perkara ini akan disensasi kan oleh mereka seperti berikut:-

Ketua pembangkang dan Lim Kit Siang dan semua APTNs dari Pakatan Rakyat akan bertanya” Hey, apa tak bayar sewa tu ada udang disebalik batu ker

Bukan mahu ingat “for something that is on behalf of the nation”. Mana ada “for the nation” bagi mereka,  ini hanya boleh terjadi jikalau ianya untuk “Middle Malaysia Nation”. (Middle Malaysia Nation equal to Dap bagi duit dulu dah tu buat kerja untuk rakyat, bila kerajaan bayar, bayar DAP balik, tolak hutang, duit bunga dan sumbangan paksa, itu dia Middle  Man Nation. Contoh dalam TBH case investigation data – baguskan, tak payah pergi pinjam bank Muamalat atau bank Rakyat)

APTLs = Ahli Politik Tolol Negara, ada “s’ kerana plural, terlalu ramai. Ingat ETP ingat NKREAs. Ingat Pakatan Rakyat ingat APTLs dan VGsVs,

note: VGsVs = Very good sex videos, plural ok, sebab banyak sangat dah.

Seterusnya baca disini.

Perpindahan bakat keluar negara

kuala lumpur

Image by ahunziker via Flickr

Kita disiarkan dengan beberapa imiginasi dan suara dari beberapa pendapat dari data-data mengenai perpindahan mereka yang mempunyai bakat keluar negara.

Terdapat fakta-fakta yang mengatakan seramai satu juta penduduk Malaysia berhijrah keluar negara, terutama ke Singapura dan lebih 80% daripada mereka ini adalah dari etnik kaum Cina, 10% and 6% adalah dari etnik kaum Melayu dan India.

Melihat Malaysia Economic Monitor dari Bank Dunia yang telah menyatakan “Malaysia memerlukan bakat, tetapi bakat yang dikehendaki telah meninggalkan negara itu”.

Mengapa kah perkara ini menjadi satu isu yang membimbangkan walaupun telah dinafikan oleh Perdana Menteri mengenai peghijrahan bakat-bakat dari Malaysia keluar negara.

Kita melihat perkembangan besar bilangan buruh asing yang telah memasuki negara ini. Tetapi kesemua mereka ini adalah merupakan buruh kasar. Manakala penghijrahan keluar pula adalah dari kalangan lulusan universiti dalam dan luar negara.

Perkara yang disentuh didalam perbicaraan tentang peghijrahan ini ialah perbezaan pendapatan yang besar dinegara luar, qualiti tempat berkerja, qualiti hidup, dan perkara yang menimbulkan isu adalah perkataan ” Discontent with Malaysia’s inclusiveness policies is a key factor too – particularly among the non-Bumiputeras who make up the bulk of the diaspora”.

Adakah perkara ini benar?.

Ramai mereka diluar negara tidak begitu tahu tentang keadaan masyarakat di Malaysia, cara kehidupan dan sebagainya. Walaupun keadaan dibandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur adalah sebuah kawasan metropolitan, tetapi kebanyakan bandar-bandar lain masih lagi didalam prosess membangun. Ini termasuk soal social masyarakat setempat yang berbeza dari bandar-bandar besar dinegara lain.

Perkara ini perlu ditangani terlebih dahulu dan penilaian harus mengambil kira keadaan setempat yang perlu diubahsuai supaya mereka ini akan memasuki dunia komersial seperti yang di nyatkan oleh lapuran bank Dunia itu.

Pengubahan karakter para professional dan pegawai atasan yang merangkumi lebih dari 20% pekerja di Malaysia memerlukan didikan dan konsep pembelajaran baru supaya mereka ini menjadi setanding dengan para professional dan pegawai atasan dinegara maju. Sistem pembelajaran harus ditukar dengan segera, konsep satu sekolah harus dipenuhi dari sekarang.

Sikap sesetengah pegawai atasan dan ahli masyarakat yang memandang rendah kemampuan para perkerja baru dan professional juga menjadi satu isu besar kepada penghijrahan. Sesiapa sahaja yang berpengaruh tidak memerlukan sijil dan atau kelulusan tinggi bagi mendapatkan peluang besar didalam apa apa kerja didalam sistem pekerjaan di Malaysia adalah sesuatu yang harus dihentikan kerana ianya tidak memberi pandangan tinggi kepada kebolehan para cendikiawan seperti mereka didalam sistem ekonomi tinggi di negara maju.

Tanpa sistem pembelajaran yang jitu, masaalah perhijrahan ini akan berterusan sampai bila-bila.

Eekaa #eekaawordpresscom