Kekeluargaan dan kuasa sex – Cerita hari raya

Description unavailable

Kita menyambut suasana kegembiraan musim hari raya sampai keakhir bulan Sawal. Didalam musim-musim kegembiraan hari raya ini ada juga yang berdukacita. Terutama mereka yang telah kehilangan sanak saudara yang terdekat, seperti yang berlaku keatas pemberita TV Bernama. Alfatihah, dan takziah kepada kaum kerabat beliau.

Cerita hariraya ini berlainan sedikit. Saya ingin mengupas keatas perkembangan atau kemodenan kaum Melayu didalam mereka menghadapi cabaran menjalani sebuah kehidupan berkeluarga.

Disini saya ingin mengutarakan sebuah cerita kehidupan yang telah dihadapi oleh seorang kenalan jauh, yang terumbang ambing disebabkan satu keadaan yang memaksa didalam kehidupan beliau.

Beliau mempunyai seorang isteri berbangsa German dan beliau telah dianugerahkan seorang anak lelaki. Semasa anak beliau masih kecil, isteri beliau telah dingorat oleh adik kandung beliau sendiri. Setelah lama hubungan itu menjadi lebih erat dan beliau terpaksa menceraikan isteri beliau yang beliau kasihi. Setelah dicerai isteri beliau terus mengawini adik kandung beliau.

Mereka telah dianugerahkan 4 orang anak. Anak beliau dengan anak hasil dari perkhawinan adik kandung beliau dengan bekas isteri beliau sepatutnya sepupu didalam susur galur sebuah keluarga, tetapi kini telah menjadi adik beradik.

Sukar bagi mereka untuk menghadapi hari raya kerana masyarakat melihat perkara ini sebagai tidak sesuai, kerana beliau masih hidup.

Setelah menceraikan isteri beliau, beliau telah mengambil seorang anak perempuan abang kandung beliau untuk tinggal bersama beliau dan menyara persekolahan serta lain lain perbelanjaan sebagai anak angkat. Anaknya membesar bersama dengan anak perempuan abang beliau itu. Dalam masa yang sama beliau menjadikan anak saudara beliau sebagai “isteri” dengan menidurinya remaja itu semasa kesunyian.

Segala pekerjaan beliau menjadi kelam kelibut dari setahun kesetahun semenjak itu. Setelah anak beliau dan anak saudara beliau menempuh alam remaja, beliau mengawinkan anak beliau dengan anak saudara beliau itu, walaupun mereka rapat hidup dan lama tinggal bersama. Selepas itu beliau telah menghilangkan diri ke luar negara untuk mencari kedamaian, tanpa berhari raya dengan keluarga beliau lagi.

Begini lah contoh sebuah kehidupan yang jarang-jarang kita dengar dizaman ini. Walaupun negara kita mempunyai badan yang boleh memberi pertolongan kepada keluarga yang menghadapi kesulitan seperti beliau, namun tiada siapa yang membantu beliau.

Sex adalah satu keinginan yang tinggi pada semua manusia terutama orang yang beragama Islam, (syaitan suka ngorat orang Islam, orang kafir dibiarkan oleh syaitan, mereka best friend kan) dan ini harus di jaga dan disemai dengan baik serta dengan cara atau kaedah yang lebih bertemaddun. Wassalam.

Dua Pemerintahan Ulama-Iran & Kelantan, Iran tersungkur, bila Kelantan?

Reunión con el Líder Supremo de la Revolución ...

Iran Spritual Leadership (Image by Presidencia de la República del Ecuador via Flickr)

Tun Mahathir menjawab kenyataan Nik Aziz sila baca disini dan disini.

Bila lagi rakyat Kelantan hendak bangkit mengetuk kepala Nik Aziz supaya dia menjadi seorang alim. Sekarang ini dilihat semakin tidak menentu seperti apa yang telah berlaku di Mesir dan Iran. Iran negera di perintah oleh ulama yang di tiru oleh Nik Aziz pun rakyat jelata sudah jemu dengan penindasan yang teruk, bila lagi di Kelantan. Sama sama kita tunggu.

Saya perturunkan disini tulisan Tun Mahathir didalam jawapan kepada Nik Aziz:-

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri. 

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.

4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; “Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, “Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)”.

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); “Innamalmukminu na ikhwana…” iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, “maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); “Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai…”

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai “baca”. Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta’ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.

Sama sama kita renung jawapan dari Tun Mahathir kepada Nik Aziz diatas. Salam.

Mat Ell #eekaawordpresscom.

Penengkap Batik dan Tok Pa

por un submundo que atrapa: taxi-bici-ricksaw

Sebuah Kehidupan dari sebuah teksi tiga roda, itu lah kehidupan ku di negeri penaung segala kesushan (Image by pegatina1 via Flickr)

Kesian Tok Pa, bila bagi tahu orang PAS bahawa rakyat Kelantan hidup susah, Idris Ahmad kata hang buat sendiri lah tolong mereka!!!.

Bila berkerja dengan kaum penekan (autocracy) di ofis, idea baik yang dikemuka kan oleh saudara selalu nya dicincang atau dibelasah supaya apa yang saudara ingin beritahu itu bukan sebutir idea baik dari diri saudara.

Malahan, mereka kaum penekan akan menyuruh saudara menjalankan sendiri pendapat saudara dengan sindiran yang akan memalukan saudara.

Itu lah standard orang orang PAS, sama standard dengan ketua penekan (autocracy) didalam sebuah organisasi kecil, dalam kelas atau darjah di sekolah rendah, atau didalam sebuah keluarga kecil.

Bila dinyatakan Kota Bharu itu sebuah bandaraya Islam membangun bersama pondan dan pelacur menghisap konek konek jantan haus sex, mereka menunding jari kepada Tok Pa supaya membuat report polis, kerana polis lah yang harus di persalahkan, mana boleh disalahkan sebuah kerajaan besar Kelantan, kerajaan yang memerintah bukan sahaja dunia tetapi termasuk sebuah negara di syurga. Terlalu banyak perkara yang ingin di selesaikan oleh kerajaan PAS Kelantan.  Sambil itu Idris Ahmad perli Tok Pa dengan memberi tahniah kerana beliau baru sedar pelacuran dan judi itu haram didalam Islam.

Ini lah ciri ciri kaum pemerintah penekan (autocracy) dan rakyat Kelantan sememangnya telah di letak taraf kelas tadika oleh kaum PAS kerana terus diam tanpa membalas kata kata Idris Ahmad yang terpesong akidah didalam cara memerintah sebuah negeri kepada ala memerintah sebuah organsasi.

Bagi aku semua pertelingkahan ini tidak penting, bergaduh lah sampai kiamat. Engkau kata aku aku kata engkau semua nya tidak berguna.

Yang aku kesian ialah para pondan, para pelacur, atau para rakyat marhaim yang tidak ada kerja. Engkau orang ingat sikit, senang kah hisap dodek hendak kan duit untuk hidup di sebuah negeri yang susah dapat duit atau kerja? Kalau ada kerja engkau orang ingat hendak kah dia orang buat macam itu?

Aku tahu mereka membedek jalan raya di Kota Bharu mencari putung rokok yang dibuang. Sampai rumah dilerainya tembakau terkumpul dan dibalut dengan kertas rokok untuk dijual kepada para perokok tegar supaya dapat duit belanja budak sekolah.

Engkau orang ingat senang kah bagi jubur engkau di paku oleh penagih sex gila babi? Pondan pun manusia juga dan mereka dapat idea untuk hidup di Kelantan kerana kerajaan PAS sendiri berkata negeri Kelantan adalah tempat bernaung orang orang susah. Memang pun Kelantan negeri bernaung nya orang orang susah, kerana semua pondan, manusia yang serba serbi daif dan susah, pelacur atau siapa siapa pun jubur mereka di paku oleh peminat tegar taksub PAS di Kelantan, terpaksa menghisap konek awang awang yang mengaku Islam kerana PAS.

Ini sahaja kerja “halal” yang ada pada mereka, dimana kerja kerja haram seperti merompak, membunuh dan menipu masih belum dipelajari nya lagi.

Engkau orang jangan tidak tahu, membangun bersama Islam itu hanya sebuah sajak yang baik. Hanya saorang peminat sajak sahaja tahu akan maksud ayat ayat  itu.

Aku tahu saorang warga emas, dari berkerja sebagai penengkap batik, lari kesana dan kesini untuk menengkap batik di Kota Bharu. Gaji hanya lima ringgit sehari. Berbasikal ke Kota Bharu berulang alik dari Wakaf Stan sejauh 18 kilometer setiap hari. Hidup susah dalam senyum.

Nasib engkau orang berbelanja RM10 beli rokok lebih baik dari warga emas ini. Kerana tiada apa apa di Kota Bharu sehingga beliau mendapat cahaya mata seramai 8 orang!. Begitulah tanggungan beliau didalam sebuah negeri dimana kerajaan mereka telah membuat “tiada apa apa di Kota Bharu”.  Beliau telah meninggal dunia Jumaat lepas membawa segala penderitaan dunia beliau bersama beliau setelah hidup dinegeri naugan orang orang susah selama 65 tahun.

Engkau orang semua gelak lah. Surat khabar boleh beli, internet dirumah boleh bayar, minyak kereta boleh beli, rokok boleh beli, beras kelas jenis baik boleh makan.

Jereh nya hidup sebagai rakyat Kelantan hang semua tidak tahu. Hari hari minggu hang bawa anak anak berjalan jalan ke kebun bunga, dia orang bawa kereta umur 30 tahun bersama ubi kayu, kelidik dan sayur kangkung untuk dijual ditepi jalan di jalan jalan Kota Bharu.

Tiada siapa belas kasihan. Termasuk komer semua. Hidup susah mereka dengan senyum. Kerana mereka terminum air tawar tok guru.

Memang  susah, tetapi inilah dia sebuah  kerajaan membuat semua kehidupan susah. Orang PAS sahaja yang hidup senang senang, kerana mereka itu kan pengempur budaya kehidupan lulusan sarjana Al Azhar !!!. Lihat Mesir, beribu ribu sarjana Al Azhar menjadi pemerintah mereka!!!!.

Mat Ell #eekawordpresscom

Gelombang Merah Kikis Tok Segala Tok Empat Penjuru Alam

Sepatu Merah

Berjalan Menegakan Kebenaran keatas Kepalsuan : (Image by Nono Fara via Flickr)

Gelombang Merah satu barisan pengerakan merisik dan mengenal diri didalam usaha mengembalikan maruah bangsa Melayu keseluruh pelusuk negeri Kelantan, sebuah negeri yang gelap gelita diselaputi lapsian debu debu kepalsuan tindihan budaya kepercayaan masyarakat lama Kelantan kepada kuasa air tawar, jampi jampi ugama, kepercayaan kepada kuasa ayat ayat Quran yang tidak konsisten dengan agama Islam, kuasa diri manusia keatas makluk, berjalan atas air atau angin, kuasa seru menyeru melalui angin, mengangkat darjat manusia kepada taraf nabi, wali, dan tok kepada segala tok penjaga empat penjuru alam.

Mari, kekawan muda semua, katakan tidak NAK  kepada kepercayaan karut marut peninggalan orang orang tua kita yang telah menyekat kemajuan hidup duniawi dan kepercayaan yang melampau keatas manusia.

UMNO Kelantan telah melancarkan misi merapatkan diri dan mendapatkan kepercayaan pengundi muda di Kelantan yg berjumlah 400,000 orang.  Dengan tema “Transformasi 1Kelantan Gelombang Rakyat”, UMNO Kelantan mahu meneruskan gelombang kebangkitan yang berlaku di Manek Urai dan Galas.
Syabas kepada Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, zaman kegelapan pemerintahan PAS wajib ditamatkan segera.
Sinbab #eekaawordpresscom