Tanya pada burung Hud Hud

Bila jatuh dari jawatan, maka semua saudara mara yang dulu nya di singkirkan, terus kenal kembali.

“Oh, ini adik kak Normah ke?”.

Ya“.

Dahulunya setelah hubby menjadi menteri kak Normah pun tidak kenal, apatah lagi adik kak Normah.

Bila kita jatuh dari segala jawatan penting, maka mestinya ada sebab munasabab. Dan bila kita bertanya kepada burung Hud Hud, ini lah sedikit sebanyak jawapan nya.

Semasa anda semua baru baru menjejak dalam dunia, saudara mara lah yang memberi pertolongan. Dan setelah berjaya, sedikit permintaan dari saudara mara harus dilihat sebagai membalas budi atau mengenang jasa orang orang yang telah memberi pedoman kepada anda.

Ini diatas kapasiti sebagai individu. Bila di langkaukan kepada kapasiti masyarakat, maka anda harus berbakti kepada kaum Melayu yang telah banyak memberi pedoman kehidupan anda. Jika diatas kapasiti individu pun tidak boleh anda lakukan, bagaimana anda hendak lakukan kepada masyarakat.

Dan apabila anda berjaya atau dengan tepat suami anda menjadi menteri, jawatan itu tidak penting, malahan saudara mara serta mereka yang telah memberi pedoman semasa anda susah susah harus di rapatkan.

Sekiranya suami anda telah jatuh dari memenggang jawatan, salah satu sebab ialah kerana sikap anda yang gobrok dan tidak mengenal budi.

Sesungguhnya Tuhan itu pensyarah dan pemberi petunjuk yang amat nyata dalam kehidupan kita hari hari, lihat lah bagaimana beliau mengajar anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s