Tamat nya sumpahan Battersea dan naik ke kepala SP Setia, EPF dan Sime Darby.

oaerial

Tamat nya sumpahan Battersea.

Untuk melihat keseluruhan projek regenerasi  di bawah pembangunan bersepadu Nine Elms di South Bank, sila lihat Peta Nine Elms interactive disini.

Terdapat 24 projek besar di dalam kawasan ini. Battersea Park Power Station merupakan salah satu dari 24 projek di dalam Nine Elms di South Bank. Manakala projek regenerasi di Battersea Park Power Station pula mesti mengambil kira kos membaikpulih dan mengekalkan stesen jana kuasa letrik termasuk peralatan enjin dan segala nya aksesori kerana stesen jana kuasa itu di klasifikasikan sebagai bangunan Listed Class 11 dan menyelaraskan laluan keretapi di kawasan berdekatan.

Bagi mereka yang tidak mengenali Battersea, terutama rakyat Malaysia, maka apa yang di beritakan dengan kemajuan rakyat Malaysia membangun satu kawasan yang malap dan di anggap boleh berjaya merubah persekitaran kemajuan paling lembab di London kepada sesuatu yang menarik adalah telahan kepada kebolehan syarikat Malaysia menjalankan sesuatu kerja yang amat mencabar dan boleh di banggakan.

Battersea, dan sekitarnya, termasuk Stockwell, Brixton, Vauxhall, dan Wansworth, terletak di sebelah selatan Sungai Thames dan kawasan yang dihuni oleh ramai penduduk berkulit hitam, penduduk kaum China, Carribean, Pakistani dan lain lain bangsa bercampur. Manakala di sebelah Sungai Thames adalah kawasan perniagaan dan kediaman separa mewah seperti Victoria, Chelsea, Kinghtbrigde dan Kensington.

Walaupun kemudahan jalan raya dan keretapi ada terdapat di kawasan ini, seperti keretapi bawah tanah atau Tube di Vauxhall, Stockwell, Battersea Park, Brixton, dan setesen keretapi di Queenstown Road Station yang boleh menghubungi kawasan ini ke West End dalam masa kurang 8 minit, kawasan ini adalah kawasan pendudukan padat dengan council flat serta perumahan awam yang dikhaskan kepada warga Britain dengan harga sewa yang rendah dan dengan itu, pembangunan dikawasan baru Nine Elms harus mengambil kira kepadatan penduduk kawasan ini yang terdiri dari berbagai bangsa.

Perumahan kelas pertengahan dan kelas atas terdapat di kawasan perumahan di Kensington serta di Hyde Park, seperti di Bayswater, Queensway, dan juga di kawasan West London seperti di Mayfair.

Battersea Power Plant adalah sebuah hartanah yang di klasifikasikan sebagai bangunan “Listed 11”, yaitu harta pembangunan yang tidak boleh di robohkan serta mesti di pelihara dengan keadaan kekal oleh pemaju. Telah terdapat 3 pembida besar bagi membangunkan Battersea Park Station sebelum kejayaan kita, tetapi kesemua menempuh jalan buntu, kerana harga yang tinggi dan ketidakpastian keatas nilaian harga unit perumahan yang akan dibina.

Pada pendapat saya, harga pembidaan keatas stesen jana kuasa ini telah mengambil kira keluasan tanah yang di bina dengan jana kuasa letrik tersebut, yaitu hampir separuh dari keluasan keseluruhan pembangunan Battersea Park Power Station.

Kekuatan yang ada dan digunakan oleh SP Setia ialah pengalaman mereka membangunkan hartanah di Malaysia, walaubagaimana pun pada pendapat saya kekuatan sebenarnya adalah wang dan dana dari EPF dan Sime Darby. Dengan kekuatan dana serta kemahiran Sime Darby, serta dari EPF, projek yang di syorkan oleh syarikat Malaysia yang di kelolakan oleh seorang China telah diterima oleh syarikat GLC tersebut.

Pada pandangan saya, SP Setia mungkin tidak mengambil kira tentang corak kehidupan kaum kulit hitam dan serta pengolakan perkauman yang bergerak didalam kawasan di sebelah sini, terutama di Brixton, dimana ramai penduduk berbagai kaum terutama kaum kulit hitam yang tidak mempunyai rumah dan merupa lodger atau squatters di kawasan tersebut. Ini adalah kerana lokasi yang amat dekat dengan kawasan pembangunan yang didiami oleh kaum majoriti di London.

Di Malaysia, SP Setia boleh berunding dengan MCA supaya orang orang Melayu di layakan hanya membeli 30% dari hasil pembangunan mereka, dan sekiranya tiada pembeli meminta memansuhkan pembelian itu secara total.

Ramai pengunjung ke London tidak akan memilih untuk hidup di kawasan ini, terutama di Battersea dan Brixton. Mereka akan memilih untuk tinggal di kawasan lain yang tidak mempunyai kerenah perkauman yang tinggi,  seperti di Queenway dan West Hamsptead. Ini seperti kaum Melayu tidak suka tinggal di kawasan orang Cina dan vice versa.

Lagi pun terdapat hampir 23 lagi pembinaan yang sama di dalam kawasan ini yang boleh di pilih oleh pembeli seperti di Embassy Garden, Nine Elms Parkside, River Light, St Geoge Whaft, South Lamberth Palace, dan Spring Mews, yang terletak jauh sikit dari Station jana letrik usang London itu.

(Lihat peta interactive di atas untuk melihat kawasan pembinaan baru di kawasan Nine Elms di South Bank untuk dipilih, dimana akan anda pilih?)

Kita tidak tahu sejauh mana kepintaran SP Setia didalam urusan ini, tetapi jikalau kehilangan besar wang EPF dan Sime Darby di dalam membangunkan sebuah kawasan lembab dengan pembangunan separa mewah, ianya seolah olah seperti mencurah garam kedalam laut, serta ianya mungkin merugikan rakyat Malaysia.

Walaubagaimana pun kita beri pertimbangan yang wajar kepada mereka untuk terus melaksanakan projek regenerasi kependudukan di kawasan South Bank dan Nine Elms dan melihat kejayaan yang dinyatakan itu dimasa masa akan datang.  lagi pun ramai berpendapat bahawa projek yang rumit ini menjadi satu kebanggaan kepada syarikat syarikat di Malaysia.

PS:

1. Walau bagaimanapun, diharap pihak berwajib bukan sahaja harus meneliti perjalanan projek disini, tetapi harus menilai keupayaan pasaran mengembalikan wang pelaburan dari EPF dan syarikat GLC tersebut diatas tanpa membuat sebarang kerugian yang besar. Kita, Melayu, selalu di gunakan oleh bangsa China, baik dahulu, sekarang dan akan juga datang.

2. Ringkasan kepada pelaburan ini ialah : Anda beli sebidang tanah untuk di bangunkan dan separuh dari keluasan tanah tidak boleh di bangunkan. Malahan tanah itu kena di jaga dan pelihara macam pelihara beruk tua. Tanah di pesekitaran tanah orang miskin. Awak kena bina rumah orang kaya kerana hendak dapat balik modal keatas harga beli termasuk harga tanah yang tidak boleh di bina. Anda dimestikan pula menandingi 23 lagi perumahan yang serupa dalam pembangunan sama. Kenapa tidak beli tanah yang lebih sesuai diantara 23 pembangunan serupa di kawasan itu?. Kenapa hendak di biayai pembinaan keretapi bawah tanah dikawasan itu? Aku rasa PM Najib pun akan berkata setelah melawat kawasan itu baru baru ini “Rupanya SP Setia memang bijak bistari”.

Updated:

One thought on “Tamat nya sumpahan Battersea dan naik ke kepala SP Setia, EPF dan Sime Darby.

  1. LONDON RUMAH KU.LONDON IDAMAN KU LONDON KAMPUNGKU

    orang melayu desak: Letak jawatan tak payah tunggu tukar Presiden .
    Naikkan presiden orang melayu baru di PAU.

    arjuna waspada
    changkat lobak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s