Di Amerika, orang Amerika dibenarkan pakai pistol, di Malaysia, orang Melayu harus di beri hak pakai keris!. Setiap hari.

Kris (keris) and scabbard (Museum Volkenkunde,...

Kris (keris) and scabbard (Museum Volkenkunde, Leiden, NL) (Photo credit: Wikipedia)

Selepas British menjajah, orang Melayu tidak dibenarkan pakai keris.

Selepas Merdeka, Tunku terlupa hendak beritahu kepada orang orang Melayu bahawa larangan memakai keris di luluskan kembali seperti dahulu kala.

Orang Amerika semenjak mereka jadi cowboy pakai pistol, dan masih pakai pistol dengan lesen sampai sekarang.

Jadi saya memohon PM Najib meluluskan supaya semua orang orang Melayu memakai keris mereka di pinggang seperti zaman dahulu kala. Ini kerana, Tunku sudah terlupa untuk membuat pengistiharan bahawa keris boleh di gunakan semula setelah merdeka dan larangan orang putih itu sudah di tarik balik.

Peminat keris,  sila jual keris, terutama jenis hebat hebat seperti Taming Sari dan sila pakai laser untuk membuat keris abad zaman changgih ini. Mungkin keris boleh di lempar dengan mengunakan cahaya laser dan teknologi terbang ghaib. (Keris yang ada pistol didalam nya tidak dibenarkan, kerana itu sudah jadi bukan keris).

Harap permohonan untuk meluluskan supaya orang orang Melayu di benarkan membawa keris kemana mana demi menjaga keselamatan diri dan keluarga masing masing ini diambil perhatian.

Ini adalah adat Melayu, dan saya, Hang Tuah, cukup akal dan sudah cukup umur, seorang Melayu tulin, dengan ini memohon supaya Keris dibenarkan untuk di pakai oleh saya kemana mana, dan jikalau tidak kerajaan telah melanggar hak kebebasan asasi mutlak saya mengamal budaya keturunan Melayu saya zaman berzaman.  Dan saya akan cabar keputusan tidak membenarkan bawa keris,  jikalau kerajaan masih berdegil, tidak membenarkan saya membawa keris seperti mana amalan budaya saya dari zaman berzaman diatas fakta menyekat hak asasi saya dari mengamal budaya nenek moyang datuk nenek dan emak babak saya yang saya kasihi. Di harap semua pemuda Melayu bersiap sedia untuk beli dan tempah sebilah  keris.

Saya yang amat benar,

Hang Tuah.

PS: Sepatutnya, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Hassan Ali dan lain lain hari ini membawa dan memakai keris, keris panjang dan pendek, serta semua pengikut mereka ke tempat Vatican membawa tombak tombak dan meriam meriam sebagai simbol persahabatan dan tunjuk bahawa kita berani. Jikalau ada sila bawa grenade launcher sekali. Baru betul boss.

Apa pulak British benarkan kita pakai keris semasa kenduri khawin dan bersanding sahaja. Keris ini tak payah tunjuk di persandingan. Keris lain yang harus di pamerkan.

.

4 thoughts on “Di Amerika, orang Amerika dibenarkan pakai pistol, di Malaysia, orang Melayu harus di beri hak pakai keris!. Setiap hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s