Kesan positif dari jentera penguat kuasaan kerajaan, minta kaum Melayu Kuala Besut faham bahawa kerajaan masih mengutamakan agama kita

Model of Majapahit ship. This model represents...

Model of Majapahit ship. This model represents a characteristic Majapahit ship, a bahtera, a product of the kingdom’s expert craftsmanship which travelled the seas to trade and to acquire new territories. (Photo credit: Wikipedia)

Pasangan duo yang angkuh dengan sebaran gambar menghina umat Islam sedang berpuasa telah pun di kenakan tindakan yang sesuai dengan kelakuan mereka. Dan ini pasti menunjukan kepada kita bahawa kerajaan Najib masih lagi terus mengawal selia jentera penguat kuasaan kerajaan dalam menanggani isu cemuhan dan kehinaan kaum Cina keatas umat Islam, atau kita semua, orang orang Melayu.

Sesungguh nya, di negara kita ini orang orang Melayu atau Islam terutamanya, tidak melangkau sempadan agama, maka kejadian dimana perusuh Islam menyerang bangsa beragama lain tidak pernah berlaku seperti mana terjadi di barat atau lain lain negara di Asia Tenggara. Malahan telahan mengatakan penganut Islam adalah pengganas di negara ini tidak timbul sama sekali.

Apa yang berlaku di negara lain, amat berbeza dengan apa yang berlaku di negara ini, dimana umat Islam adalah pendamai yang mutlak.

Di negara negara lain umat Islam di salah ertikan sebagai pencetus keganasan. Dan dengan kemajmukan rakyat di negara kita, pandangan yang mengatakan Islam itu agama ganas telah terbawa bawa kedalam minda kaum muda. Apabila pandangan yang bersangkut paut dengan agama, seperti kegunaan nama Allah, dan ianya mendapat reaksi yang mencabar dari umat Islam di negara ini, emosi orang muda kaum lain telah beranggapan bahawa sememangnya umat Islam suka membantah. Dalam negara demokrasi seperti Malaysia, dan kuasa politik China yang semakin berpihak kepada DAP, ramai pemuda China cuba menunjukan bahawa dalam sistem demokrasi di negara ini mereka juga berhak untuk bertindak melawan umat Islam atau Melayu.

Cumanya corak atau cara melawan tanpa ilmu agama Islam itu sendiri, menjadikan pergerakan melawan kerana demokrasi dan hak asasi telah di gunakan secara menghina agama Islam.

Dengan tumpul nya pengetahuan agama dan sejarah Islam, maka kita dapati kaum China di Malaysia telah melakukan satu kesalahan besar seperti mana pihak barat telah lakukan.

Pandangan saya, sejarah agama serta tamadun kemajuan agama Islam dan lain tamadun harus di ajar disemua institusi pembelajaran China, dan dengan pengetahun luas, mereka tidak akan terpengaruh dengan anasir barat yang sememang nya anti Islam berdasarkan intipati mereka membangunkan sebuah negara mereka yang berteraskan nilai nilai agama Kristian. Ingin di beritahu, bahawa Perang Salib telah lama berlaku, tetapi ianya belum tamat.

Untuk penduduk Kuala Besut, terutama yang berkata kerajaan tidak mengambil berat atau memainkan peranan dalam mengawal kemarahan umat Islam dengan penghinaan kedua pemuda dan pemudi Cina tempuh hari, diharap mengambil iktibar dan terus menyokong kita, umat Melayu Islam, di pihak BN, semoga dengan sokongan ini kerajaan Melayu Islam dapat membangunkan pembangunan serata untuk semua kaum terutama nya kaum Melayu didalam mengendalikan kehidupan aman damai tanpa perlu mencemuh agama lain. Ini negara Melayu, dan tentu nya Melayu penyelamat agama mereka dan pelindung atau payung umat umat bangsa yang beragama lain.

Sekian. Selamat mengundi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s