Saya pun puji Nazir, seperti Lim Guang Eng cakap.

Saya puji Nasir Razak.

Bukan sebab dia tu Melayu maka CIMB jadi besar dan terkenal serta menduduki tempat kedua perbankan selepas Malayan Banking di Malaysia. Sebab dia pandai lah.

Dulu siapa hendak buka akaun di Bank of Commerce. Tiada siapa. Selepas Bumiputera Investment Bank beli BoC dan gunakan jenama CIMB, sedikit demi sedikit BoC yang di ketuai oleh kaum India menjadi bank multracial yang telah di ubah oleh Nazir.

Bukan sebab dia tu Melayu, you know, kerajaan beri mereka berbagai bagai kemudahan seperti menjadi bank peneraju penyenaraian Synergy. Ratus million mendapat fee. Bukan sebab dia Melayu kerajaan beri dia handle penyenaraian FGV Felda. Fee juga beratus million. Sebab dia sebuah bank yang ada pakar pakar yang hebat. Kalau engkau, Melayu koman buat tentu tidak di beri kerajaan kerana engkau bukan pakar bro.

Engkau ingat senangkah hendak beli sebuah bank? Bukan sebab dia tu Melayu maka boleh beli BoC. Sebab dia pakar, boleh beli lah. Engkau pakar apa? Hendak pinjam bank pun nama tak boleh pakai. Blacklist. Jadi engkau terfikir hendak beli bank?. Fikir baik baik sikit bro.

Engkau ingat kerajaan tolong Melayu yang kena blacklist ke?. Kalau tak kena blacklist oun pun nama hang Bin Sudin Busu, siapa kenal?. Engkau kena jadi seorang pakar yang ada ilmu untuk beli bank. Kalau bab ilmu hanya pandai baca Yasin dan buat joke agama seperti Azhar Idrus tu, hang jangan harap hendak ubah sebuah bank India kepada sebuah bank Multiracial dan multinational.

Bukan sebab dia Melayu bro, maka kerajaan beri kemudahan untuk menolong beliau berjaya. Sebab dia tu pandai. Hang pandai tak?

Malayan Banking pun nampaknya  kurang ada kepakaran dalam hal penyenaraian kompani besar seperti Synergy dan FGV sebab itu tidak dilantik oleh kerajaan sebagai ketua bank didalam penyenaraian tersebut. Hang ingat apa?.

NUBE pun puji dia, sayang sangat pada dia. Hang tau tak.

Itu sebab aku cakap, kita puji dia lah. Apa kita hendak cakap benda lain. Tantang Melayu tu tak payah cerita lah. Apa hendak cerita.

nazir razak cimb

Tauke Judi di Genting Highland pandai dapat gaji 106.65 Juta setahun. Nazir baru RM12 juta. Kalau Melayu pandai pun, tauke judi dapat gaji lagi besar bro dari dia. Pandai Melayu sikit saja. Pandai lah China lagi. Apa macam?.  Kita belum ada Melayu gaji 300 juta setahun.

PS: Aku Cindia. China campur India. Pun tak leh pakai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s