Parti PAS bukan nasionalism dengan itu ianya parti antara galaxies

Seperti apa yang terkarang dalam buku buku beliau, Nik Aziz berpandangan bahawa Parti PAS adalah sebuah parti kepada umat dunia dan umat galaxies seperti malaikat dan jin jin.

Tidak salah beranggapan sedemikian kerana memang benar Islam adalah sebuah agama untuk semua umat dunia dan juga umat alam ghaib.

Tetapi apabila berkisar kan kepada hanya untuk memerintah sebuah negeri, definasi keatas sebuah parti dengan kewibawaan sebuah agama yang telah di bawa oleh seorang Nabi amat besar beza nya.

Agama Islam di bawah pemerintahan Nabi meluas sehingga seluruh dunia, manakala kewibawaan PAS hanya tertumpu di Kelantan dan beberapa serpihan kawasan di negeri negeri lain secara kecil kecilan. Malahan kewibawaan Nik Aziz mempromosikan agama Islam secara berparti dengan lambang PAS terhempit dan mengecil dari Kota Bharu ke Tanah Merah, dan kawasan pengaruh kekuatan Islam beliau semakin mengecil sekitar kawasan Kota Bharu sahaja.

Sedangkan pengaruh Islam yang di bawa Nabi semakin membesar keseluruh negara dunia. Tiada siapa kenal PAS dan Islam nya di benua Afrika, Latin Amerika dan Europah, sedangkan angan angan serta cita cita beliau mengutus berita bahawa PAS itu for all. Seperti politik Nabi.

Dari kalangan Ahli Parti DAP sendiri tiada seorang pun kaum Cina chauvinist tersebut memeluk agama Islam PAS.

Cita cita Nik Aziz mengembangkan Parti PAS di antara umat di Malaysia dengan mengunakan cara berpolitik Nabi di dalam mengembangkan agama Islam bukan sahaja tidak berjaya malahan menunjukan kelemahan beliau yang amat jauh dari kejernihan dan kebesaran Nabi Muhamad sendiri yang di pimpin oleh Allah. Bila beliau menyamakan kepimpinan beliau dengan kepimpinan Nabi Muhamad maka disini lah letaknya perbezaan penyampaian kepada politik PAS dengan kebolehan politik Islam sebenar yang di bawa oleh Nabi Muhamad SAW.

Perbezaan ini meletakan PAS sebagai sebuah parti meniru sebuah empayar Islam yang besar, sedangkan keupayaan para ilmuan PAS sangat terhad. Jikalau tiada seorang pun kalangan ahli Pakatan memeluk Islam dengan slogan PAS for all, apa lagi di kalangan orang orang yang tidak mengenal PAS seperti kaum Cina Islam di negara Cina.

Dan dengan itu, PAS adalah juga sebuah parti nasionalist berharap kepada penyokong atau peminat dari kalangan mereka walaupun dengan lantang menolak kerana UMNO sebuah parti kaum Melayu dan nationalist.

Selamat Tinggal Nik Azz dan selamat bersara. Harap harap kaum di Planet Mar dan Jupiter memeluk Islam kerana anda dan parti PAS. Sudah sudah lah, tiada siapa boleh lawan Nabi Muhamad didalam semua segi dan keagongan nya. Tidak Nik Aziz dan tidak PAS.

20130515-191833.jpg

Tempat di mana Nik Aziz bercita cita menjadi orang seperti Nabi dengan mengajar agama Islam. Berapa ramai non Muslim masuk Islam menerusi politik yang di bawa nya itu? Dan berapa ramai yang terpesong dengan fatwa nya? Ini beza Nabi dan orang biasa yang bercita cita luar biasa.

Dan diantara misi besar Islam PAS adalah ke Menuju ke Putra Jaya, seperti papan Tanda di markas Nik Aziz di Kota Bharu (gambar di atas). Ramai lagi umat dunia tidak kenal Islam seperti orang orang di Kutub Utara. Kalau betul mengamal ajaran Pas untuk Islam for all kenapa tidak tubuhkan cawangan Pas di Kutub Utara? Ini bukti PAS adalah parti seperti lain lain parti politik dunia yang ingin berkuasa tetapi malang nya hanya meniru politik Nabi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s