Melayu professional di bandar tolak BN kerana polisi BN tidak menolong mereka

Ramai Melayu urban terdiri dari golongan professional.

Iaitu mereka yang berkerja sendiri dalam bidang masing masing.

Seratus peratus mereka ini adalah golongan yang di beri kemudahan pelajaran dari dasar kerajaan kepada orang orang Melayu seperti kemudahan pinjaman pelajaran seperti biasiswa.

90% daripada mereka berkelulusan dari luar negara, dan di terima sebagai proefssional luar negara dan berdaftarkan oleh badan professional dalam negara.

Mereka ini mencebur diri dalam semua bidang termasuk kedoktoran, pakar dan juru juru didalam semua bahagian penting.

Malang nya, kepandaian dan pengiktirafan professional mereka itu tidak di terima oleh semua syarikat GLC dan badan badan Kerajaan melainkan dengan berdaftar dengan syarikat syarikat tersebut. Pendaftaran dengan syarikat kerajaan pula dilihat sebagai satu kerja susah dan di bayangi dengan kegiatan rasuah yang melampau. Sebagai contoh, Melayu bertaraf elite di benarkan berdaftar, dan mereka dari kampung kampung dibiarkan tanpa berdaftar.

Pendaftaran ini dilihat oleh para pengundi Melayu sebagai tempat rasuah yang amat memalukan. Contoh, untuk di beri kerja, 10 hingga 30% hasil dari kerja itu harus di beri kepada mereka yang berada di dalam syarikat syarikat tersebut. Ini termasuk di bank bank, dan lain lain syarikat GLC. Semua orang tahu perkara ini termasuk professional Cina dan India.

Ramai pengundi muda yang ingin memulakan kehidupan sebagai professional bertauliah menghadapai perkara yang serius ini dan mula membenci BN kerana bagi mereka sistem ini di mulakan oleh kerajaan BN dan harus menghadapi perbuatan rasuah yang serius.

Pendapat aku senang saja. Tak payah berdaftar lah sekiranya mereka ini sudah di terima sebagai professsional oleh badan badan professional dalam dan luar negara. Buat undang undang menerima mereka tanpa perlu berdaftar. Maka dengan itu mengurangkan bentuk rasuah di badan badan atau syarikat syarikat GLC ini. Jikalau di luar negaraprofessional berdaftar dengan badan professional diterima tanpa berdaftar dengan syarikat syarikat dengan jelas mengapa perlu di adakan di Malaysia.

Polisi ini bermula dari sikap kerajaan yang ingin tolong syarikat Bumiputera sekitar tahun 1970 an dengan mendaftarkan mereka tetapi sejak sekian lama ianya telah menjadi barah dalam sistem yang tidak memberi faedah kepada Melayu kerana kegiatan rasuah itu di benci oleh orang orang Melayu beragama Islam. Semua benci rasuah, Cina atau Melayu.

Benci mereka ini meluat luat sehingga sanggup untuk menjadi balaci DAP kerana ramai professional dari ahli MCA dan UMNO mendapat habuan yang besar dari sistem berat sebelah ini.

Cina DAP benci kerajaan kerana MCA dapat habuan dari sistem ini. Melayu benci UMNO kerana Melayu UMNO juga mendapat faedah dari sistem berat sebelah ini. Walaupun mereka semua berdepan dengan rasuah yang kronik. Dan di cap sebagai pengamal rasuah.

Sesiapa yang ingin menjadi professional di dalam negera ini kena ikut sistem ini. Tak ikut hidup miskin, dan akan tidak berjaya dan tidak dapat mengembangkan kerja kerja proefssional mereka serta mengambil pekerja baru dari kalangan orang orang lepasan Universiti tempatan atau luar negara.

Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi merekalah yang menjadi ketua ketua atau dalang yang membawa kaum muda menentang BN dan UMNO.

UBAH lah. Jikalau mahu berubah. Jikalau tidak Melayu bandar akan terus lupakan UMNO.

14 thoughts on “Melayu professional di bandar tolak BN kerana polisi BN tidak menolong mereka

  1. Pandangan saudara kurang jelas. Sebenarnya untuk menjadi professional itu ada penilaiannya. Setelah diiktiraf sebagai seorang professional, ia ada tugasan dan tanggung jawab yang amat berat untuk dipukul bagi melaksanakan tugasan dan perjanjian yang diberi. Yang penting ia mestilah mempunyai pengalaman yang cukup untuk menjadi seorang professional. Umpamanya sebagai seorang Jurutera Awam dan Struktur, siapakan yang akan dipersalahkan jika jambatan yang dibina itu roboh. Pandangan saudara itu memerlukan bukti yang kukuh diatas tuduhan merasuah kaum professional padahal mati dan hidupnya sesebuah syarikat itu bergantung diatas tanggung jawab dan tindakan pehak perofessional itu. Yang penting, orang Melayu mestilah terus berusaha dengan giatnya untuk menjadi seorang professional yang berdaftar. Saya tahu orang Melayu kurang berdaftar dengan badan2 professional kerana kurang faham tentang keperluannya dan tiada pengalaman kerja yang sesuai untuknya. Dengan itu saya, sebagai seorang Professional Melayu juga, mengharapkan agar orang2 Melayu yang berkelulusan itu berdaftarlah segera untuk menjadi seorang professional.

    • Saya rujuk yang berdaftar. Jikalau mereka sudah di terima oleh badan professional dunia dan dalam negara, maka mereka bertanggung jawab. Professional indemnity insurance harus menjadi tempat bergantung. Di paksa berdaftar dengan syarikat disini dan mendapat kerja dengan mengamal rasuah.

      Ramai yang tidak nampak. Cuma mereka yang berada diatas sahaja tahu. Sudah mejadi amalan biasa. Dan ini harus di perbetulkan sekiranya kerajaan betul betul serius didalam membenteras rasuah.

  2. Very.. very..true!

    Even nak dapat projek dari Kompani A termasyor di dunia (tempat org2 yg alim bekerja tu) pun kena ‘bayar’ kepada pegawai yg bawa kita masuk ke dalam bilik interview.

  3. Inikan procedure biasa. Cuba admin tanya Petronas, Shell, Wolkswagen, HP Setia, waima Boeing dan Airbus sekalipun. Klu nak buat apa2 projek atau kerja dgn diorg ni pun mesti kena daftar.

    • Ya, sebab biasa lah tiada orang peduli. Tetapi kejayaan kompani Melayu bergantung kepada isu ini. Tak dapat kompani akan lemah dan tidak maju. Jadi ramai para graduan tidak dapat di ambil berkerja dan di latih oleh mereka. Ramai tidak dapat berkerja sebagai professional.

      Dan ini lah jalan untuk mereka menolak BN dan mendengar propaganda DAP, PKR dan PAS.

      Kita mahu mereka ingat kita dan undi UMNO atau BN.

  4. Dlm bidang aku, kejuruteraan, aku merupakan jurutera professional. Dalam urusan pendaftaran dgn kerajaan utk mendapatkn projek2 kerajaan, tiada masalah kalau mengikut prosedur2 ditetapkn. Tetapi bilamana dh daftar, nk dptkn projek tu yg musykil mcm mana kriteria diberi projek. Aku dh daftar lama dh dgn kementerian kewangan dan kem pendidikan, tpi dlm pemberian projek sekolah mmg aku pelik. Ada yg baru je 6 bln daftar dan buka syarikat , dah dpt projek. Mmg aku dgr ada sesuatu yg x betul dlm pemilihan tu. Walaupn aku sbg syarikat bumiputra, dan dah berthn2 daftar dgn kem kewangan dan pendidikan, aku masih tidak dpt mana2 projek kerajaan. Aku tidak kisah dan bersyukur walaupn aku tidak dpt projek kerajaan, aku dpt bnyk projek2 dari syarikat2 GLC. Aku tidak perlu rasuah mana2 pegawai2 GLC utk dpt projek2 itu, Hanya perlu tunjukkn performance aku, itu je. Bkn semua GLC ada bentuk2 rasuah mcm dickpkn tu. Mungkin ada, tpi dlm kes aku, aku tidak perlu lakukn semua itu, walaupn aku yakin masih wujud dibbrp tempat2 lain. Aku tahu kerajaan sdg berusaha membenteras perkara ini, dan ia mengambil masa, bkn sekelip mata. Jadi…bgilah peluang kpd kerajaan. Walaupn dgn masalah spt diatas, aku masih tetap menyokong BN, sbb memikirkn mudarat yg akan lebih bnyk dibawa PR. Dgn geng DAP yg makin kurang ajar, dan PKR sering mengikut telunjuk DAP. PAS….minta maaf aku ckp…buat masa ini, terlalu hampeh. Ckp x serupa bikin. Kt ceramah/khutbah berapi2. tp diperingkat perlaksanaan, membuat keputusan, strategi mmg teruk sgt2. Senang lihat, dlm katanya bekerjasama dlm PR, masih lagi PAS hantar wakil kt kws2 ditandingi parti PKR. Sikap mcm tu akan buat org hilang kepercayaan terhdp PAS. Bgi penyokong tegar, pemimpin PAS buat apa pn, tetap dianggap betul. Xde silapnya. Kalau lagi bersikap mcm ni, aku x nmpk PAS akan berjaya. Kena lakukn bnyk perubahan dari dalaman PAS sendiri. Buang sikap membenci yg ditanam dlm tiap ahli PAS sejak dulu lagi. Sya nmpk kebencian yg ditaman tu keterlaluan. Yg rugi…umat islam secara keseluruhan. Bkn sya nk kata UMNO baik semua, UMNO sama juga. ada kelemahan2 yg perlu diperbaiki. Paling terbaik, UMNO dan PAS berbincang mencari formula utk bekerjasama demi kepentingan agama islam dan bangsa melayu. Minta PAS jdi lebih bijak mcm ulama2 zaman dahulu. Jgn jadikn dendam sbg batu penghalang. Masa PRU12 aku undi PKR. Tapi utk kali ini aku kena undi BN, sbb aku tidak nmpk untung kpd islam dan melayu kalau aku undi PR. PAS di dlm PR….aku hanya nmpk jln mati kpd perjuangan islam.

  5. Inilah Melayu,kononya profesional ,tapi tak haabis-habis nak minta pertolongan.Dapat taraf profesinal pun tentu kerana pertolongan kerajaan tapi budi perkerti jahat,sombong angkuh dan tak mengenang jasa.Kerajaan di benci oleh org Cina,kerana langkah-langkah kerajaan menolong mereka inilah dulu ,pencapaian akedemik tak seberapa tapi di beri tempat yg baik,kalau sisitem merit di laksanakan mereka ni entah kemana je,tapi bila mereka dah bertaraf profesinal(kononnya lah,tapi ramai mereka ni bertaraf amature sebenarnya mengaku profesional).Melayu macam ni patut di lupakan saja oleh Kerajaan,mentalaiti subsidi sampai mati.Aku pun profesinal dan jalankan usaha sendiri,tapi sekali pun tak merungut utk dapat bantuan,sedangkan ramai rakan-rakan yg berpengaruh,tak pernah aku minta bantuan.Dulu aku sokong pembangkang ,keran Umno jauh menyimpang,tapi sekarang bila dah nampak perubahan dan masa depan org Melayu tercabar,aku kembali sokong Umno dan bekerja keras dalam p.raya yg lalu.Aku sikit pun tak sokong kalau kerajaan terlalu memberi muka pada puak’profesinal’Melayu ni.Halau saja mereka supaya pergi minta bantuan dari DAP,kalau yg berkeja suruh mereka cermin diri dan berambus minta kerja dgn syarikat Cina.

    • Tiada sebab hendak di kata kan mereka ini konon konon professional. Mereka memang di iktiraf sebagai professional dan ahli koperat badan proefssional dunia dan dalam negara. Jadi kita tidak boleh kata kan mereka ini “konon” nya professional.

      Mereka tidak perlu pun minta tolong daripada kerajaan. Kita tidak pernah dengar mereka mengeloh didalam sebuah forum terbuka.

      Mereka professional dan lebih melakukan secara diam dari membuat bising.

      Sebaliknya, kerajaan sekarang ini minta tolong dari mereka. Tolong lah undi BN!!. Tetapi mereka undi DAP, PAS dan PKR. Sedangkan bagi aku, BN lah pemberi scholarship dan sebagainya. Bals budi boleh apabila mereka berduit dan berjaya. Jika tidak berduit atau tidak berjaya hasil dari sistem ini, maka macamana mereka nak balas budi kepada bangsa mereka?

      Sebab apa? Ini lah sebab nya. Nak cari makan setelah menjadi professional sebagaimana kerajaan suruh mereka jadi, susah dengan keranah bureaucrat yang melampau batas dimana amat memberi peluang kepada amalan rasuah.

      Mereka boleh buat kerja sendiri. Professional boleh jalankan kerja di mana mana. Yang menjadi masaalah, bila kerja dari kerenah berdaftar dengan syarikat dalam negara seperti bank bank dan lain lain, maka peluang itu ternyata kurang kepada mereka yang tidak mengamal rasuah.

      Maksud disini, berdaftar dengan syarikat memberi peluang kepada perasuah. Jadi buat apa berdaftar jikalau kita tidak mahu merasuah?. Ramai mereka ini menjadi agen kepada DAP setelah frust tidak boleh menjadi professional dengan kapasisti sendiri sebagai professional bertauliah dari badan proefssional dari dalam dan luar negara yang di iktiraf oleh kerajaan sendiri.

      Jikalau sudah bertauliah dengan badan professional luar negara mengapa perlu berdaftar lagi dengan syarikat di sini. Salah satu faktor mengapa professional tidak ingin balik berkerja di Malaysia.

      Yang perlu di lihat, kerajaan harus bertimbang rasa kepada pengamal baru yang ingin mencebur diri tanpa berkerja dengan kerajaan.

      Golongan ini lah yang lari dari “support” BN dan UMNO. Kerana mereka nampak ketidakadilan dalam isu remeh seperti ini. Jikalau didalam negara komunis sistem terlampau berbureakarsi ini di pandang biasa, tetapi kita mengamal sistem ekonomi terbuka yang meluas.

      Sperti perkataan “Bertauliah tetapi tidak boleh jalankan kerja professional mereka” jikalau tidak merasuah. Baik kerja di England atau di Amerika, kata mereka.

      • Elok lah Para profesional Malayu tu pangkah DAP nanti DAP akan tolong mereka ni semua.,Anwar pun akan tolong mereka walau pun selama berbelas tahun aku dlam PKR satu agenda Melayu pun aku tak nampak di rangka atau di bincangkan,Pas pun macam tu akan tolong Melayu walau pun sayang pada bangsa Pas aanggap assobiyah dan sesat.Bila BN menang ,mukla lah puak ni cari alasan mengapa mereka tak pangkah BN,supaya BN maafkan dan pujuk mereka dan beri projek pd mereka.Memang profesional cara mereka ni.Kalau BN kalah tentu lain pula cerita puak profesional ni.

      • Ya. Pangkah lah PAS dan DAP.

        Apa nak buat ya dak.

        Lagi pun professional katakan. Ada lah 4 hingga 5000 orang dan termasuk yang berkerja dengan mereka tu adalah seramai 200, 000 seluruh negara. Kecik punya hal. Apa BN nak peduli ya tak!,

  6. Chinese Companies do not care if you are in their panel or not. ONLY when pressured by government such as in the banking industry, they (the companies) follow that rule. If you are a member of professional bodies local or from oversea and your names are in the list of that professional bodies, mostly all Chinese companies (privately owned) appoint you to do work as a professional as you are qualified. No bias here. So that is why DAP Chinese can get the Malay’s sympathy and these Malays, you like it or not, shun away from BN who they thought initiated such a bias rule.

    Its all about Malay Malay Malay. You know. But when Malay ask to join, money money money please. So something is wrong here somewhere, I think.

  7. mcm tak relevant ajer…rasuah tu terletak pada diri individu itu. bukannye company atau system. bila berdepan dgn masalah ini apa yang profesional tu buat? adakah dia melapur kan rasuah yg berlaku itu pada pihak berkuasa? tidak bukan. mereka takkan lapur kan sbb mereka lebih penting kan diri sendiri sbb nak dptkan project dr GLC.

    • Ramai firm tidak bersusah payah untuk berdaftar atau minta panel. Mereka lebih kepada keperluan client. Sesiapa perlu khidmat mereka mereka kan buat. Jika syarikat atau bank tak terima kerja mereka bank atau syarikat itu punya pasal. Ini berlaku kepada firm yg telah lama beroperasi. Firm baru yang mempunyai masaalah.

      Aku cadangkan kepada firma baru jikalau bank atau syarikat tidak terima kerja kerja anda kepada client anda, anda saman saja bank atau syarikat itu kerana tidak mengiktiraf kerja anda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s