Arif Sabri Sakmongkol kawan baik Aspan Alias, kalah di P80 – Raub.

Arif-Sabri 300x223

Arif Sabri calun Dap di P80 yang telah mengantikan Abu Bakar Lebar Sudin DAP akan kalah seperti Abu Bakar juga.

Abu Bakar kalah pada Yen Yen dengan undi sebanyak 15, 326 berbanding Yen Yen dengan undi sebanyak 18, 078. Dan semasa itu terdapat seramai 46, 454 pengundi berdaftar di P80 Raub. Dengan tindakan mengonyang BN pada PRU 2008, jumlah mereka yang keluar mengundi merosot keparas 76.2%.

Walaupun merosot, BN masih menang di P80.

Pada masa ini jumlah pengundi berdaftar meningkat kepada 7,760 orang atau 17% dari jumlah pengundi pada tahun 2008.

Di  kawasan P80 terdapat pecahan mengikut kaum iaitu anggaran 49.12% Melayu (26,630), 43.51% Cina (23, 588), 6.48% India (3, 513) dan lain lain 0.90% (483).

Keadaan semasa menjurus kepada keunikan BN manakala DAP telah menjadi kucar kacir dari isu kalimah Allah dan pilihan PM dan ini akan menjurus kepada peningkatan kemesraan terhadap pengaruh BN dari pengaruh DAP.

Faktor calun pula, Arif Sabri mempunyai peminat dari urban voter di Kuala Lumpur, Ipoh dan Penang, dan pengaruh beliau dengan menghentam BN dengan berbagai bagai isu lama, walaupun BN telah berubah dari lanscape politik beliau kepada politik perpaduan, dimana bergantung terus kepada calun BN Datuk Ho Kai Mun yang banyak berjasa kepada semua kaum di kawasan itu.

Jasa Arif Sabri di Pulai Manis yang mempunyai pengundi berdaftar kurang dari 18,000 orang tidak memadai untuk memberi beliau lonjatan besar yang berkesan dalam kawasan campuran besar iaitu 54, 214 orang.

Dengan peminat Cina kepada DAP, saya berpendapat beliau boleh mendapat undi Cina sebanyak 50% dengan perpaduan beliau dengan DAP di Dun Tras, dan 30% dari undi Melayu dari kekangan PKR di Adun Batu Talam, dan PAS di Dun Dong dan lebih kurang 50 orang dari orang orang Asli dan lain lain.

Dengan itu beliau mungkin akan memperolehi sebanyak 19, 800 undi mengalahkan undi yang telah di lakukan oleh Yen Yen pada 2008, tetapi kalah dengan Datuk Ho Kai Mun yang akan memperolehi undi sebanyak 23, 500 undi. Jumlah keluar mengundi pada PRU 13 akan meningkat disebabkan kemeriahan PRU 13 yang sudah dilihat di merata tempat di seluruh negara, InshaAllah.

Akan masuk kubur lah Arif Sabri, seperti lain lain calun DAP Melayu, sama dengan Abu Bakar Lebar Sudin yang sudah tidak tahu di mana beliau berada dalam DAP.

Kesalahan beliau yang amat besar ialah bersekongkong dengan DAP dalam isu kalimah Allah akan di tolak oleh orang orang Islam Melayu di P80, walau pun beliau pessimistic untuk merubah kaum Melayu menerima DAP.

Selamat Tinggal Syokmungkol. BYE BYE DAP.

PS: Kita laksanakan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mereka akan laksanakan RM1M (Ringgit Malaysia 1Juta).

One thought on “Arif Sabri Sakmongkol kawan baik Aspan Alias, kalah di P80 – Raub.

  1. Maaf saya terpaksa memberi pandangan yg berbeda.Parlimen Raub sebenarnya kritikal,bila DAP meletakan calun Melayu,kerana pengundi di sana sudah lama sangat berharap seorang calun Melyu di hantar utk kerusi Parlimen di sana.Pada pilihanraya 2008,saya sebagai salah seorang pemimpin PKR Pahang,di pelawa oleh PKR Raub utk bertanding di sana,tapi saya menolaknya kerana saya tidak berminat utk menjadi wakil rakyat.Mengikut Ketua Cabang PKR Raub peluang utk saya menang adalah cerah kalau saya bertanding di sana,memandangkan penampilan dan latar belakang saya yg agak baik,tapi saya tetap menolaknya kerana menjadi wakil rakyat bukanlah cita-cita saya.Kata pemimpin PKR Raub tersebut terbukti ada benarnya bila keputusan pilihanraya 2008,menunjukan BN menang dgn mejoriti yg jauh lebih kecil,walau pun calun yg bertanding agak lemah dan latar belakangnya tidak seberapa.
    Berdasarkan keputusan piliharaya 2008,menjadikan DAP berasa yakin utk menang tambahan pula mereka mempunyai calun Melayu yg agak berwibawa(wlaupun pengkhianat bagi Umno/BN),oleh itu DAP mengambil semula kerusi tersebut dari PKR.
    Saya telah turun ker Raub beberapa hari lalu dan sempat mengikut rombongan YB Ho berkempen di kawasan pengundi Cina.Apa yg saya dapati,sokongan pengundi Cina tidak menggalakan.manakala di kawasan pengundi Melayu saya kurang pasti,kerana belum mengikutinya kesana.Tapi saya menjangkakan pengundi Melayu ramai akan memberi undi kepada Dato Sak,atas faktor Melayu dan juga kejayaan Pas dan PKR melembutkan pandangan org Melayu terhadap DAP,manakala pengundi Cina akan memebri lebih undi kepada Dato Sak kerana calaun BN kurang Ummphnya berbanding dgn YB DS Eng Yen Yen dulu.
    Saya ke Raub kerana ingin membantu,tapi mungkin kehadiran saya tidak begitu di perlukan.Banyak perkara yg boleh saya dedah dan konsi bersama pengundi Melayu Raub,agar mereka dapat membuat pertimbangan yg wajar sebelum mengundi calun Melayu DAP.Saya sempat meninggalkan satu pendrive pendedahan mengenai agenda DAP oleh EnRazali bekas org kuat DAP PP,utk mereka sebarkan ,tapi tak tahulah apa yg mereka buat dgn nya.Selain daripada itu,sebagai bekas org kuat PKR yg hampir dengan Ketua Umum banyak lagi idea dan pendedahan yg ingin saya buat di Raub berkaitan dgn Pakatan Rakyat khususnya PKR,demi menghalang kemenangan DAP .Tapi sekarang saya sudah mempunyai tangung jawab di tempat lain,dan terpaksalah menguburkan hasrat saya utk ‘berkerja’ di Raub.Semuga org Melayu Raub tidak memilih DAP dan kekal menyokong BN,walau pun calaun DAP adalah Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s