Kenapa Mike Taisyon Join PAS

ku_yahTan Sri Muhamad Taib Muhamad, memang terkenal di Selangor dan Malaysia. Mantan MB Selangor.

Dia meninggalkan UMNO dan bersama PAS minggu ini, setelah mendiamkan diri beberapa waktu yang lalu setelah berhenti dari menjadi MB Selangor.

Dari pandangan saya orang biasa menumpang hidup mencari makan di Selangor, tiada apa apa benda baru yang telah di lakukan oleh beliau yang saya boleh tulis untuk memberi gambaran perubahan kepada saya dan lain lain penduduk Selangor seperti saya.

Apa yang pasti ialah saya dapat menjadi warga Selangor tanpa bantahan dari penduduk jati Selangor.

mtaib2_343109293

Nada dan lagu yang di dendangkan oleh Mat Taib semasa mempelawa rakan rakan UMNO keluar bersama beliau mengundi calun PAS ialah agama Islam, roh Islam, dan kepimpinan Islam, yang di yakini oleh beliau ada lah paksi utama parti PAS.

Dan dengan begitu, pada pandangan beliau walaupun UMNO di diri kan dengan roh Islam, ianya masih belum sampai kepada roh Islam yang beliau yakini.

Sebagai MB Selangor, keterampilan beliau sebagai pejuang roh Islam berhasil di lihat bila beliau mengawini puteri Sultan Selangor, secara diam diam. Juga beliau telah betul betul memperkasakan bahasa Melayu, iaitu bahasa orang orang Melayu yang di kenali sebagai umat Islam, selepas mengakui bahawa beliau tidak faham bahasa bahasa lain selain bahasa Melayu, setelah sejumlah besar wang Malaysia di temui oleh polis Australia ada dalam simpanan beliau.

Sekiranya ini perkara perkara roh Islam yang di temui di dalam parti PAS dan tidak ada dalam UMNO, maka beliau tidak perlu masuk PAS, beliau juga boleh menemui roh Islam sebegitu di dalam parti parti lain seperti PKR dan DAP.

Jikalau roh Islam yang ingin di temui beliau adalah untuk menyuruk kerendahan akhlak atau moral seseorang pemimpin, saya amat pasti dan jelas beliau akan menemui nya dalam kepimpinan parti PAS. Parti UMNO dan orang orang Melayu Islam tidak akan menyuruk keburukan dan rendah moral para pemimpin mereka. Mereka akan di nyah laku supaya bertaubat dari membuat dosa dosa kepada rakyat.

2

Gambar Hiasan – Untuk pengundi laluan 5

Adakah itu yang ingin di temui oleh Mat Taib setelah menjadi ahli PAS?. Sama sama kita lihat perkembangan nya nanti.

Terpulang lah kepada rakyat Hulu Selangor memikirkan roh Islam yang mana lebih mutlak bagi kehidupan kita.

Bersambung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s