Saya kata dia cerdik

Thames Water

Saya kata dia cerdik. Dia tidak bodoh. Kalau bodoh macam mana dia perintah Kelantan 23 tahun?.

Macamana dia jadi cerdik, sedangkan kita juga semakin hari semakin cerdik?

Cerdik. Selepas mendapat Kelantan tahun 1990, habis jalan raya Kelantan di letak label, “alhamdulilah, Allah Huakbar, subhanallah” di seluruh pelusuk jalan raya.

Ubah minda.

Dari situ guna pelapur seperti Wan Nik Wan Yusof, political secretary dia melapur bagaimana penting nya sesaorang yang mempunyai watak religiously charismatic memimpin negeri. Dengar tu, mempunyai watak, okay, watak boleh buat buat, watak Ghandi kah. Semacam watak watak khas filem filem wayang Hindustan.

Beliau pasti kan diri nya menjadi imam semua tempat dia pergi bersembahyang. Sebab itu lah kerja dia dulu. Sebelum jadi orang politik. Dia tu sudah menjadi imam. Dia pandai baca Quran. Itu dia buat. Itu kerja dia. Semacam Pak Leh Lundang. Tak lebih tak kurang dari itu. Sama. Cuma Pak Leh ajar kita ilmu agama saja, ilmu politik tidak.

Sungguh sungguh buat. Dan ajar rakyat sikit sikit tentang ilmu agama di Pasar Lama di KB. Ramai ikut, sebab kita tak tau agama. Sebab dia MB. Mana ada MB ajar ilmu agama. Dia seorang saja. Kalau aku pun, tau ilmu agama aku ajar juga. Itu saja yang aku tahu. Dah tu apa rugi nya, malahan dapat pujian kerana pelapur melapurkan bagaimana religiously charismatic nya diri aku ini. Sesuai untuk politik. Semasa kita bodoh bodoh dulu. Ramai undi dia.

Pelapur melapur hebat orang pandai agama perintah. Itu setiausaha dia sendiri, dapat gaji dari dia dan melapur cerita betapa hebat nya boss dia. Okay no problem, ramai undi dia kerana hebat. Berpuluh tahun.

Jadi iman hebat, baca Quran hebat, semua hal agama hebat. Maka masa berkerja mesti lah hebat. Orang akan percaya mode itu.

Kerja hebat pertama sebagai MB. Sign kontrak dengan Thames Water 70% : 30% , dengan KWSB. Aleh aleh kena tipu, sebab terlalu hebat, sebab imam masjid, jadi penghafal al Quran, dekat dengan tuhan, mana boleh kena tipu, tuhan sentiasa ada dekat. Syurga pun dalam tangan. Mimpi Nabi kerap kali, dengar cerita.

Last last kena tipu. Thames Water untung besar, KWSB rugi besar. Marah pada Thames Water dan beli balik saham RM50 juta. Rugi kerajaan Kelantan, sebab pandai, sebab tok imam, pandai baca Quran, sebab jadi guru agama, sebab dekat dengan tuhan, tuhan tidak bagi rugi dengan orang dekat tuhan. Last last kerajaan rugi RM50 juta.

Tak apa lah tak ada siapa komplain. Sembahyang menjadi semakin kuat, malahan menanggis keluar air mata mesti di lakukan untuk tunjuk selari dengan apa yang di perhebahkan oleh setiausaha beliau, itu masih berjalan lancar.

Kerja lah dia kerja tiap hari.

Nak jadi kan cerita, buat lah Bazar Tok Guru ambik sempurna nama baik tok tok segala guru. Maka jadi Bazar Tok Guru. Sign sana, sign sini, pandai, berjaya kerana kerajaan PAS kena bayar balik kepada orang ramai RM50 juta. Rugi, tapi pandai. Sebab pandai agama, jadi imam, sembahyang tunggang tonggek, dekat dengan tuhan. Pandai. Rugi.

Pandai tetapi rugi. Tidak masuk jalan cerita orang jadi imam, hafal al Quran tetapi kerajaan rugi, adik kakak. Tak tau lah itu lah cerita nya. Jadi macamana?

Makan masa lah adik kakak nak faham jalan cerita ini. Sebab itu 23 tahun. Label Alhamdullilah tu pun tinggal tulisan “lah” saja di banyak jalan raya. Perkataan “Alhamdull” sudah hilang makan dek zaman.

Malas hendak cerita benda orang yang menjadi imam ni buat kerja dan keputusan pekerjaan dia tu, sebab pandai, seperti yang lain lain lagi adik kakak. Setakat ini saja lah.

Jadi nya adik kakak, orang jadi imam ni patut kita puji, seperti imam imam di surau kita di Lundang nih, tetapi beri kerja jaga rakyat dan buat kerja untuk rakyat, bukan saja kena dekat dengan tuhan tetapi kena cerdik, berilmu dan beriktiar. Dah tu jadi imam, tentu dekat dengan tuhan, tetapi, kenapa kerja kerja lain tidak menjadi?. Tidak berhasil benda yang baik?. Selalu rugi?. Jikalau asyik tidak lulus, tidak berhasil, dalam buat kerja untuk rakyat, lama lama orang akan tanya kita, “ya kah dia ni beriman?”.

pandai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s