Tugu pecah tanah untuk di gadai atau di jual.

Sesuatu tugu yang melambangkan satu kejayaan oleh sekumpulan atau seseorang orang seperti jam tangan Hitler mempunyai nilai sejarah dan mendapat permintaan dari para peminat mengumpul bahan sejarah yang perlu di simpan dan bernilai tinggi.

Salah satu bahan sejarah yang mungkin di ketegori sebagai bernilai amat tinggi di Kelantan ialah batu asas yang telah di bina di seluruh Kelantan selepas upacara pecah memecah tanah sesebuah projek kerajaan negeri di bawah pentadbiran parti PAS semenjak dua puluh tahun yang lampau.

Terbaru akan ada tugu sebuah stadium moden di kawasan projek stadium PAS di Bukit Bunga, Pasir Puteh.

Kemungkinan harga tugu itu mungkin rendah buat masa ini, tugu tugu dan batu asas yang lain, seperti batu asas jambatan Kg Cina, Bandar Baru Pengkalan Kubor dan lain lain di tafsirkan bernilai berjuta juta dollar Amerika. Ini bersesuaian dengan harga budget projek tersebut yang melangkau amaun lebih berbillion billion dollar Amerika.

Salah satu batu asas yang di letakan di jalan besar Macang, Kuala Krai dan Kota Bharu yang menyerupai sebuah kereta tolak dan kayu berbentuk sebatang changkul di nilai mencecah beratus juta ringgit. Ia nya ada lah antara bahan bahan sejarah yang di cari oleh pencari harta karun dunia.

Di antara bahan sejarah lain yang menerima permintaan tinggi dari pengumpul bahan purba ialah sekeping cek bernilai RM4 billion yang di beri sebagai sagu hati oleh penderma tanpa gigi satu ketika dahulu kepada kerajaan.

Selamat mencuba mencari rezeki di negeri ini. Dan itu lah antara rezeki yang boleh di cari oleh semua penduduk negeri Kelantan buat masa ini.

Untuk mencari rezeki halal yang lain lain, harap bersabar kerana the Planet of the Apes akan mengalami perubahan besar dengan cadangan polisi TUKAR.

Salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s