Keperibadian dan penampilan diri memisahkan ahli Pas dengan ahli Umno, bukan agama Islam.

Negara kita berada di antara yang termaju di Asia Tenggara. Maju di iktirafkan keatas keadaan sosial ekonomi, infrastructure, dan sistem pemerintahan alaf baru, tanpa membebankan penduduk.

Penduduk di beri kuasa memilih jalan hidup mereka tanpa di paksa, dan mereka di benarkan oleh pemerintah mengamal kebudayaan masing masing tanpa sekatan selagi tidak mencampuri kebudayaan warga negara lain.

Rata rata memilih untuk mempamerkan kehebatan masing masing, dan Malaysia memperolehi kehebatan ini dari semua kaum.

Diantara barisan para penduduk ada yang berfikiran pasif, dan tidak menerima pertukaran didalam sistem kehidupan yang baru, kerana pemikiran filasafah Islam yang kolot dan ketinggalan.

Menentang dalam adat berpakaian, menentang dalam adat bersosial, menetang didalam serba serbi perbuatan baru dan masih mengagongkan corak pemikiran lama.

Sesungguhnya kaum muda telah lama mengikut rentak pembaruan dan meninggalkan kelompok yang mempunyai fikiran sempit dalam usaha memberi kebahagian kepada umat.

Agama Islam adalah agama progresif. Dan apabila ianya di letakan sebagai agama yang berbentuk dorman yang pasif dan tidak maju, maka segala perbuatan para pengikut juga bertaraf pasif, dorman dan tidak maju.

Sebenarnya ramai telah meninggalkan fahaman itu, dan ianya bukan kerana agama Islam yang di bawa oleh Pas, tetapi kerana fahaman Pas terhadap Islam yang amat kolot dan ketinggalan zaman

Jikalau dibiar kumpulan ini bersendirian, kita akan lihat kumpulan ini akan menjadi sebuah kumpulan yang serupa dengan penganas Sulu.

2 thoughts on “Keperibadian dan penampilan diri memisahkan ahli Pas dengan ahli Umno, bukan agama Islam.

  1. setuju sangat dengan penulis. pas memang mengamalkan budaya serba serbi ketinggalan jauh kebelakang. dah tu menggunakan islam sebagai platform nak tarik perhatian. dah memang dasar setengah orang kat malaysia ni kalau ada aja islam dihujungnya mesti sokong punya walau pun jauh sesat dari pegangan dan ajaran islam sebenar tinggalan Rasulullah. pas yang maju kedepan cuma tamak haloba dengan kuasa dunia sampai dah tak kira halal haram. islam suka pada kemajuan bukan menggalakkan kemunduran. tak percaya tengoklah penampilan pemimpin pas sendiri. eeeeeeeeee kredibiliti buat kerja tak ada personaliti lagi la. serabai semacam je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s