Kelantan sama dengan Tawi Tawi dan Jolo, tanpa penglibatan pembangunan kerajaan persekutuan.

Ternyata corak kehidupan di sesetengah kampung di Kelantan sama dengan corak kehidupan di Jolo dan Tawi Tawi.

Itu pun ada pertolongan budget besar kepada Kelantan dari kerajaan persekutuan.

Sekiranya tiada, keadaan negeri itu dan para penduduk nya sama dengan standard dengan Tawi Tawi dan Jolo di selatan Filipina serta sekitar Selatan Thailand.

Jadi yang menjadi persoalan kepada pemikir kita ialah mengapa pengamal agama Islam yang memerintah sesebuah negeri atau kawasan menghadapi kesukaran memerintah dengan baik bagi kesejahteraan umat mereka?

Jolo, Tawi Tawi, Selatan Filipina, Naratiwat, Selatan Thailand dan lain lain negara Islam yang lain menghadapi masaallah, bukan sahaja dari aspek pembangunan, pembelajaran, dan sosial ekonomi, tetapi juga dari aspek keagamaan itu sendiri.

Contohnya di Kelantan, agama menjadi bahan politik dan dipersenda gurau oleh pihak lawan dan kawan. Contoh contoh doa yang tidak terdapat di dalam ajaran Islam, seperti doa KO BN, selalu di jadi kan senjata untuk melawan parti lawan.

Adakah sudah masa nya kita meletak kan ahli politik yang hanya berpolitik untuk kebaikan kawasan mereka dan ahli agama sebagai penyuluh kepada ketinggian agama itu?

Sekiranya kita masih terikut dengan perkataan pimpinan ulama, yang tidak membawa kita ke tahap yang kita ingini serta telah membawa kita kepada kemorosotan kehidupan seperti apa yang berlaku di Thailand dan Selatan Filipina, maka sudah sampai masa nya kita meletakkan ulama sebagai pemimpin agama sahaja. Ini penting kerana agama telah menyimpang dari kehendak asalnya dan telah menjadikan sebuah masyarakat kepada tahap extremis seperti terlibat dalam kegiatan terrorist atau pengganas.

One thought on “Kelantan sama dengan Tawi Tawi dan Jolo, tanpa penglibatan pembangunan kerajaan persekutuan.

  1. Anak-anak Kelantan yang ada di perantauan selesa dengan hidup mereka dan membiarkan keadaan di kampung spt biasa sahaja …natural, spt lagu P Ramlee “kampungku nan indah jauh di sana …ayah dan bundaku” sambung ……
    Kalaulah balik untu mengundi kali ini pujuklah ayah dan ibu, adik dan saudara supaya mengejar kemajuan dengan mengundi calun dari parti yang boleh diharap membawa kesenangan kpd mereka . . Sampai bila nak minum air karat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s