Sabah dan Sulu, satu komentar

Sabah

Sabah (Photo credit: phalinn)

Bangsa Moro, atau orang orang Sulu dan mereka yang berada di Sabah, merupakan satu kaum yang mempunyai pertalian darah yang sama. Ramai di antara mereka itu mempunyai sanak saudara yang tinggal di Sabah dan juga di Tawi Tawi serta di Jolo dan lain lain pulau di Selatan Filipina dan Laut Sulu.

Kedudukan geograpi di antara pulau pulau di Selantan Filipina yang terletak berdekatan dengan Sabah membolehkan kegunaan bot bot laju yang kecil digunakan oleh para pelaut dari Sabah dan dari Tawi Tawi serta Jolo dan lain lain pulau di dalam kawasan Selatan Filipina, diatas faktor berhijrah sesama keluarga, berdagang secara barter trade, dan lain lain faktor bagi menyempurnakan kegiatan ekonomi kaum kaum yang ada di zon tersebut.

Keadaan pergerakan antara kedua dua hala ini sudah lama berlaku, Walaupun kerajaan Malaysia mempunyai kawalan kemasukan warga asing dari Filipina dan lain lain warga luar negara, diatas fakta kemanusian dan kesenambungan bangsa Moro dan sanak saudara mereka di Sabah, kegiatan kemasukan dari Selatan Filipina nampaknya amat longgar sebelum berlakunya pencerobohan ini. Di katakan terdapat hampir 900,000 rakyat Filipina berada di Sabah dan kemasukan mereka ini menjadi satu isu besar politik di Sabah.

Kelonggaran ini juga di yakini telah di pergunakan sepenuhnya oleh orang orang Sulu dari Selatan Filipina bagi menjalankan aktiviti terrorisma. Terbukti dengan kemasukan 235 orang penceroboh dan pengganas Sulu serentak itu sudah lama di jalankan, apabila seorang guru agama kaum Sulu yang tinggal di Sabah selama 15 tahun merupakan salah satu pengganas yang telah membunuh 6 orang anggota keselamatan. Walaupun beliau sudah di bunuh oleh penduduk Sulu di kampung itu, corak kegiatan terrorisma pengganas Sulu dari perilaku guru agama ini boleh memberi bukti bahawa pengganas Sulu sudah lama merancang kegiatan terrorisma dengan mengambil Sabah secara perang.

Berita tentang rancangan Kiram Spring yang di beritakan dari Filipina juga membuktikan bahawa para pengganas Sulu telah lama merancang terrorisma ini melalui networking mereka dengan sanak saudara mereka di Tawau, Semporna dan Lahad Datu. Apabila perancangan dibuat dalam masa yang lama, maka kita boleh membuat andaian bahawa segala pergerakan senjata dan lain lain asset perang sememangnya telah lama berada di Sabah bagi mereka mengunakan apabila perlu seperti waktu serangan mereka sekarang.

Pergerakan pengganas dari Sulu yang telah berjaya membolos sekatan pasukan keselamatan adalah berkemungkinan kerana bergerak secara kecil kecilan dan berkumpul semasa menyerang Sabah.

Berita dari Sabah juga memberi gambaran salah tentang permasalahan pencerobohan ini yang menyebabkan Ban Kim Mon, PBB, seolah olah berpihak kepada penjenayah dan pengganas Sulu apabila beliau memberi nasihat supaya kedua pihak yaitu Malaysia dan pengganas Sulu berbincang mengenai isu tuntutan secara adil, sedangkan isu ini melibatkan pencerobohan sebuah negara berdaulat yang tidak perlu berunding apabila di serang.

Setelah melihat situasi begini, sudah sampai masa nya sistem imigresen diantara dua kawasan ini di ketatkan, dan pergerakan dari kedua komuniti diantara Selatan Filipina dan Sabah, walaupun ada mempunyai pertalian saudara dan ini adalah kerana ianya melibatkan dua negara berdaulat yang berasingan.

Untuk melupuskan pengganas Sulu di Sabah sekarang ini, juga di syorkan supaya siasatan dibuat dari penduduk tempatan mengenai aktiviti terrorisma, sama ada mereka juga terlibat seperti menyimpan senjata dan asset perang bagi pihak pengganas Sulu, dan lain lain aktiviti menambah baik kegiatan terrorisma seperti membina terowong terowong rahsia di kawasan kawasan yang didiami mereka berbelas belas tahun sebelum ini dan lain lain kegiatan penambahbaik kepada sistem pertahanan mereka apabila menyerang Sabah. Perkara ini tidak boleh di pandang ringan oleh ahli masyarakat dan pihak keselamatan memandangkan bagaimana serius nya kumpulan ini menuntut Sabah sebagai negeri mereka semenjak bertahun tahun dahulu.

Sistem data penduduk yang lengkap harus di lakukan secepat mungkin bagi mengetahui kedudukan sebenar pergerakan terrorisma kaum Suluk dari Sulu di Sabah dan tindakan susulan bagi membenteras kegiatan jenayah ini di ambil bagi kestabilan penduduk Sabah dan juga para pelabur yang melabur di Sabah.

Kita amat gembira dengan penubuhan Zon Selamat di Sabah dimana pergerakan pergerakan diantara dua kawasan yang bergolak ini boleh di awasi dengan lebih baik dan keselamatan penduduk yang selalu di cerobohi oleh kaum Sulu yang menjadi pengganas apabila keadaan ekonomi mereka meruncing.

Bertindak sekarang lebih baik dari menunggu di serang oleh para pengganas Sulu yang zalim, tidak berhati perut dan tidak berperi kemanusian, walaupun mereka berikrar sebagai penganut agama Islam.

One thought on “Sabah dan Sulu, satu komentar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s