Kita faham anda di tindas, tetapi kami tidak menindas anda. Mengapa perangi kami?. Wahai Kiram 111

Filipina mempunyai penduduk seramai 92.3 juta dan akan menjangkau keparas 101.2 juta orang pada 2014.

Terdapat sebanyak 13 etnik Bangsa Moro yang beragama Islam, dan mereka merupakan hanya 5% daripada keseluruhan penduduk Filipina, atau seramai 4.615 juta. Mereka adalah minoriti didalam sebuah negara Christian Catholic. Kaum terbesar diantara 13 etnik Bangsa Moro ialah Maguindanaoan, Marano dan Tausug.

Perkataan Sulu merujuk kepada penduduk di Laut Sulu iaitu kepulauan di Selatan Filipina. Tausug pula merujuk kepada orang orang Sulu.

Dari semenjak pemeritahan Sepanyol, kaum Bangsa Moro telah di jajah supaya agama di tukar kepada Christian. Dari semenjak itu kaum Tausug atau orang orang Sulu atau Bangsa Moro melawan pemerintah mereka, sehingga sekarang.

Sikap kaum minoriti yang melawan kaum majority walaupun berasaskan pencabulan agama mereka, adalah sikap yang akan di tentang habis habisan oleh pemerimtah. Dari Sepanyol, US dan Jepun, sikap menentang kaum Bangsa Moro terhadap pencabulan hak asasi mereka keatas kehidupan beragama Islam merumitkan pembangunan di kawasan Laut Sulu.

Keadaan ini berlarutan apabila sikap kerajaan terdahulu di Filipina mengamal prosess pembicaraan yang berat sebelah, menghukum pesalah atau penjenayah yang menetang pemerintah tanpa bicara, kes penderaan yang serius keatas semua mereka yang menentang kerajaan dan di klasifikasikan sebagai penganas telah membentuk berbagai bagai kumpulan bagi menjaga hal ehwal kaum Bangsa Moro. Ini termasuk MNLF, dan splinter group dari MNLF, iaitu MILF serta Abu Sayaf.

Setelah Libya dan lain negara Islam di Middle East, dan KM Sabah Tun Datu Mustapha tidak operatif, kewangan kumpulan tersebut tersekat dan untuk mendapat dana menjadi kumpulan ganas menyerang dan mengambil tahanan sebagai umpan untuk bayaran tebusan.

Mindanao merupakan sebuah pulau yang paling padat di dunia, yaitu 209.1 orang/km2, tetapi bekalan letrik harus di catu serta amat kekurangan bekalan seperti air dan lain lain keperluan fasiliti. Dari tindakan diskriminasi yang amat meluas di kawasan ini, Bangsa Moro selalu di tindas.

Walaubagaiamana pun tindakan diskriminasi adalah berpunca dari sikap kaum ini sendiri, iaitu suka menentang pemerintah dengan secara ofensif, satu sikap yang telah di tunjukkan kepada kita di Lahad Datu.

Sedangkan Islam menyuruh umatnya menghurmati pemerintah tidak kira siapa, dan memohon agar agama pegangan masing masing di hurmati tanpa mengunakan kekerasan. Sikap ofensif kaum Bangsa Moro harus di tukar mentelahan lagi mereka merupakan kaum minoriti agar kawasan yang diduduki oleh Bangsa Moro mendapat perhatian dari pemerintah. Sikap berkerjasama seperti yang di tunjukkan oleh kaum Tausug di Malaysia harus di contohi di mana mereka boleh di assimilasikan bersama lain lain bangsa seperti kaum Dayak Sabah, dan lain lain bangsa bagi memastikan keamanan sejagat di kawasan itu.

Sikap Kiram 111 menyerang Sabah adalah satu sikap yang keji, seperti mana perlakuan kaum minoriti tersebut di Filipina. Sikap begini lah yang harus di tentang habis habisan. Dan mereka yang mempunyai kemahuan untuk melawan kuasa besar yang mendamaikan kehidupan adalah satu kesilapan besar kerana kesejahteraan pengikut mereka dari tindakan yang akan merumitkan kaum mereka dengan tindakan tersebut.

Jadi apa kah asas Kiram 111 menyerang Sabah, sedangkan di Sabah kaum Tausug atau Sulu di beri perhatian yang tinggi oleh pemerintah?

Tentu lah ada dalang yang ingin memporak perandakan Sabah bagi tujuan jahat mereka dengan mengambil kesempatan dari kesusahan yang dialami oleh Bangsa Moro di Filipina. Dan siapa kah dalang itu?. Kita lihat cerita kesudahan nya nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s