Zon Selamat Sabah, satu usaha besar keselamatan bagi 800, 000 Suluk dan Filipina di Sabah.

suluk2

Dimana bumi di pijak disitu langit di junjung.

Rata rata, penduduk selatan Sabah di dalam ketakutan.

Ya. Jikalau saya pun, saya takut sekiranya kaum Sulu dari Jolo dan Tawi Tawi, yang biasa menyerang dan membawa balik tawanan sebagai tebusan, menyerang membalas dendam di atas kematian “darah suci” kaum Tausuq dari Tawi Tawi dan Jolo.

Walau pun saya bukan dari kaum Sulu di Sabah, sebagai rakyat Malaysia bersimpati dengan keresahan mereka yang tidak berdosa. Kerana, kaum sulu yang sudah lama berperang dengan berbagai bagai bangsa, seperti bangsa Sepanyol, Amerika dan Filipina, kaum ini tidak mempunyai batas dendam kesumat dan sangat zalim.

Apa yang kerajaan telah lakukan hari ini, dengan mengadakan kawasan Zon Selamat Sabah merangkumi kawasan Lahad Datu, Tawau dan Semporna, malahan di seluruh Selatan Sabah, adalah menyelamat kebimbangan kaum Suluk atau Bajau di Sabah secara bersepadu dan memberi jaminan keselamatan kesejahteraan kaum keluarga mereka dari serangan tersebut.

Dan kaum Sulu dan Bajau Sabah percaya kepada kebolehan kerajan BN. Dari apa yang telah di lakukan didalam Ops Sulu dan Ops Daulat lalu, menunjukan tahap professionalism anggota keselamatan negara yang tinggi setelah mengambil kira kematian terhadap anggota keselamatan negara.

Apabila ini menjadi sebati dengan rakyat Sabah, maka, perlu di pertimbangkan supaya kaum Sulu dari Kiram 111, serta Abu Sayaf di perangi dengan serta merta dan bersepadu dengan kerajaan Filipina untuk digempur keakar umbi. Setelah di hancurkan, dan dengan keamaan yang baru di kawasan tersebut, Kepulauan Mindanou boleh di bangunkan dengan pertolongan negara jiran serta kerajaan Filipina sendiri, dan memberi faedah besar kepada semua penduduk di kepulauan Laut Sulu dan bangsa Sulu yang beragama Islam.

Serang mereka dan hapuskan lanun ganas dari Laut Sulu setelah mengambil kira peranan yang telah dimainkan oleh MILF bagi kedaulatan bangsa Moro. Melayu pantang di cabar, tidak lari dari cabaran. Melayu Boleh.

Syabas PM Najib.

PS : A blessing in disguise. A time for us to counter attack at source. That’s normal when we were attacked first.

Leave a comment