Salah jika berbohong, tetapi orang politik suka cakap bohong

Would I Lie to You? (Charles & Eddie song)

Would I Lie to You? (Charles & Eddie song) (Photo credit: Wikipedia)

Semua agama mengasuh penganut mereka bercakap benar. Tetapi bila agama menjadi bahan untuk mempolitik kan sesuatu isu, besar kemungkinan asas pegangan agama itu akan di politik kan.

Itu yang berlaku dalam perjuangan agama oleh parti Pas.

Bila kita bercakap tentang sesuatu isu, dan perbincangan dalam isu itu ternyata tidak benar, atau ianya tidak menyeluruh, dan banyak perkara di sorot dari pengetahuan para pendengar, maka, mereka yang bercakap itu berbohong.

Apabila bercakap dan mengetahui dengan yakin percakapan beliau itu satu pembohongan dan akan menerima keuntungan besar dari pembohongan beliau, maka perbuatan ini ialah satu penipuan.

Bohong pun agama larang apa lagi menipu.

Cuba kita dengar dan kaji isu isu semasa, seperti isu tanah yang luas di beri kepada Dap, isu tanah ladang rakyat, isu Lembah Sireh, isu jalan raya derma, isu minyak daratan yang di katakan ada terdapat di bawah tanah Bandar Kota Bharu, isu pembuangan Nasaruddin dan ahli Pas yang tidak berdosa, adakah mereka yang bertanggung jawab bercakap menerangkan isu tersebut dengan bercakap benar? Atau ada kah mereka bercakap tetapi menyorok kebenaran?

Saya berpendapat mereka menyorok kebenaran, dan dengan kata lain, mereka berbohong.

Adakah dengan berbohong mereka mendapat keuntungan besar? . Ya, dengan berbohong mereka akan mendapat faedah besar dalam mempengaruhi pendengar, dan ini adalah satu perbuatan menipu.

Amat malang bila sebuah parti yang menjunjung agama Islam melakukan pernipuan. Agama melarang penganut agama berbohong dan apa lagi menipu.

Sudah sampai masa nya parti politik di Malaysia di larang mengunakan agama sebagai sebuah parti. Ini kerana, parti sedemikian lambat laung akan melanggar prinsip agama itu sendiri tanpa kompromi dan meletakan agama sebagai satu alat mengembangkan pengaruh mereka semata mata, seperti yang berlaku dengan Pas.

Tolak parti yang mengunakan agama sebagai politik mereka. Tolak Pas.

PS: Dari Kota Bharu sehingga ke Gua Musang, semua penduduk Kelantan telah terasa di tipu dengan pembohongan oleh pemimpin berjubah kerajaan Kelantan. Berbohong dengan mengunakan agama Allah akan menerima azab yang amat pedih. Bersabar lah warga Kelantan, berabad anda di seksa, dan di tipu, sekarang ini lihat lah bagaimana Allah memberi azab kepada penipu politik berlandaskan agama Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s