Rakyat rajin, kemudahan sampingan dari kerajaan Pas kurang, tempat makan pun daif!

Apa dia kemudahan sampingan?

Ia nya ada lah kemudahan yang boleh mengerakan kepada keinginan penduduk atau pengusaha memajukan sesuatu kegiatan ekonomi.

Melayu di bandar bandar yang berada dalam kerajaan B N memperolehi limpahan hasil dari kegiatan kebersihan bandaran, serta kegiatan memperelokan persikitaran, termasuk pemasangan lampu lampu, perluasan jalan raya, kebersihan kawasan kegiatan ekonomi, dan lain lain kegiatan supaya kegiatan ekonomi rakyat jelata dapat menumpang berteduh daripada kerja kerja kebaikan dari kegiatan atau gerak kerja hasil dari perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Perancangan dari pemimpin di Kota Bharu dilihat tidak pernah ada atau jikalau ada ianya dilakukan secara tidak professional atau sambil lewa.

Kenapa demikian?. Ianya adalah kerana kerja pemimpin Kelantan ialah berceramah 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tiada kerja lain yang cuba memberi faedah dan menafaat kepada pengundi mereka.

Di Kota Bharu, kerajaan tidak berminat bagi menjalankan aktiviti pembaikan bagi mengalakan kegiatan ekonomi setempat. Ini kerana kerja kerja sampingan seperti menjaga alam sekitar yang bersih tidak di lakukan secara berhemah.

Tempat pertemuan para pengusaha yang ada seperti kedai payung Pak Su adalah sebuah tempat yang tidak ada apa apa pertolongan dari pihak kerajaan sama ada dari segi menyelegarakan kawasan tempat itu ke tahap kebersihan yang baik.

Kesian. Mereka sebagai pemimpin hanya tahu meminta minyak, yaitu setelah mendapat royalti emas. Walau pun demikian, wang hasil dari royalti emas pun tidak digunakan sedikit pun untuk memberi penambah baikan kawasan sekitar yang terlalu amat daif, walaupun sudah 22 tahun memerintah, dan ini tidak memberi kesan yang baik kepada peningkatan kegiatan ekonomi penduduk tempatan.

Dengan kata lain, mereka tidak peduli langsung bagi menolong pengusaha tempatan memajukan diri mereka, dan semua ini adalah pengundi mereka. Atau lebih tepat, mereka tidak peduli nasib para pengundi yang mengundi mereka.

Gambar gambar di bawah adalah kesan positif dari perancangan kerajaan BN dimana kegiatan ekonomi mendapat faedah dari kerja kerja kerajaan dalam menjaga alam sekitar ke tahap diterima oleh penduduk antarabangsa.

20130202-221220.jpg

Makanan sama di Kelantan, tetapi di sini ianya lebih bersih. Jauh dari bahaya penyakit kronik.

20130202-221234.jpg

Kawasan kedai bersih di mana mana kawasan. Di Kota Bharu, persekitaran yang kotor dan kedai pun menjadi kotor.

20130202-221258.jpg

20130202-221311.jpg

Memilih kerajaan yang berhemah tinggi didalam memberi keselesaan kepada rakyat, bukan harus memilih parti agama sahaja. Apa tah lagi jikalau parti agama itu telah menjadi agama yang terpesong jauh dari asal agama itu sendiri kerana kesan dari agenda politikal animal yang buas.

PS: Mereka berkata negeri Kelantan tidak ada wang. Sebenarnya wang itu dimana mana sahaja. Corak pemerintahan atau corak mengendalikan pemerintahan mereka itu lah penyebab kepada Kelantan tidak mempunyai dana wang keperluan. Jikalau berniaga tetapi tidak tahu menjalankan aktiviti berniaga, maka untuk menutupkan kelemahan, selalu nya orang akan berkata mereka tidak ada modal. Sedangkan modal datang dari hasil positif diri sendiri. Mereka ini pemimpin pasif dan tidak beroreintasikan kepada keinginan memajukan diri mereka. Jenis manusia yang sudah tidak berjaya dalam hidup, dan mengunakan parti sebagai tempat mencari makan. Untuk menutup kelemahan mereka, mereka juga telah mengunakan agama Islam sebagai perlindung dari kelemahan diri mereka sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s