Kebebasan berpolitik di Malaysia meresap jauh kedalam hati pengundi setia Cina di Singapura menolak PAP.

Mula nya kaum Cina imigeran Singapura percaya dan menaruh harapan penuh keatas kelangsungan bangsa Cina imigeran seperti mereka di Singapura khas nya dan di Asia Tenggara amnya dengan bergantung diatas kekuatan politik Lee Kuan Yew mewakili PAP.

Maka Singapura diperintah oleh sebuah kerajaan satu parti. Walaupun diasaskan sebagai negara demokrasi, sebenarnya Singapura adalah sebuah negara autokratik.

Diatas kepercayaan kaum Cina semestinya menjadi kuasa besar di Singapura, PAP meneraju Singapura tanpa bantahan dan mendapat kepercayaan 100% dari semua rakyat kaum Cina di Singapura.

Dalam pilihan raya 2011, PAP telah di gasak oleh penduduk Cina yang dahulu nya memberi kepercayaan 100% kepada PAP, dan kalah dalam mendapat majoriti yang biasa mereka perolehi kepada paras 60% dan terendah dalam sejarah Singapura, yang seblum ini hampir memperolehi 90% undian majoriti. Sunguh pun demikian, harapan kaum Cina kepada kelangsungan mereka untuk terus berada diatas sebagai kuasa beasr di sekeliling kuasa Melayu masih kuat dan utuh dimana PAP masih memegang 80 kersusi dari 87 kerusi. Walaupun Worker Party memenangi enam kerusi kekuatan parti itu masih di peringkat rendah dan dengan itu memberi gambaran bahawa kaum Cina Singapura masih memberi kepercayaan kepada Lee Kuan Yew dan PAP untuk mempertahankan dan membawa mereka keluar dari dominasi kaum Melayu di Nusantara.

Sedikit sebanyak perkembangan politik di Malaysia, dimana, sebagai sebuah kerajaan demokrasi tulin berparlimen memberi kebebasan berpolitik dan tidak masuk campur urusan politik negara jiran, memberi kesan keatas keinginan kepada kebebasan berpolitik di Singapura; dari sebuah negara mengamal sistem demokratik berbentuk autokratik kepada sistem dua parti yang lebih bebas dan transparen.

Kejayaan Worker Party di Punggol memenangi by-election hari ini memberi gambaran bahawa kebebasan berpolitik seperti yang menjadi amalan di Malaysia memberi anjakan dan impak besar kepada pengundi untuk mengamal politik dua parti dan diberi kebebasan bersuara dari sistem yang di amalkan oleh kerajaan PAP.

Fakta luaran yang tidak memihak kepada PAP seperti kejatuhan sistem kewangan di barat,i fakta dalaman yang diamalkan oleh kerajaan seperti membawa masuk ramai “high net-worth individual” dari luar negara seperti dari Hong Kong dan Cina, sebagai rakyat negara itu menyebabkan perbezaan pendapatan yang ketara diantara penduduk tempatan dan warga negara baru. Harga harga rumah yang tinggi juga merumitkan lagi kehidupan para penduduk asal Cina Singapura.

Pembangunan ekonomi serantau yang juga tidak memihak kepada negara pulau tersebut juga menyempitkan ekonomi tempatan dan dengan itu melemahkan pasaran domestik. Pengeluaran minyak mentah telah berkurangan di mana sebelum ini, Singapura menduduki tempat pertama sebagai negara pengeluar minyak mentah yang diproses di rantau Asia Tenggara. Perpindahan pengusaha penapisan minyak mentah oleh gergasi minyak dunia seperti Shell dan lain lain lagi dari Singapura menyebabkan kepercayaan kaum Cina imigeran di Singapura kepada PAP berkurangan.

Dengan ada kuasa ekonomi baru seperti kuasa ekonomi baru India di Mumbai dan juga di Johor , Malaysia sebagai hub baru pengeluaran minyak mentah, PAP dianggap sudah ketinggalan zaman didalam kecekalan mereka dan untuk mencari idea baru memperbaharui kesan negatif dari impak kekurangan hasil dalam negeri dan dengan itu harus menaruh harapan kepada sektor ekonomi pelancungan. Kesan negatif dari industri pelancungan seperti kegiatan sex melampau batas serta perjudian telah membawa kesan negatif dan merusakan kepercayaan kaum Cina tempatan keatas PAP. Salah satu fakta perletakan jawatan calun PAP di Punggol juga adalah kerana kesalahan perbuatan sex yang melampau batas dan ini juga kesan sampingan hasil dari industri pelancungan yang tidak terhad.

GNP Singapura terendah dalam abad ini, walaupun mempunyai sovereign wealth fund yang terbesar di rantau ini, kemerosotan ekonomi dunia barat, dimana sebahagian besar pelaburan oleh kerajaan PAP semenjak seabad yang lalu, mengundang kekucupan hasil pelaburan terbesar mereka itu.

Fakta penting yang kita boleh rumuskan, pengundi Singapura amat teruja dengan kebebasan berpolitik di Malaysia, dimana dengan kebebasan itu sebagai kaum imigeran Cina di Asia Tenggara mereka tidak perlu lagi takut dengan ancaman dari kuasa Melayu Nusantara kerana sebuah parti politik kaum imigeran seperti DAP di Malaysia juga boleh berjaya dan dengan itu corak untuk menaruh harapan serta memberi sokongan 100% kepada PAP tidak perlu lagi untuk masa masa akan datang. Pada masa ini dan akan datang mereka perlu mengawal kelangsungan bangsa Cina tempatan seperti mereka dari kesan negatif kuasa dari kaum Cina luar dan bangsa Eropah yang kaya raya, dan bukan satu.ancaman dari kaum Melayu, berhijrah ke Singapura dari luar negara sebagai warga negara mereka.

One thought on “Kebebasan berpolitik di Malaysia meresap jauh kedalam hati pengundi setia Cina di Singapura menolak PAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s