Pas fail injunksi supaya Petronas tidak bayar royalti kepada Kerajaan Persekutuan

Usaha Pas Kelantan menepis kemaraan UMNO di negeri itu adalah dengan memohon injunksi terhadap Petronas supaya Petronas tidak membayar royalti kepada kerajaan Persekutuan di mahkamah hari ini.

Tindak balas ini sebagai menepis 7 janji janji BN kepada rakyat Kelantan semasa lawatan resmi PM ke Kota Bharu.

Ramai berpendapat rakyat Kelantan semakin menerima BN sebagai peneraju pembangunan di negeri itu sekiranya BN di beri peluang memerintah.

Husam berkata, semua perkara yang di janjikan oleh BN itu adalah perkara yang sedang di rancang oleh kerajaan Pas dan akan boleh di laksanakan sekiranya Pas mendapat hasil dari tuntutan royalti.

Walaubagaimana pun ramai dari ahli masyarakat di Kota Bharu memandang sinis terhadap kewibawaan pemimpin Pas mendapat hasil dari tuntutan royalti kerana ianya melibat perundangan yang akan mengambil masa panjang, jesteru segala perancangan Pas yang berharap dari wang yang masih di langgit akan tergendala dan melibatkan mereka mesti menunggu bertahun tahun untuk semua kemudahan asas dalam negeri yang di janjikan oleh Pas.

Mereka berpendapat dengan memilih Umno pada Pru 13 nanti, tempuh penungguan bagi kemudahan asas yang wajib disediakan oleh kerajaan Pas selama mereka memerintah negeri semenjak 22 tahun itu akan terlunas dengan janji janji PM Malaysia, dalam tempuh segera yaitu selepas pilihan raya bermula dari tahun ini juga.

Tindakan menyaman Petronas dan meminta injunksi kepada perjalanan Perniagaan Petronas di lihat sebagai satu corak tidak baik yang mana bukan sahaja melibatkan penduduk negeri Kelantan tetapi ia nya akan melibatkan kesusahan kepada semua penduduk di Malaysia termasuk di Sabah dan Serawak, sekiranya Petronas di tutup.

Usaha Husam Musa itu akan merugikan rakyat Malaysia, dan melibatkan percanggahan dalam perundangan diantara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Ia nya dilihat sebagai jalan pintas untuk menyelamatkan serangan bertubi tubi Umno kepada kepimpinan Pas dan menyekat sokongan dari rakyat Kelantan kepada Umno.

Perlu di lihat disini, walau apa pun tindakan Kerajaan Pas Kelantan, yang pasti rakyat yang akan menerima nasib dan sekiranya segala perancangan Pas itu tidak berhasil, maka rakyat perlu menunggu lebih lama lagi untuk perkara perkara asas dalam negeri itu.

Dan rakyat sudah melihat dengan jelas janji janji Pas selama 22 tahun terbukti sebagai janji janji kosong seperti terbukti dalam perancanggan ladang rakyat, serta memberi keutamaan kepada kompani Cina luar dari Kelantan dari memilih dan menolong rakyat Melayu tempatan.

Rakyat telah melihat bukti janji BN di Jeli, bagaimana hutan dara yang penuh dengan binatang buas menjadi kawasan penempatan baru rakyat Kelantan dalam era dunia moden. Dan segala janji janji PM itu akan terlaksana sekiranya kita menolak janji janji kosong pemimpin Pas yang hanya inginkan kuasa untuk terus memerintah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s