Ruang duduk rakyat Kelantan style

Bila kerajaan negeri tidak membina sendiri rumah atau ruang duduk kepada rakyat di Kota Bharu, Tumpat, dan Pasir Putih, maka permintaan untuk ruang untuk menjalankan aktiviti manusia seperti ruang tidur, mandi-manda, berfamili dan lain-lain aktiviti, di ambil alih sepenuhnya olih para peniaga cum “property developer”.

Banyak property developer atau pemaju perumahan adalah terdiri individu persendirian, dan menyediakan rumah-rumah jenis rumah sesebuah dan “semi-detached” dengan harga jualan dari RM250, 000 hingga RM300,000.

Walaupun banyak rumah telah dibina hasil dari pembinaan para pemaju perumahan kecil-kecilan, jenis rumah seperti ini hanyalah bagi menawar permintaan skala kecil diantara penduduk tempatan yang baru berkerja dengan syarikat swasta dan sektor awam. Peluang pinjaman dari bank-bank komersial secara pinjaman berlandaskan syariah seperti anjuran dari kerajaan Persekutuan, membuka peluang besar kepada para pemaju perumahan tempatan untuk membina rumah berskala kecil.

Ruang rumah  diantara 1,200 kaki persegi, dan keluasan tanah seluas 5,000 kaki persegi sangat digemari olih penduduk tempatan. Walaupun begitu terdapat pembinaan kondominium di Kubang Kerian dan Wakf Che Yeh, yang dijual dengan kemasan dalaman menarik serta dipenuhi dengan peralatan rumah dimana pembeli ditawarkan ruang dari 330 kaki persegi hingga 500 kaki persegi dengan harga dari RM140, 000 hingga RM180,000 seunit, atau lebih dari RM400 sekaki persegi.

Olih kerana terdapat hampir 90% pemaju perumahan adalah terdiri dari syarikat kecil, prasarana yang disediakan adalah amat kecil atau tiada langsung. Dengan demikian, harga jualan sesebuah ruang duduk rakyat tempatan adalah amat lah tinggi dibandingkan dengan harga jualan di bandar bandar lain di Malaysia.

Tanah dikawasan bandar banyak di pegang olih kerajaan negeri melalui pegangan pegangan hartanah badan badan berkanun lain. Ruang ini masih belum lagi dibina bagi kegunaan rakyat.

Tanah tanah ini telah diswastakan dengan kaedah rakan kongsi, “trade in and trade off’ dimana kesemua “trade in” selalu nya focus kepada pembinaan ruang ruang kegunaaan badan berkanun serta serba sedikit ruang fasiliti untuk rakyat bagi sesuuatu ruang tanah yang di pegang olih kerajaan negeri melalui badan berkanun mereka.

PS: Banyak ruang tanah pegangan kerajaan dikawasan bandar disewa bagi tujuan komersial termasuk KFC, kepada kroni dengan imbuhan lebih RM25,000 sebulan kepada mereka-mereka yang berkenaan. Ramai penduduk tempatan tahu kegiatan segelinitr ahli politik menerima wang sagu hati dari kegiatan menyewa ruang tanah komersial di kawasan bandar dan memberi kekayaan kepada mereka ini hasil dari polisi yang tidak menguntungkan rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s