Orang makan ayam penyet, mungkin terpenyet dan di goreng dalam kedai terbahagi dua

ayam penyet

Semenjak satu dua tahun ini, ayam penyet menjadi hidangan di banyak tempat, merata di Kuala Lumpur dan di Selangor.

Ayam penyet adalah resepi makanan ayam dari Indonesia, bersama nasi, dan menjadii kesukaan ramai pekerja Indonesia dan juga ramai pekerja dari Malaysia.

Resepi masakan ayam penyet adalah seperti yang di dapati dari website ini.

Di Alam Megah, Shah Alam, terdapat sebuah kedai yang di bahagi dua, satu di bahagian depan, dan satu lagi di bahagian belakang. Di bahagian depan di kelolai olih mak cik Indonesia yang jambu putih melepak dengan di bantu olih beberapa pembantu Indonesia yang cun melecun. Ramai pemuda gersang datang kedai itu menjamu selera serta menikmati teh tarik serta lain-lain minuman. Dari tingkah laku gamaknya mereka ini juga datang dari Indonesia dan juga Melayu dari Shah Alam. Dan ramai pengunjung terus ke bahagian dalam kedai menikmati hidangan “ayam penyet”.

Di bahagian belakang adalah sebuah tempat hiburan, dimana di dindingnya ada di tulis perkataan “Ayam penyet”.  Aku ingat di bahagian belakang adalah sebuah tempat makan minum dan bersantapan ayam penyet, tetapi rupanya di situ adalah kelab judi mesin kuda dan lain-lain judi internet di antaro dunia.

Baru aku tahu, kedai terbahagi dua yang di popularkan olih mamak India sebelum ini telah di “advancekan” kepada kedai ayam penyet, dimana bila masuk ke ruang kedua kedai jenis ini, pengunjung mungkin akan di penyet olih mesin kuda dan lain-lain mesin komputer berjudi, dan di goreng hidup-hidup olih pengusaha kedai seperti ini.

Kedai ini di punyai olih pengusaha Cina dan telah lama beroperasi. Setahu aku, majlis perbandaran tidak akan membenarkan kegiatan judi, tetapi mengapakah wujud kedai terbahagi dua di serata tempat di Selangor semenjak kebelakangan ini. Adakah ianya di sebabkan olih permintaan tinggi keatas operasi kedai makan dan judi di Selangor dan mengapakah pihak majlis tidak mengambil tindakan sewajarnya?.

Adakah terdapat unsur rasuah dari para pengusaha kepada pihak berwajib sehingga operasi berjudi dalam kedai makan seperti ini nampaknya begitu maju tanpa sekatan. Dari apa yang di lihat di kedai itu, kegiatan harian mencecah ratusan ribu ringgit dan membolehkan para pengusaha mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit sebulan. Siapa kah yang akan mendapat hasil dari operasi seperti ini dan siapa kah yang memunggut cukai pendapatan dari para pengusaha seperti ini?.

Sekiranya sebuah kedai mendapat keuntungan besar antara RM2 juta sebulan, dari beratus-ratus lokasi di sekitar Shah Alam dan Puchong sahaja, bererti jumlah pendapatan hasil dari kegiatan dalam kedai terbahagi dua ini bolih mencecah RM200 juta sebulan dan jikalau cukai sebanyak 15% dikenakan, sebanyak RM30 juta sebulan hasil cukai judi ini bolih di kutip dari hanya dua lokasi bandaran.

Yang kita mahu tanya, siapa pengutip cukai jenis ini dari pengusaha haram itu?? Adakah ianya dilakukan olih kerajaan atau olih kumpulan gangster?. Alangkah malang nya negeri Selangor sekiranya kehidupan kita di selenggarakan olih satu kumpulan gangster.

Apakah tindakan dari kerajaan PKR, DAP  dan PAS, di dalam membenteras kegiatan judi yang akan dipenyet olih pengusaha Cina seperti di kedai seperti ini.  Dan mengapakah PAS tidak mengambil apa-apa tindakan keatas masaalah judi dalam kawasan perumahan seperti di kedai ini dan membenarkan kegiatan seperti itu berlanjutan dari semenjak awal mereka memerintah lagi?. Adakah PAS sudah menjadi sebuah parti kafir dan bukan lagi sebuah parti Islam seperti yang di uar-uarkan olih Khalid Samad dan Nik Aziz?

Keadaan ini mengecewakan ramai penduduk Shah Alam dan Puchong serta keseluruhan warga tempatan yang berdekatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s