Kehilangan para pemimpin berkelas tinggi apabila Kelantan membenarkan anak negeri mencari rezeki di luar Kelantan

Percaya atau tidak terdapat lebih 600,000 penduduk negeri Kelantan yang mencari rezeki di luar negeri dan menetap di negeri tumpangan mereka membantu menaikkan taraf ekonomi negeri tersebut. Dan kebanyakan mereka ini merupakan calang-calang manusia terdiri dari yang berbudi tinggi, kuat berkerja dan kuat beragama. Perpisahan mereka dengan negeri mereka telah memberi kesan negatif kepada politik dalam negeri Kelantan dimana hanya segelintir sahaja menceburi bidang politik di negeri itu. Walaupun demikian, perpisahan mereka dengan kaum kerabat dan sanak saudara serta ahli masyarakat setempat, menyebabkan penglibatan mereka dalam politik di Kelantan terbantut.

Ramainya para pemimpin politik semasa Kelantan yang didedahkan hanya dengan agama dan kekuatan politik hasil dari kepercayaan beragama tanpa pembaharuan dalam mengurus hasil dalam negeri keparas maksimum adalah terhasil dari pemisahan para cendikiawan yang berhijrah keluar negeri dan meninggalkan politik ditangan mereka yang tinggal di Kelantan.

Alhamdullilah, kita ada segelintir cendikiawan tempatan yang telah melihat kepeincangan itu dan walaupun kecil bilangan mereka, dengan menceburi politik di Kelantan ianya dapat memberi peluang kedua kepada rakyat Kelantan untuk memilih para cendikiawan dan professional rakyat Kelantan ini bagi membimbing mereka keluar dari kebuntuan mengerak ekonomi tempatan dari hanya berpolitik kerana agama kepada berpolitik untuk agama, bangsa dan kehidupan berkemasyarakatan yang lebih makmur.

Sayang sekali, dalam tempuh 40 tahun telah memberi peluang kepada para penghijrah melupakan negeri sendiri. Memakmurkan negeri orang seperti Selangor, dan lain-lain negeri, membuat para cendikiawan Kelantan melupakan negeri mereka setelah amat berjaya, dan saya amat sedih melihat betapa saudara dan saudari kita hidup terumbang ambing dengan polisi tidak mesra rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan sedikit pun tidak menjadi kesan besar dibenak mereka ini.

Tiada siapa diantara yang berkeliber diantara penghijrah ini ingin meninggalkan negeri tumpangan mereka dan kembali bermaustatin di negeri sendiri. Mereka sudah kaya raya, hidup didalam kesenangan bersama keseluruhan faciliti yang terbina disekeliling mereka, mempunyai harta yang besar, dan sudah tentu tidak akan kembali bersama sanak saudara atau ahli masyarakat kumpulan mereka sendiri.

Saya syorkan kepada kerajaan supaya kita mengambil jalan untuk mengambil peluang menyeru para cendikiawan ini pulang ke negeri sendiri dan membangunkan negeri mereka ketaraf seperti mereka lakukan di negeri negeri tumpangan mereka. Dengan adanya bilangan para cendikiawan dikalangan para pemimpin politik di Kelantan, kesan berpolitik kerana agama seperti yang berlaku sekarang ini akan dapat di nuetralkan kepada politik untuk agama, demi menaikan kesenambungan kehidupan ke alaf baru bagi semua kaum Melayu Kelantan khasnya dan para penduduk Kelantan yang lain amnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s