AES, oh AES. Orang sudah tak suka, mesti sembur cat. Bagus JKR, dia repair blackspot diatas jalanraya. 99% kemalangan di kurangkan.

JPJ dengan JKR itu adalah sama dalam segi huruf. J dengan J sama, cuma beza dalam huruf PJ dengan KR. PJ mungkin bermakna “paling jahat” dan KR mungkin bermakna “kerana rakyat”.

Tak tahu lah, itu yang aku fikirkan, komer fikir sendiri lah. Mungkin aku silap, dan kalau silap, tak apa lah, ini dunia berada di akhir zaman kalendar “kaum Maya”.

Engkau orang ingat senang kah membina jalanraya?. Kerajaan Kelantan sampai minta derma untuk membina jalanraya. Alas, bukan itu saja, “gradient” dia, luas dia, tinggi rendah tanah, tanah jerlus, bukit dan lurah lagi kena tebuk, dan sebagainya menjadikan kerja membina jalanraya tu memang kerja susah. Memang jikalau kutip derma sekali pun, membina jalanraya bukan kerja senang.

Ada tempat-tempat yang dibina menjadi blackspot, atau tempat bahaya, kereta di depan tidak nampak kereta di belakang, kereta di atas tak nampak kereta di bawah, sama-sama tidak nampak. “Gommm, berlanggar”. Mati. Tak mati, keot.

JPJ kata kita letak AES lah. Apa ke jadah nya pemandu bawa laju-laju dan langgar-langgar mengakibatkan kemalangan jiwa. Letak kamera di tempat blackspot tuh. Dia tidak perlu pakai duit. Dia pakai duit orang lain. Dan denda pemandu. Itu bijak nya akal JPJ. Okay lah, jikalau betul ceritanya.

Sekarang mereka sibuk kata orang cat kamera dengan warna kesukaan mereka. He he he. Kena cat boss. Aku bukan hendak gelak sangat, tetapi, sudah tahu orang tidak suka, sudah tentu ada orang giler insing panjat batang AES dan cat dengan cat kesukaan mereka pada waktu malam. Gila mana aku hendak panjat malam malam buta. Tak kuasa.

Kita dok bayar road tax, kita kena bayar insurance, kita dok bayar lesen memandu, kita juga kena bayar kad insurance hospital, “just in case” accident kena masuk hospital. Itu belum cakap percentage kita bayar duti eksais atas jenis kereta yang dibeli kat Malaysia tuh. Dah tu kita kena budget bayar AES. Bab jalanraya ni memang banyak pakai duit. Caya lah, Nik Aziz kena minta derma. Mahal beb, bab kereta dan jalanraya nih.

Aku salute lah JKR. Diam diam dia pergi periksa blackspot. Dan repair. Kalau bolih aku hendak menteri nya menjadi orang besar di kementerian JPJ. Dia ada otak sikit. Bukan apa, semua penjawat awam yang aku duduk ajar syarahan selama ini, memang berkelayakan tinggi. Cuma kekadang, otak mereka tu tidak digunakan dengan baik. Kalau ada yang mempunyai daya fikiran yang baik, kita letakkan dia di tempat yang sangat diperlukan olih rakyat. Kan bagus?.

Jikalau semua blackspot dibaiki, jadi kereta di belakang nampak kereta di depan, kereta di belakang nampak kereta di depan, dan kereta sipi-sipi pun nampak. Jadi bila masa hendak jadi accident?. Jikalau accident juga, ini tentu mereka suka main sipi-sipi atau suka main-main belakang. Kalau macam itu, baru lah komer bantai gunakan AES, biar nampak batang stereng dia tu ke mana hala tuju. Betul tak?.

Otak ada, kenapa tak pakai. Aduh, belajar saja tinggi, bila orang berkata bodoh, marah. Belajar bertahun-tahun. Jikalau Pak Mat tanam pokok kelapa sawit pokok dia tu sudah berbuah dua musim dah. Otak diberi makan otak-otak pantai Cinta Berahi kut. Kalau macam itu, “berahi” saja yang kuat, cintanya tak der.

Hey, susah bro, jikalau “cinta” tidak ada, dok asyik hendak dengan “berahi” jer, macam mana tu?. Sakit beb, asyik kena hantuk tanpa cinta nih!!!. Tak percaya tanya bini tua anda, apa kata dia?. Tentu dia kata “hantuk jer kuat, dah dapat, dengkur macam rimau, cinta dah kureng”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s