Saya kecewa dengan keadaan politik dalam negara -Tengku Azlan : Siapa tidak?

tengkuazlan

Saya rasa apa yang Tengku Azlan kata itu adalah suatu penanda aras kepada ketidakpuasan hati ramai para peserta politik negara ini.

Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, MP Jerantut selama tiga penggal, mengalahkan PAS berpendapat corak permainan politik diantara pemerintah dan pembangkang adalah corak permainan politik tidak bertamaddun dan memberi kesan buruk kepada masyarakat Malaysia.

Pembangkang membangkang apa sahaja polisi kerajaan, manakala, mereka pula tidak pernah memberi cadangan alternatif yang lebih baik dalam membangun dan memakmurkan negara.

Beliau telah “fed-up” dengan keadaan politik tidak bertamaddun dan berhasrat meninggalkan kerjaya politik beliau yang dilihat amat cemerlang.

Tahap kemufakatan didalam Pakatan amat rendah jadi apa yang dibincang di Parlimen menjadi kelamkelibut dengan berbagai-bagai agenda dari kesemua ahli parlimen pembangkang, dan kadangkala rakyat melihat mereka itu bukan lagi menyuarakan suara rakyat apabila selalu keluar dewan dengan membawa agenda parti yang sudah tidak keruan.

Kekecewaan Tengku Azlan itu tidak sahaja dirasai olih beliau seorang malahan beribu lagi rakyat mayhem pengundi mereka telah dihidangkan dengan mainan tidak tamaddun ahli parlimen pembangkang semenjak dari kemenangan kaum itu (DAP, PKR dan PAS.)

Sudah tiba masanya kita memilih bukan sahaja pemerintah yang adil, tetapi patut juga memilih seseorang untuk menjadi  calun pembangkang, supaya kita memilih yang cergas, yang bertamaddun dan yang iklas, bukan semata-mata memilih kerana kepetahan mereka bercakap dan kepada kebolihan mereka menerpa dan menjatuhkan ideologi kerajaan, tetapi akhirnya tidak memberi apa-apa sumbangan besar kepada kemajuan negara dan rakyat, seperti para ahli pembangkang sekarang ini.

Aduh, lihat Nizar Perak, bagaimana kelakuan berpolitik beliau?. Sungguh jakun bukan?

Kita harus bijak didalam percaturan politik negara supaya kita mempunyai pemimpin berkaliber, dalam pemerintahan dan juga dari kalangan ahli pembangkang.

PS: Menjadi pembahas senang, menjadi pembuat sesuatu yang baik itu susah. Tidak percaya tanya lah Ulamak Nik Aziz. Bagaimana payah dia hendak membuat air bersih di Kelantan. Dia bolih bercakap tentang air bersih itu semenjak  dari 22 tahun yang lalu, tetapi, masih belum bolih menyelesaikan masaallah itu sampai sekarang. Senang bercakap saja dia tu!!.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s