Mengembelingkan kuasa tarikan sokongan kepada PAS, tangan ngaib arah Majlis kuatkuasa undang-undang sharia keatas bukan Islam

Siapa terdesak diantara pemimpin besar PAS Kelantan yang hampir kehilangan Kelantan kerana polisi kerajaan yang gagal?

Walaupun PAS memenangi hampir dua pertiga kerusi Dun negeri Kelantan, ketakutan kepada jatuhnya negeri itu ke tangan UMNO dalam PRU 13 mengelisahkan para pemakan gaji melalui pegangan kuasa politik menyebabkan ada tangan ngaib mengarah majlis tempatan menangkap pasangan bukan Islam berkhalwat.

Dengan memgambil tindakan tersebut penyokong tegar PAS dari rakyat Kelantan melihat kuasa PAS Kelantan lebih kuat dari DAP, walaupun media telah memperlekehkan hubungan PAS dengan DAP yang dilihat hanya bertaraf sebagai kuda tunggangan kaum Cina chauvanist bukan Islam.

Dalam isu gunting rambut dan tangkap khalwat pasangan bukan Islam, memberi gambaran PAS tidak takut kepada DAP dan lebih bersuara disegi penguatkuasaan dan tidak perlu merujuk kepada DAP, yang mana, selama ini selalu di perlekehkan oleh kaum Cina itu dalam semua hal-hal agama Islam.

PAS berharap, dengan tindakan ini rakyat Kelantan akan menimbang agar terus menyokong PAS seperti sedia kala dimana sokongan itu telah terhakis akibat hubungan mereka dengan DAP yang telah banyak merusakan polisi jatidiri PAS seperti perubahan drastik kepada negara berkebajikan dari menubuh negara Islam.

Adakah tindakan penguatkuasaan ini akan memberi impak besar keatas sokongan rakyat tempatan?

Kerana terlampau lama memerintah tanpa apa-apa perubahan besar dan terlalu banyak kegagalan didalam pembangunan negeri, rakyat Kelantan sudah tidak lagi memberi kepercayaan kepada parti itu, dan ramai telah mengalih sokongan kepada UMNO.

Dengan menguatkuasakan amalan membenteras khalwat keatas bukan Islam memberi impak kepada sokongan terhadap PAS sebagai sebuah parti yang tidak kira agama asalkan pencegahan itu akan mengelak perbuatan tersebut diikuti olih penganut agama Islam. Perasaan dengki kepada penganut agama lain yang boleh berkhalwat didepan masyarakat Islam Kelantan telah disekat apabila perbuatan itu juga dikenakan keatas mereka.

Masalah lain yang dihadapi olih PAS dengan penguatkuasaan ini  ialah ianya telah meruntuh permufakatan antara parti-parti pembangkang. Jikalau ini tidak dapat diperkasakan, bagaimana mereka bolih bermufakat memerintah sebuah negara. PAS Kelantan tidak melihat tujuan pakatan untuk memerintah sebuah negara sebagai satu perkara penting kepada mereka, yang penting adalah terus memegang Kelantan dari jatuh ke tangan UMNO, dan sekiranya hilang dari terus di perintah, maka hilang lah kuasa PAS di Malaysia.

Walaubagaimana pun, rakyat Kelantan harus tahu, penguatkuasaan seperti kes khalwat dan gunting rambut itu yang dilakukan itu hanya satu gerakkerja PAS yang terdesak. Penguatkuasaan yang dilakukan itu hanya berbentuk sementara, dan yang tetap akan berlaku di Kelantan adalah kegagalan PAS didalam memakmurkan negeri yang terus mengengkang semua rakyat Kelantan.

Sama ada rakyat Kelantan bolih menerima kegagalan tersebut, sama-sama kita melihat siapakah yang akan di undi olih mereka pada PRU 13 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s