Bila Akta Perancang Bandar dan Akta Majlis Perbandaran di gunapakai

Isu roboh-meroboh dan menyekat pembangunan dengan mengunakan akta Perancang Bandar dan Akta Majlis Tempatan amat menarik perhatian saya kerana di dalam semua bentuk tindakan yang di ambil olih Pakatan Pembangkang melibatkan akta tersebut terkena kepada rakyat kaum Melayu.

Isu meroboh rumah yang di besarkan tanpa kebenaran pembangunan menjadi isu besar di mana harta orang Melayu di robohkan olih kerajaan Pakatan. Terkini adalah isu meroboh altar sembahyang seorang penganut Hindu serta perobohan tempat berniaga haram di Klang olih penguatkuasa Majlis Tempatan mendapat perhatian yang berbeza dari kedua-dua belah parti politik. Terbaru isu meroboh kan kamera AES di dalam kawasan negeri Selangor olih beberapa Majlis Tempatan di atas arahan kerajaan Pakatan juga mendapat perhatian dari kedua belah pihak politik.

Ramai diantara rakyat tidak tahu kesan akta-akta tersebut, dan secara extrem kerja-kerja pengumpulan sampah di sesuatu kawasan juga di takrifkan sebagai satu pembangunan hartanah dan ianya mesti mendapat kelulusan dari Majlis Tempatan.

Pelanggaran akta tersebut melibatkan kesan besar keatas alam sekitar; rumah yang di besarkan tanpa kelulusan pelan pembangunan memberi kesan kepada penduduk sekitar apabila “design” dan lakaran luar serta warna mungkin tidak seimbang dengan warna atau bentuk asal hartanah bersebelahan dan kawasan sekitar. Dengan membenarkan kerenah pembangunan tanpa kelulusan dari pihak Majlis ianya akan menjejas kebersihan, kecantikan asli dan keunikan kawasan sekeliling.

Pada masa lalu, perkara ini dianggap kecil. Tetapi sekarang isu ini mengundang berbagai-bagai persepsi dari kalangan ahli politik apabila kebanyakan yang dikenakan tindakan adalah terhadap hartanah yang di punyai olih orang-orang Melayu.

Kenapa kesalahan ini banyak melibatkan orang Melayu. Adakah orang-orang Melayu mempunyai kuasa besar sehingga berani melanggar akta tersebut? Jikalau ya, kenapa baru sekarang orang-orang Melayu terasa bahang tindakan dari pihak majlis tempatan dengan kejadian roboh meroboh itu? Atau adakah orang-orang Melayu tidak tahu mengenai akta tersebut?

Sekiranya kerajaan Pakatan ingin menunjukkan kuasa keatas orang Melayu yang degil dan tidak mengikut akta tersebut, kerajaan Pakatan juga harus mempertahankan para pekerja Majlis yang telah merobohkan altar Hindu di dalam kawasan perumahan, kerana ia juga merupakan satu pembangunan yang mesti mendapat kelulusan pembangunan, tanpa kelulusan altar itu bolih dirobohkan.

Kerajaan Pakatan tidak harus mengambil tindakan dalam isu pembangunan tanpa kelulusan hanya terhadap orang-orang Melayu sahaja dan ianya juga harus diguna pakai keatas semua kaum yang telah melanggar akta tersebut.

Diharap kerja-kerja pakatan haram ini diteruskan oleh kerajaan BN dengan mengambil tindakan tanpa prejudi keatas pembangunan yang dibuat oleh kaum Cina terutamanya di dalam pembangunan hartanah industri haram dan lain-lain pembangunan tanpa kelulusan dari Majlis Tempatan dan merobohkan kesemua pembangunan setelah berjaya menawan negeri-negeri terbabit selepas PRU 13. Jangan benarkan mereka mengatakan kerajaan BN melihat isu ini sebagai perkara kecil dan memberi gambaran BN mengamal rasuah setelah ramai pesalah akta tersebut tidak diambil tindakan serius semasa pemerintahan BN.

Dia serius kita pun akan serius. Kesian, kesian sudah menjadi perkara tidak bolih digunapakai dizaman ini. Isu kerajaan perihatin tidak ada dalam kamus Pakatan, terutama kepada kaum Melayu. Kerajaan perihatin Pakatan hanya kepada rakyat Cina dan India.

Lagi pun kelulusan dalam kegunaan AES pun kerajaan tidak berganjak dari keputusan mereka walaupun kesemua rakyat tidak suka terhadap pengunaan kamera AES. Dalam hal ini kerajaan tidak ada perasaan kesian pun  kepada rakyat. Mengapa hendak kesian atau perihatin kepada mereka terutama mereka dari kaum Cina dan India yang telah mendirikan sesuatu pembangunan tanpa kelulusan? Hantuk kepala pesalah akta ini keatas semua orang, Melayu, Cina dan India, sapa hendak peduli? Jangan lah Melayu sahaja!!

Saya sendiri tidak suka AES, walaupun tidak ada kereta. Ada kerajaan kesian atau bersikap perihatin??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s