Tok Imam PAS kata sebab dia orang Melayu jadi Islam, tapi tak ngaku sebab UMNO lah Melayu di hormati di seluruh dunia!!

Jangan lah  kita marah kepada Nik Aziz bila dia mengaku kerana dialah maka orang Melayu menjadi begitu Islam teramat Islam.

Perjuangan Islam dia hanya kepada yang ada ditubuh badan, yang nampak pada pakaian. Salah satu perkara yang dia fikir bahawa Islam itu adalah Islang. Yang tidak nampak di tubuh badan, yang membawa sebuah masyarakat lebih kuat, lebih di hormati, yang lebih aktif dan lebih produktif, lebih di beri perhormatan, didalam sistem ekonomi, peradapan Islam dan kemanisan kehidupan yang di perjuangkan oleh Melayu UMNO, tidak penting kepada dia.

Kerana dia itu hanya seorang Imam kepada satu jemaah sembahyang fardu di sebuah kampung.

Menjadi Imam dalam sebuah sembahyang fardu berhak berkata sedemikian. Mentahlahan pula tempat nya adalah diantara kampung-kampung orang-orang Melayu yang telah disisihkan secara automatik oleh beliau sendiri dari mengetahui perkembangan dunia luar yang luas, bebas, dan berketrampilan moden. Tanya beliau apa kah dia “Sukuk Islam“, berkemungkinan beliau akan berkata “ oh, itu adalah cara amalan didalam rukuk kedua solat hajat.”

Siapakah diantara jemaah beliau yang akan membahas pujuk rayu beliau?.

Siapa antara jemaah yang akan mengatakan,  “hey, tok Imam, nama tok Iman adalah antara pemilik tanah kerajaan di Lojing?, nama anak tok Imam serta isteri pun ada sebagai pemilik tanah-tanah itu dan semua yang di usahakan oleh tok Imam, kenapa nama saya tidak ada?.”

Ada berani?.

Tidak berani. Mengapa tidak berani?.

Kerana, tok Imam adalah orang yang merasa dia kuat, apa yang dia kata itu adalah sesuatu yang kuat. Macamana tidak kuat, apa yang dia buat didalam sebuah sembahyang fardu itu semua orang di belakangnya akan ikut. Dia bangkit, orang bangkit, dia sujud, orang sujud. Megah kerana semua orang ikut. Dan siapa yang ikut?. Hanyalah jemaah dia di surau itu. Yang telah di tenggelamkan dengan ingatan palsu, panggilan palsu, jelmaan perkataan yang sempit lagi menyempitkan. Anda semua dipanggil untuk menjadi para pekerja di sebuah kilang “Jus Doa” untuk dijual olih tok Imam. Sungguh amat menyedihkan, bila anda tahu, anda telah diguna sebagai seorang hamba hina dina, bukan kah begitu?. 

Marilah tok Imam semua, janganlah menjadi hamba Allah yang duduk di bawah tempurung, jangan menjadi pengikut ketua seperti Morsi dan Nik Aziz.

Jadilah diri anda sebagai manusia pengerak kepada kemodenan dalam agama dan pemikiran, bukan menjadi Imam Islang. Jangan ingat setelah menjadi Imam, anda fikir anda layak menjadi ketua sebuah organisasi bagi membentuk sebuah masyarakat yang moden lagi berketrampilan sekirannya pemikiran anda sempit dan hanya melihat manusia pada pakaian.

Islam tidak terletak di taraf anda hanya kerana anda faham dan hafal beberapa surah ayat al Quran didalam amalan bersembahyang, dan menjadi ketua antara kita kerana kefasihan itu, sedangkan didalam kehidupan ini sebagai ketua anda harus mengetahui berjuta-juta perkara lain yang amat penting, seperti mana pentingnya sebuah sembahyang fardu yang anda lakukan.

PAS Islang, kerana anda lah maka orang Kelantan menjadi Islang!!  Wahai Datuk Nik Aziz, keluar lah dari bawah tempurung hati kecil anda itu dan mari bersama kita semua membawa rakyat Kelantan kealam yang lebih mesra didalam kehidupan. 

Gembelingkan kekuatan kita kepada agama bangsa dan tanah air Melayu Islam!

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri.

Pulihlah pemikiran sempit itu tok Ziz. Kita bukan hidup hanya kerana untuk sebuah bentuk pakaian.

Leave a comment