Pemberi Servis – servis orang mati Vs servis orang hidup :- mana satu komer semua mau?

PAS: Islang dan Talibang

UMNO: Melayu Islam

Kita bercakap tentang pemberi servis kemasyarakatan didalam dunia ini, dan kita pilih mereka yang bolih menjalankan tugas untuk memberikan kebahagian kepada kita di dunia dan juga diakhirat. Siapa yang anda pilih?.

Tentulah kita pilih mereka yang boleh dan telah memberi servis kepada orang yang hidup seperti kita semua. Ramai mereka yang dipilih tidak menepati janji kepada manusia yang hidup kerana mereka memberi servis kepada orang mati.

Apa pula tidak “Hey mereka yang beriman, beramal lah kamu seperti kamu akan mati besuk”. Bila sampai ke masjid ada logo dan banner “Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan”. Bila orang tua itu berjalan ke masjid dan terbaca ayat itu, terketar lah dia terus pulang kerumah untuk diurut olih isteri beliau. Belum mati, tetapi dekat hendak mati dan beliau adalah orang yang diservis oleh pemberi servis kemasyarakatan yang anda pilih.

Dan apabila situa itu betul-betul terketar dan terus mati, pemberi servis itu lah juga datang untuk memberi RM500 sebagai ganti rugi kerana buat banner yang telah buat orang tua tu mati terkejut.

Engkau ingat best ke ditepi jalan ada signboard sebut Allah Huakhar, Bismilah dan Alhamdullilah, konon kamu pemberi servis terhebat di  dunia demi Islang?. Sepanjang jalan ada signboard tu. Tetiba semasa mereka berduyun dimasjid bersembahyang hajat, memekik-mekik dan menghamun “Mampus BN, Mampus UMNO”, apa kah ini ingin menunjukkan HANYA DI TEPI JALAN, tetapi kerja yang sebenarnya mereka buat ialah memberi servis kepada masyarakat dengan perilaku yang tidak baik, dengan mencaci dan membenci kaum Islam lain?.

Tidak payah lihat perkara itu, engkau tengok lah bila mereka naik kereta dan sampai masa waktu sembahyang, terus berhenti di parking lot di stesen bas terus sembahyang. Berjurus (nampak baik) betul nampaknya. Engkau faham tak, ditepi jalan di letakkan signboard saja nak menunjuk-nunjuk bukan main Islam mereka sehingga mahu diberitakan kepada orang lain, jadi sembahyang di parking lot di stesen bas pun mempunyai nilai yang sama harga. Yaitu, menunjuk-nunjuk. Engkau orang conggak lah sendiri, macamana pun tentu akhirnya engkau orang akan membuat kesimpulan yang sama. Masjid disebelah pun tidak dihiraukan kerana jikalau di dalam masjid maka orang ramai yang lalu lalang tidak boleh nampak beliau menipu tuhan mereka. Islang. Jenis Talibang.

Jadi apa jenis servis mereka berikan kepada kita? Ini adalah bentuk servis kepada orang mati atau pun orang hendak mati. Hey engkau ingat, kita ni masih hidup ke tidak, dah tentu nak makan dan minum serta bumbung untuk berehat. Adakah mereka fikikan dan menyedia semua itu untuk kita?. Tidak ada. Hanya mereka fikir supaya kita mati cepat, biar mereka kaya lama.

Jadi, ingat lah didalam memilih kedua mereka diatas, saelok-elok pilihan adalah pilihan keatas mereka yang memberi servis kepada kita tanpa kita suruh.

Jangan pilih mereka yang suruh kita mati atau yang suka memberi servis kepada yang sudah mati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s