PAS for all, tinggal PAS for Taliban

Pada mereka yang baru kenal Melayu PAS, mereka seolah-olah mengenali seorang penari yang cantik dan rupawan. Tetapi pada hakikat sebenarnya , penari yang dikenali olih mereka itu adalah seorang yang gemuk dengan ideologi Taliban.

Kejayaan Melayu PAS menyogok Cina DAP dan Cina lain-lain mempercayai slogan “PAS for all” adalah kejayaan terbesar PAS menyebar ideologi Taliban dikalangan mereka yang naif tentang Melayu PAS, dengan membenarkan para penyokong naif itu melaung Allah Huakbar, dan membaca sepotong dua ayat suci al-Quran. Sesungguhnya PAS tidak mengambil peduli laungan dari mereka itu amat bertentangan dengan ajaran agama, demi mempopularkan ideologi dan mentalibankan umat.

Ramai penyokong tidak sedar, Melayu Taliban menpunyai lubang jarum yang halus untuk menegakkan sebuah negara Islam style mereka. Pengasingan lelaki dan perempuan didalam semua kegiatan aktiviti adalah satu dasar penting untuk mereka. Perbuatan ini dilihat amat jelas menyerupai falsasafah dan ideologi Taliban. Demi mendapat mandat, Melayu PAS membenarkan penubuhan Pas for All.

Dan amat nyata, para penyokong terkedu apabila mengetahui bahawa laungan “Allah Huakbar” mereka semasa ceramah itu sebenarnya membawa erti bahawa mereka menyokong pengasingan wanita dan lelaki didalam semua aktiviti ekonomi termasuk di kedai gunting rambut. Hari ini, “chief” PAS for all telah memohon agar undang-undang Islam hanya terpakai kepada umat Islam dan dikecualikan keatas mereka, sedangkan mereka sudah pun membaca beberapa potong ayat suci al-Quran dan melaung ‘takbir” Allah Huakbar”.

Dan apabila “PAS for all” di Kedah meminta DAP Pulau Pinang membayar harga semasa keatas bekalan air dari negeri Kedah, para penyokong tersentak dengan permintaan itu. Pada mereka Melayu PAS terdiri dari Melayu bingai, sehingga Karpal Singh berhujjah bahawa air adalah sumber asli yang dikurnia olih tuhan, jadi mengapa perlu diagihkan dengan bayaran tinggi.

DAP dan PKR tidak sedar Melayu PAS berlakun bodoh dan sekarang ini memberi tempelak kepada mereka bahawa Melayu PAS bukan selalu bodoh. Mereka telah berjaya membelit Cina mempercayai ideologi Taliban dan bersetuju dengan cara mereka mengawal selia umat dengan mempromosikan ideologi ketat kepada semua termasuk ahli “PAS for all”.

Sekiranya mereka memerintah Malaysia, penyokong “PAS for all” adalah kumpulan pertama yang akan diajar tentang Islam Taliban. Tentang rejam sampai mati, tentang potong tangan, tentang menutup aurat, dan semuanya perkara seperti slogan “PAS for all things Islamic the Taliban ways”.

2 thoughts on “PAS for all, tinggal PAS for Taliban

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s