PAS dan al-Arqam ada persamaan, diharap JHEAIK memperincikan isu politik dan agama dengan telus

KDYMM Sultan Kelantan penaung agama Islam Kelantan dan JHEAIK. Diharap, PAS tidak mempertikai kemurnian dan peranan Sultan di dalam menjaga hal ehwal dan kesucian agama Islam di Malaysia walaupun bolih mempersendakan UMNO.

Polis DiRaja Malaysia hari ini menyerahkan kertas siasatan doa BN KO kepada JHEAIK supaya satu tindakan diambil keatas para penganjur doa BN KO yang telah mempergunakan kesucian agama kepada kepentingan politik mereka di Kelantan. Perkara ini berlaku setelah 8 lapuran polis di dalam negeri itu dibuat keatas penganjur sembahyang hajat BN KO.

Para pemimpin politik dan ahli majlis JHEAIK adalah dua kumpulan yang berbeza, satu kumpulan berpentingan politik, dan satu kumpulan berkepentingan menjaga hal ehwal agama Islam serta adat istiadat Melayu Kelantan. Dengan pengasingan kuasa esekutif itu, diharap JHEAIK memainkan peranan penting didalam mengawal ketidaktentuan dan kekacauan yang berlaku apabila agama di gunakan sebagai mainan politik sebuah parti politik di negara ini.

Ini adalah sejarah pertama didalam negara ini dimana soal akidah melibatkan pelanggaran sebuah parti politik Islam yang telah mempergunakan kaedah kesucian amalan agama Islam kepada kepentingan politik mereka diambil tindakan dengan beberapa lapuran Polis dari orang awam dan pemimpin politik di negara ini, dan dengan lapuran itu JHEAIK merupakan sebuah organisasi ulung harus menilai semula tahap atau standard di mana ideologi politik agama boleh digunakan sebagai pentas mempromosikan ideologi politik sebuah parti, bagi kesejahteraan awam, mengatasi pencabulan keatas syariat Islam, dan lain-lain perkara yang melibatkan agama suci Islam.

Walaupun JHEAIK berada di dalam sebuah negeri yang diperintah olih PAS, tahap professionalisma ahli sebuah organsasi yang menjaga kepentingan agama Islam seperti ahli majlis JHEAIK tidak harus dikompromi.

Sudah terlalu biadap apabila sebuah parti yang menyokong Islam didapati mempersendakan Islam. Seperti al-Arqam, PAS harus menerima kecaman dari JHEAIK, setidak-tidaknya mendapat surat amaran atau denda atau apa-apa bentuk yang munasabah supaya rakyat jelata tidak terpesung dengan corak Islam yang digunakan oleh PAS mempengaruhi penyokong mereka.

Dari situ satu tata cara yang baru harus di buat sebagai garis panduan supaya perkara yang sama tidak akan berlaku, seperti menyekat PAS dari menjalankan aktiviti sembahyang hajat ditempat terbuka dihadapan beribu-ribu para penyokong mereka dan memberi gambaran salah kepada masyarakat majmuk di negara ini terhadap gambaran keganasan yang boleh berlaku dari kegiatan Islam dari sebuah parti yang menyokong agama Islam.

Nik Aziz dan Nik Razi harus dipertanggung jawabkan dari kecelaruan ini walaupun beliau adalah menteri besar Kelantan. Diharap JHAEIK mempunyai kuasa esekutif yang lebih tinggi dari jawatan menteri besar kerana JHEAIK adalah sebuah organisasi yang terbentuk bagi mengawal agama Islam tanpa mengira politik. Agama Islam adalah agama resmi negara ini, dan parti politik harus berada dibawah kawalan Jabatan Agama Islam sekiranya punca masaalah adalah dari pengunaan dan amalan agama Islam itu sendiri.

Jikalau al-Arqam boleh di ambil tindakan kenapa PAS tidak boleh diambil tindakan?. Jangan di anaktirikan sesuatu kumpulan dengan sesuatu kumpulan lain kerana mereka sebuah parti politik dan memerintah sebuah negeri manakala yang satu lagi tidak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s