Bila disekat, orang ramai mula jalankan aktiviti bawah tanah. Islam atau tidak Islam, sama saja.

Didalam beberapa cara mencegah ahli masyarakat dari mengamal perbuatan yang dilarang agama Islam seperti judi dan zina, masyarakat di Kelantan di larang dari menjalankan aktiviti mengarah kepada judi dan zina, seperti menutup terus kedai numbor ekor dan kedai yang boleh menjurus kepada perbuatan zina, seperti kedai gunting rambut unisex.

Semasa lawatan saya dapati, kesemua jenis aktiviti tersebut diatas telah lenyap dari pandangan mata.

Keadaan persekitaran di bandar Kota Bharu dilihat lebih bersih dan nyaman. Walaubagaimana pun, keadaan aktiviti dibawah dibawah tanah masih berluasa.

Sudah menjadi lumrah, apabila sesuatu aktiviti telah yang disekat, aktiviti itu akan dijalankan dibawah tanah. Ada ramai ahli masyarakat yang masih mendapat khidmat membeli dan menjual numbor ekor 4 d. Ini termasuk ahli PAS sendiri, yang telah mengambil alih tugas mengurus penjualan empat numbor ekor kepada ahli ahli masyarakat lain, dan banyak pembeli empat numbor ekor ada juga penyokong dan ahli PAS. Ketagihan kepada judi masih ada dikalangan mereka.

Kegiatan jual beli empat nombor ekor secara haram masih lagi berluasa dan di jalankan dari kawasan Sungai Golok, Rantau Panjang, Kuala Krai, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh dan Tumpat. Kegiatan ini memberi hasil yang lumayan kepada pengusaha Melayu baru di Kelantan dan diangarkan berjumlah beratus juta ringgit.

Walaupun Kerajaan negeri telah membina Bazar Tok Guru, kegiatan ekonomi para peniaga kecil yang lain disitu amat menyedihkan. Ramai peserta di Bazar Tok Guru mengaru kepala kerana kekurangan pelangan yang rata-rata mengatakan kedai pasar lambat bertingkat itu tidak menarik minat pembeli untuk membeli barangan mereka. Pertama,  reka bentuk dalaman yang tidak mengambil kira keluasan sesuai untuk para pembeli menjalankan aktivit membeli belah. Tingkat satu dilhat kosong dan tidak dihuni, manakala tingkat atas masih tidak dihuni langsung. Kedua, walaupun kedudukan Bazar itu strategik, namum tidak ramai ingin memasuki ke komplek tersebut, berbeza dengan KB Mall.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s